KALENDER DPPKS

Sunday, August 30, 2009

Jangan menghina mereka yang menyembah selain Allah!

DPPKS mengutuk tindakan puak-puak UMNO yang mempermainkan Isu Agama semasa membuat perarakan di Selangor beberapa hari yang lalu. Ikuti tulisan Ketua Pemuda Sandakan berkenaan isu ini yang kami ambil daripada blog beliau.

Sumber: http://muridkyai.blogspot.com/2009/08/jangan-menghina-mereka-yang-menyembah.html

Kepala lembu diarak ke Bangunan SUK Selangor. Ini pekerjaan kumpulan yang bertindak tidak berpandukan akal yang waras. Pada sangkaan mereka, mereka membela Islam tetapi mereka sebenar tidak membela Islam sedikitpun, malah memberi malu kepada Islam. Islam jauh sekali daripada apa yang dakwakan. Islam tidak menyuruh mereka menghina agama dan kepercayaan orang lain. Islam juga tidak menyuruh orang-orang Islam meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama lain dan tidak menyuruh kita menghalang penganut agama lain membina rumah ibadat mereka.

Sesungguhnya tindakan kumpulan yang menamakan diri mereka kumpulan NGO Pewaris itu tidak perlu disanjung malah dicela dan dikecam. Mereka mengarak kepala lembu sebagai simbol bantahan ke atas pembinaan kuil di seksyen 23 Syah Alam selepas ia dipindahkan dari Seksyen 19.

Allah berfirman:

وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

(Surah Al-An’am: Ayat 108)

Orang-orang Islam dilarang mencela sembahan orang-orang kafir. Termasuk mencela sembahan mereka ialah mencela kepercayaan, rumah ibadat, syiar-syiar agama mereka dan semua yang bersangkut paut dengan amalan keagamaan orang kafir. Larang tersebut adalah kerana hendak mengelakkan daripada mereka membalas dengan celaan terhadap Islam pula. Jika mereka mencela Islam disebabkan celaan kita terhadap agama mereka, ia seolah-olah kitalah yang mencela Islam.

Berhubung dengan angkara kumpulan PEWARIS yang mencela menghina agama Hindu dengan mengarak kepala lembu, binatang suci penganut Hindu, ia boleh mengundang tindak balas mereka terhadap Islam. Apa yang hendak kita kata kalau mereka membakar Al-Quran?Bagaimana perasaan kita kalau melemparkan bangkai babi ke dalam masjid-masjid kita? Tentu kita melenting. Tentu kita marah dengan penghinaan tersebut.


Siapa yang memulakan episod penghinaan terhadap agama kalau sudah sampai ke peringkat itu? Justeru, perbuatan PEWARIS itu amat memalukan dan mencemarkan kesucian Islam. Mereka cuba berlagak sebagai pembela agama tetapi sebenar mereka tidak tahupun makna pembelaan terhadap agama. Sentimen tak bertempat dan dipandukan oleh kepentingan menyebabkan akal pendek menguasai mereka.

Sunday, August 23, 2009

Edar Risalah dan Penerangan Bulan Ramadhan

Salam perjuangan.

Sabtu yang lalu bersamaan hari pertama umat Islam menjalankan ibadah puasa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan bersama PAS Kawasan turun ke padang bagi mengadakan penerangan tentang bulan Ramadhan yang baru menjelang ini.

tempat berkumpul

Sasaran kali ini ialah Pasar Ramadhan di Pusat Bandar. Lokasi kali ini dipilih kerana ia merupakan kawasan tumpuan masyarakat untuk membeli juadah berbuka puasa.

orang ramai sedang membeli jamuan berbuka puasa

Walaupun mendapat ancaman daripada penyakit Influenza A H1N1, namun ia tidak meyekat smagat semua ahli untuk turun ke padang kali ini. Hampir semua exco dan ahli telah turun bagi menunjukkan kesungguhan untuk menjayakan program ini.

Sdr Nizam dengan baju tok gurunya menarik perhatian orang ramai

Sebanyak 3 buah risalah telah dicetak termasuk risalah tentang Pengenalan PAS kepada masyarakat. Semoga dengan kehadiran PAS di kalangan masyarakat dalam bentuk begini mampu mengetuk sedikit pintu hati rakyat dan masyarakat untuk berubah.

bersesak-sesak dengan pengunjung pasar ramadhan

ketua pemuda turut mengambil bahagian


Kehadiran kami disambut dengan terbuka


Sekian..

Saturday, August 22, 2009

Tahniah Timbalan YDP atas kelahiran anak yang ke lima.

Timbalan YDP PAS Kawasan Sandakan, Sdr Sahar Abdul Majid dan isteri, Puan Rosmah Rahman baru sahaja menimang cahaya mata yang ke lima. Tahniah kami ucapakan daripada seluruh exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan. Berikut sedikit maklumat yang kami petik daripada blog PASTI Kawasan Sandakan.

Sumber: http://pastisandakan.blogspot.com/2009/08/naib-ydp-dan-isteri-menimang-cahay-mata.html

Salam perjuangan.


Seluruh AJK dan Guru PASTI Kawasan ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Sdr Sahar, Naib YDP PAS Kawasan dan isteri Puan Rosmah (Guru PASTI Saidina Hamzah) atas kelahiran cahaya mata yang baru.

Menurut sumber, bayi yang baru lahir ini merupakan perempuan ataupun lebih sedap jika kita panggil sebagai mujahidah islam. Dengan kehadiran ini, telah melengkapkan jumlah cahaya mata Sdr Sahar dan isteri sebanyak 5 orang, 3 lelaki dan 2 perempuan.

Semoga zuriat yang lahir ini juga akan meneruskan agenda perjuangan Islam seperti yang dijuangkan oleh kedua ibu bapanya dan menjadi anak soleh yang menjadi penyejuk mata Sdr Sahar dan isteri.

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Salam perjuangan;

Renungilah firman Allah dalam ayat 185 surah al-Baqarah :


شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Maksudnya: Bulan Ramadhan yang diturunkan di dalamnya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara hak dan batil. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan atau mengetahuinya maka hendaklah ia berpuasa padanya. Sesiapa yang sakit atau bermusafir maka wajib dia ganti sebanyak bilangan hari yang ditinggalkan pada hari-hari yang lain selepas Ramadhan. Allah S.W.T mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak mahu kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa sebulan Ramadhan dan agar kamu membesarkan Allah di atas petunjukNya kepada kamu. Dan supaya kamu bersyukur.


Kita bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan buat sekian kalinya dalam hidup kita mulai esok di mana bulan ini dijanjikan dengan rahmat pada awal kedatangannya diikuti dengan pengampunan dosa pada pertengahannya serta dibebaskan daripada api neraka pada penghujungnya bagi hamba-hamba Allah yang benar-benar menghidupkan Ramadhan.



Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dibuka seluasnya pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka, diganda pahala, diampunkan dosa, dimakbul doa, dirantai segala syaitan derhaka ditambah pula dengan ada pada salah suatu malamnya laillatul qadar di mana kelebihan beribadat pada malamnya lebih baik daripada seribu bulan mestilah sama-sama kita rebut bukan setakat disebut dimulut tanpa berusaha menghidupkannya.

Raikanlah kehadiran Ramadhan kali ini untuk menambah amal ibadat bukan makanan lazat yang menambah berat badan. Selagi umat Islam banyak tidur daripada ibadat, banyak berhibur daripada memikirkan tanggungjawab, banyak rehat daripada bekerja maka selagi itulah kita tidak akan maju dalam meneguhkan agama dan menguasai dunia. Bersamalah kita merebut keistimewaan Ramadhan yang bakal menjelang esok.

Bagi maksud tujuan di atas juga, DPPKS telah merangka pelbagai program bagi memantapkan tarbiyyah ahli. Antaranya, Iftar jama'ie, Tadarus Al-Quran, Ihya al-'usyr dan banyak lagi. Semoga dengan kehadiran Ramadhan akan menambahkan taqwa kita kepada Allah sehingga dapat membebaskan kita daripada azab api neraka.

Akhir kalam, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak daripada semua exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan.

Tuesday, August 18, 2009

Delegasi Pemuda Sandakan ke Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden

16 Ogos 2009 (Ahad) yang lalu DPPKS telah menghantar sejumlah 4 orang wakil ke Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden yang diadakan di Madrasah Nurul Hidayah, Tawau. Munaqasyah kali ini telah disampaikan oleh Yb Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS.

Rombongan kali ini turut disertai oleh wakil-wakil daripada PAS Sandakan dan DMPKS. Perjalanan bermula sejak jam 3 petang 15 Ogos (Sabtu) sebelum hari program berlangsung.

Pelbagai input telah diterima melalui munaqasyah kali ini dan sedang diterjemahkan kepada gerak kerja DPPKS di Sandakan. Semoga munaqasyah kali ini akan membantu DPPKS dalam meneruskan gerak kerja kami.

berhenti di Petronas, Lahad Datu


peserta dari Sandakan


peserta daripada seluruh Sabah


cerita di atas pentas

Sekian...

Saturday, August 15, 2009

H1N1: UJIAN ALLAH

"Cikgu ada orang cakap kotor". kata seorang murid.
"Dia cakap apa". tanya cikgu.
"Dia cakap babi" jawab murid itu.

Itulah perkataan suatu masa dahulu yang tidak boleh disebutkan sesuka hati malah ianya boleh mendatangkan kemarahan bagi sesetengan pihak. Tetapi hari ini ianya merupakan suatu perkataan yang hangat diperkatakan dan sering diulangi oleh semua golongan dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Cuma perkataan itu bukanlah diucapkan untuk mengutuk seseorang tetapi ianya merupakan suatu isu yang hangat diperkatakan di seluruh negara sekarang apa lagi kalau bukan selesema babi atau dalam istilah yang lebih mesra iaitu wabak H1N1.

Kehadiran wabak ini secara tiba-tiba telah menggemparkan dunia. Malaysia juga di antara negara yang terkena wabak H1N1 ini. Sehingga kini puluhan orang telah mati akibat penularan wabak ini. Kebimbangan dan kerisauan jelas terasa kerana wabak ini mudah berjangkit.

Selesema babi tidak memilih mangsa semua golongan tidak terlepas darinya baik tua atau yang muda, kaya atau miskin, raja mahupun rakyat biasa semuanya berpotensi untuk menjadi mangsanya.


Sesungguhnya ini merupakan ujian Allah kepada hambanya. Setakat mana kita dapat menghadapinya adakah dengan penuh kesabaran atau berputus asa. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambanya melainkan ianya layak untuk diuji.

Sedarlah kita bahawa wabak ini merupakan bala' yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Semua ini bertujuan untuk menyedarkan kita semua supaya jangan leka dan lalai dalam melayari kehidupan yang penuh dengan kelazatan dunia ini.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah kita sambil mendekatkan diri kepada Allah dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan. Dalam masa yang sama marilah kita melakukan solat hajat memohon doa kepada Allah agar dijauhi dan dilindungi dari wabak H1N1 ini.


sekian...

Sunday, August 2, 2009

Wahai pemuda perjuangan!

Jalan di hadapan kita terentang jauh dan berliku. Jalan yang telah dirintis oleh pendahulu kita juga panjang dan berliku. Kita tidak tahu bilakah akan kita temui penghujung jalan ini. Namun kita yakin, malah wajib meyakini bahawa penghujung jalan perjuangan ini adalah ganjaran syurga daripada Allah SWT.


Kita telah memilih untuk hidup berjemaah. Maka bergerak dan berkerjalah sebagai sebuah jemaah.
Jemaah adalah laksana koloni sang anai-anai yang bisa meranapkan sebuah bangunan tinggi. Kitalah koloni itu, yang bertekad meruntuhkan sebuah bangunan yang dibina oleh para juhala sehingga terbentuk menara jahiliah yang berdiri kekar sehingga kini. Biar…biar betapa sukar…kita perlu bulatkan tekad. Miski kita mati sebelum melihat keruntuhannya, asal kita mati dalam perjuangan mulia ini.
Jemaah juga merupakan satu arus yang mengalir dari legeh pergunungan. Ia telah mengalir melintasi segala hutan dan belantara. Ia telah mencelah segala lembah, jurang maupun dataran pamah. Ia juga telah mengalir menembusi desa dan kota. Ia akan tersu mengalir dan tidak akan pernah berhenti sehingga menemui penghujungnya yang bersatu di al-kauthar. Janganlah letih dan malas dengan perjalanan panjang berliku sungai jemaah ini. Kerana tiada sungai yang mengalir terus melainkan sungai jemaah yang mendokong perjuangan kebenaran ini.
Jemaah…laksana angin yang menderu. Ke barat dan timur harus sehala berpadu. Nyahkan gumpalan awan kebatilan yang menghalang. Angin jemaah akan bertiup dalam kondisi apapun. Sebagai angin sepoi-sepoi bahasa maupun sebagai ribut membadai. Angin ini adalah angin perjuangan suci dan tidak pernah akan berhenti hinggalah direnggut sor-sor akhir zaman.
Oleh itu, bagi yang telah memilih jemaah ini sebagai medan perjuangan, semoga penggabungan anda akan menjadikan anda salah satu mata rantai para pendahulu yang telah pergi. Mereka telah mendapat apa yang dijanjikan buat mereka. Kita…mudah-mudahan masih menunggu terkotanya janji itu buat kita.
من المؤمنين رجال صدقوا ما عاهدوا الله عليه فمنهم من قضى نحبه ومنهم من ينتظر وما بدلوا تبديلا
Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; Maka di antara mereka ada yang gugur. dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya),
(Surah Al-Ahzab: Ayat 23)



Dari,
(Koleksi Tinta Ketua Pemuda)
DPPKS Sesi 2009-2011