Wahai pemuda bangsaku...
Kita sekarang, sedang berada di bulan yang mulia. Bulan Ramadhan. Bulan yang mana Allah menjanjikan gandaan pahala berlipat ganda bagi yang beramal serta rahmat dan keampunan Allah SWT. Beruntunglah bagi mereka yang merebut peluang yang ditawarkan pada bulan Ramadhan. Malanglah dan rugilah bagi nereka yang mensia-siakan Ramadhan.
Sudah bertahun-tahun kita berpuasa. Tapi, apakah puasa kita itu menambahkan rasa takwa kita kepada Allah? Kerana menyemai takwalah, maka Allah mewajibkan puasa buat kita. Tetapi, berapa ramai yang berpuasa, tidak ada apa-apa yang diperolehinya melainkan lapar dan dahaga.
Puasa yang tidak menambah rasa takwa, itulah puasa lapar dan dahaga semata-mata. Bagaimana mungkin dikatakan bertakwa kalau berpuasa tapi tidak solat. Ada yang berpuasa tapi masih minum arak di malam hari! Berpuasa di siangnya tetapi berdua-duaan menghiasi tembok di malam hari!
Wahai pemuda bangsaku...
Kita sekarang, sedang berada di bulan yang mulia. Bulan Ramadhan. Bulan yang mana Allah menjanjikan gandaan pahala berlipat ganda bagi yang beramal serta rahmat dan keampunan Allah SWT. Beruntunglah bagi mereka yang merebut peluang yang ditawarkan pada bulan Ramadhan. Malanglah dan rugilah bagi nereka yang mensia-siakan Ramadhan.
Sudah bertahun-tahun kita berpuasa. Tapi, apakah puasa kita itu menambahkan rasa takwa kita kepada Allah? Kerana menyemai takwalah, maka Allah mewajibkan puasa buat kita. Tetapi, berapa ramai yang berpuasa, tidak ada apa-apa yang diperolehinya melainkan lapar dan dahaga.
Puasa yang tidak menambah rasa takwa, itulah puasa lapar dan dahaga semata-mata. Bagaimana mungkin dikatakan bertakwa kalau berpuasa tapi tidak solat. Ada yang berpuasa tapi masih minum arak di malam hari! Berpuasa di siangnya tetapi berdua-duaan menghiasi tembok di malam hari!
Hakikat Kemerdekaan…
Kemerdekaan bukan terletak pada sebuah laungan “MERDEKA” yang bergema bersama terpacaknya detikan jam pada angka 12 tengah malam. Merdeka bukan diertikan dengan sorak sorai gembira bersama percikan bunga api di udara malam sambutan merdeka! Merdeka bukan dimanifestasikan dengan kebebasan di malam sambutan kemerdekaan untuk berbuat apa-apa sahaja termasuk perkara-perkara yang dilarang agama.
Bukan! Itu bukan hakikat sebuah kemerdekaan. Hakikat sebuah kemerdekaan adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh seorang sahabat nabi bernama Rub’i bin Umair ketika berdepan dengan Rustam, panglima tentera Parsi ketika meletusnya peperangan Al-Qadisiyah:
Allah telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa. Dan memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat dan daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam”.
Apalah ertinya melaungkan MERDEKA!, sedangkan diri masih menjadi hamba kepada syaitan durjana. Hawa nafsu dituruti. Mulut melaungkan MERDEKA sedang tangan menggenggam botol-botol arak! Tangan kanan dijulang bersama laungan MERDEKA sedangkan tangan kiri memeluk bahu pasangan bukan muhram!
Apakah kita mahu menang sorak kampung tergadai?
Kita berpesta di malam 30 Ogos sambil menunggu detik 12 malam untuk melaungkan sebuah kata yang dikeramatkan. Itulah kata MERDEKA. Inikah lambang sebuah patriotism kita? Sedangkan kita tinggal tercorot. Tercorot dalam pelajaran. Tercorot dalam ekonomi. Tercorot dalam budaya dan akhlak. Tercorot dalam pelbagai aspek lapangan hidup di dunia. Malah lebih malang, juga tercorot dalam mencapai kebahagiaan akhirat. Ironinya, dalam masa yang sama pencapaian kita meningkat. Meningkat dalam keruntuhan akhlak. Meningkat dalam angka-angka generasi kita yang menghuni pusat-pusat Serenti. Meningkat dalam melahirkan anak-anak tak berbapa. Meningkat dalam kesalahan-kesalahan jenayah.
Kitakah bangsa yang merdeka?
Seruan Pemuda PAS
Kita sekarang sedang berada di bulan Ramadhan. Bulan yang merupakan penghulu segala bulan. Bulan yang penuh keberkatan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan menyampaikan seruan ini buat pemuda-pemudi Islam semua! Semoga dapat diambil perhatian.
Jadikan Ramadhan tahun ini sebagai titik merubah diri agar menjadi lebih baik dari bulan bulan dan tahun-tahun sebelumnya. Ramadhanlah masa terbaik kita kembali ke pangkal jalan, andainya kita tersasar jauh dari jalan Tuhan. Sementelahan, pada bulan ini syaitan penggoda telah dirantai, pintu syurga dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya.
Sambutlah kemerdekaan negera dengan rasa syukur kepada Allah SWT kerana Dialah yang memberikan kemerdekaan buat negara kita. Jika sayangkan negara ini, tunaikan hak-hak syukur itu dengan mentaati perintah Allah, dan menjauhi laranganNya. Dengan itu, akan bertambahlah nikmat kemerdekaan ini dengan kemakmuran dari langit dan bumi. Sebaliknya, jika tidak menunaikan hak-hak syukur itu, akan hilanglah nikmat kemerdekaan dan ditambah pula dengan kezaliman penguasa, rasuah, penindasan dan hak-hak rakyat yang tidak terbela.
Berhentilah mengisi acara sambutan dengan cara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Berpeleseran, berdua-duaan dengan pasangan bukan muharam, berzina, clubbing, minum khomar, perlumbaan haram dan lain-lain kemaksiatan adalah dimurkai oleh Allah SWT.
Janganlah sia-siakan usia muda dengan perbuatan sia-sia. Usia muda adalah nikmat yang datang sekali seumur hidup. Berapa ramai mereka yang merintih di kala tuanya, kerana telah mensia-siakan saat mudanya. Saat tua yang sudah diganggu pelbagai penyakit, hilangnya daya penarik, lunturnya kudrat baru bersenadung lagu sesal” andainya aku beramal semasa mudaku...”.
Kasihanilah ibu bapa yang telah melahirkan anda. Mereka mengimpikan anak-anak yang soleh dan berjasa buat agama, nusa dan bangsa. Jika anda menghancurkan harapan ibu bapa pada hari ini, apakah tidak anda berfikir bahawa kelak anak-anak anda akan menghancurkan harapan anda pula?
Cintailah Allah, Allah akan mencintai anda! Cintailah Rasulullah dan turutilah contoh teladan yang ditinggalkan baginda. Tinggalkan semua idola yang anda sematkan dalam dada yang namanya artis dan penyanyi. Mereka tidak layak dijadikan idola kerana kita mempunyai idola yang lebih agung iaitu Nabi Jungjungan kita. Bersahabatlah dengan orang-orang soleh kerana seseorang itu dikenali melalui siapa kawannya.
No comments:
Post a Comment