KALENDER DPPKS

Friday, April 24, 2009

IKLAN CERAMAH PAKATAN RAKYAT




Penceramah:

YB Datuk Paduka Hj Husam Musa
Naib Presiden PAS

Dr Rosli Abdul KAdir
Setiausaha Khas & Exco Dewan Pemuda PAS Pusat

Tn Hj Hamzah Abdullah
Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah

Sdr Abdul Razak Jamil
Ketua Angkatan Muda Keadilan Sabah.

Jangan Lepaskan peluang ini.

Semua di jemput hadir tanpa mengira kaum.. kehadiran anda sangat di alu-alukan.

Wednesday, April 22, 2009

Pemilhan PAS, maklumat blog perlu ditapis

Salam perjuangan...

Seketika DPPKS melayari web site dan blog rakan - rakan seperjuangan , sempat DPPKS singgah di blog Bekerja Untuk Islam milik Ustaz Zulhilmi at Takiri . DPPKS tertarik dengan posting terbaru beliau yang DPPKS rasa sahabat - sahabat lain perlu juga membaca untuk menjadi bahan fikir kita bersama dalam kita berdepan situasi mutaakhir ini . Tajuk posting beliau ialah; "Pemilhan PAS, maklumat blog perlu ditapis".

Berikut merupakan tulisan beliau tersebut. Sahabat - sahabat semua, sila baca dan teliti:

Suasana Pemilihan kali ini agak berbeza. Setiap keputusan mesyuarat dan calon yang dilantik akan dimasukkan secara besar-besaran dalam blog oleh individu atau kumpulan tertentu. pemilihan kali ini seakan-akan pesta bagi mereka yang berniat untuk melaga-lagakan kepimpinan dalam PAS.

Yang paling menyedihkan ialah terdapat blog-blog yang menghina peribadi kepimpinan secara terang-terangan sehingga mengetepikan adab-adab dalam berjemaah.Kepimpinan bukan Maksum dari dosa. Tetapi apa tujuan blogger dan pengkomentar mengkritik secara terbuka.? Kalau tujuan menegur, gunakan saluran yang terbaik seperti mesyuarat Agung Caw. Dan Mesyuarat Agung Kaw.Kekadang pengkritik pimpinan sekadar mengambil maklumat dari blogger yang kadang kala diragui kesahihannya. Contoh termudah ialah tohmahan yang dikenakan kepada Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.Beliau dikatakan seorang yang ingin membawa masuk PAS ke dalam UMNO. Beliau diistilahkan sebagai Pro gabungan dan pelbagai kata nista lagi.Tidak dinafikan bahawa mungkin Timbalan Presiden PAS ada kelemahan. Tetapi tuduhan bahawa beliau seorang yang pro untuk bergabung dengan UMNO adalah suatu yang tidak boleh diterima.Timbalan Presiden PAS itu hanya menuruti keputusan jemaah untuk bertemu dengan pimpinan UMNO. Segala butir pertemuan dilaporkan secara detail dalam Mesyuarat PAS Pusat. Beliau bukan bertindak semberono.

Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS selalu menyebut bahawa kalau PAS ingin membuat keputusan besar, PAS pasti akan membuat sidang muktamar khas bagi mendengar pandangan akar umbi.
Jadi kenapa para blogger hanya mengkritik pertemuan Tim.Presiden atas isu yang telah dipersetujui oleh Mesyuarat PAS Pusat. Kritikan-kritikan ini seakan-akan dilihat seperti ada muslihat tertentu untuk menjatuhkan beliau.Tulisan ini bukan bermakna untuk mempertahankan Tim. Presiden. Bahkan kalau permintaan majoriti perwakilan nanti untuk menukar timbalan Presiden pun, penulis tidak kisah. Kerana ini adalah permintaan Ahli dari peringkat bawah. Tetapi pemilihan mesti dijauhi dari segala fitnah dan tohmah.Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust. Hasan Shukri dan Ust. Nasaruddin. Ust. Hassan begitu hebat dinista dan ditohmah dengan pelbagai-pelbagai isu. Walhal, selepas habis muktamar, segala tohmahan itu hilang begitu sahaja.Ketika pertandingan merebut timbalan Presiden antara Ust Nasaruddin dan Ust. Harun Taib. Ust Harun di cerca dengan pelbagai cercaan.
Walhal, selepas habis muktamar, segala cercaan hilang begitu sahaja.Kali ini, penulis tidak pasti siapa pula yang akan menjadi mangsa cercaa, hinaan dan tohmahan.Kalau sebelum ini, segala berita hanya disebarkan dalam bentuk cetak dan SMS. Kini sistem sebaran berjalan dengan lebih canggih.
Penulis tidak faham apa sebenarnya maksud perlunya tranformasi dalam kepimpinan PAS. perkataan tranformasi selalu timbul ketika pemilihan diadakan. Walhal sesiapa pun menang, PAS tetap bergerak dengan seadanya. Tiada perubahan besar dalam PAS.
PAS telah mempunyai dasar yang jelas. Yang tinggal lagi ialah kerjasama antara kepimpinan pusat, negeri, kawasan dan cawangan untuk menyerapkan dasar tersebut ke dalam minda ahli PAS dan masyarakat.Penulis cukup faham kalau tranformasi kepimpinan dari Al-Marhum Dato’ Asri Muda kepada Al-Marhum Tn Hj, Yusuf Rawa. Tranformasi ketika itu ialah dari kepimpinan yang agak nasionalis kepada kepimpinan Ulamak.Tapi kali ini, apa maksudnya tranformasi.? Kalau sekadar cadangan strategi baru. Itu bukan tranformasi tapi lebih kepada perubahan strategi yang sentiasa berlaku dalam PAS. cadangan strategi itu tidak memerlukan penukaran kepimpinan secara besar-besaran.
Di musim pemilihan ini, ahli PAS perlu memahami bahawa setiap kritikan terhadap seseorang pemimpin dalam blog perlu ditapis dan disaring. Sebagaimana ulamak terdahulu menapis kesahihan hadis begitu juga dengan ahli PAS.
Sebagaimana kita tidak percaya kepada maklumat yang dipaparkan dalam blog antihusam, begitu juga kita tidak perlu percaya kepada maklumat blog yang mengkritik timbalan presiden PAS secara membabi buta.Kalau betul ingin tukar kepimpinan, lakukan secara beradab dan penuh hemah. Kepimpinan yang baru mestilah kepimpinan yang sentiasa mengutamakan parti, mematuhi keputusan parti, bergerak selaras dengan arahan parti. walaupun dia bukan ulamak.Kalau seorang pemimpin itu hanya mementingkan populariti, bertindak secara sendirian dan tidak mematuhi arahan mesyuarat, mesyuarat dalam mesyuarat. Pemimpin sebegini wajar ditolak, walaupun dia berstatus ulamak.


... Bekerja Untuk Islam ...

Sahabat-sahabat boleh melayari blog Ustaz Zulhilmi at Takiri di alamat berikut ; http://attakiri.blogspot.com/

Sunday, April 19, 2009

Transformasi Kepimpinan

Dinukilkan artikel ini untuk makluman kita semua.

Alhamdulillah, Muktamar Tahunan DPPKS selamat diadakan.

Sempena Muktamar kali ke 7 ini, saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS KAwasan Sandakan telah dirombak. Hasilnya, sebuah Ahli Jawatankuasa yang baru telah dibentuk. Perwakilan telah sepakat memilih mereka. Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua dan lebih 50% exco telah berubah. Hanya sebahagian daripada exco lama dipilih semula.

nyanyian lagu tema PAS

ucapan dasar Ketua Pemuda

Inilah yang dinamakan sebagai Transformasi Kepimpinan. Sudah lama kita berhajat untuk melakukannya, baru sekarang ia tercapai.

ada sesuatu yang dibicarakan oleh Sdr Ramlan dan Sdr Anuar

amanat perasmian oleh Sdr Anuar

Tujuan utama transformasi ini dilaksanakan ialah bagi membahagi-bahagikan tenaga aktivis PAS di sini untuk menggerakkan semua jentera. Termasuklah, Kawasan, Pemuda dan Muslimat.

saf kepimpinan lama semasa sidang perbahasan

Kita semua sedia maklum tentang kelemahan, kekurangan dan kedaifan jemaah kita. Bisikan-bisikan inilah yang selalu terngiang di telinga untuk di ubah.

Mudah-mudahan ada harapan baru, ada semangat baru, ada kebangkitan baru daripada saf kepimpinan yang baru ini. Dapat kiranya kita terus memperkasakan pemuda dan memacu perjuangan ini.

ketua pemuda yang baru

Ini dia sedikit puisi buat saf pimpinan yang baru;

Sedarlah bahawa kalian adalah pilihan Allah,
Bukan untuk kebanggaan kalian dipilih,
Bukan untuk kemegahan kalian dipilih,
Ada amanah berat yang perlu diselesaikan,

Kini, masalah umat telah membebani kalian,
Lebih berat bebanan ini daripada sebelumnya,
Boleh saja kalian gugur jika silap perhitungan,

Berdampinglah dengan sahabat kalian,
Jangan berjauhan dari mereka,
Berkeputusanlah dalam jamaah,
Jangan diabaikan kesatuan ini,

Jangan sekali-kali dilupakan Tuhan Kalian,
Bergantung haraplah dengan Dia,
Percayalah, ada "Tangan Allah di atas Tangan Kalian"..

Ceramah Isu Palestin dihalang AJK masjid

18 April 2009; Sehari sebelum Muktamar DPPKS, dijadualkan sebuah ceramah Palestin akan diadakan di sebuah masjid di sini. Pihak kami telah dikunjungi oleh Sdr Anuar Ali, Ketua DPPNS sejak petang 15hb itu lagi. Tujuan utamanya untuk membincangkan berkenaan persediaan Muktamar DPPNS yang akan diadakan kelak.
Sambil menyelam, minum air...itulah pepatah yang boleh disesuaikan dengan kehadiran Sdr Anuar di sini. Disamping perbincangan tersebut, DPPKS turut mengatur beberapa siri pengisian untuk beliau penuhkan di sini.

Apa yang hendak diceritakan di sini ialah tentang kejumudan seorang AJK Masjid berpangkat timbalan pengerusi. Beliau telah menghalang program utama kami iaitu Ceramah Isu Palestin daripada diadakan di masjid tempat beliau bertugas. Ceramah tersebut dijadualkan berlangsung selepas isyak.

Rundingan awal dengan AJK Dakwah Masjid telah sepakat untuk mengadakan ceramah tersebut. Program tersebut juga telah mendapat restu daripada Pengerusi Masjid.

Kami juga tidak meng
"highlight"kan bahawa kami ini merupakan aktivis PAS. Tidak ada niat pun mahu menyentuh isu PAS-UMNO mahupun yang seumpama dengannya. Hanya untuk isu palestin...itu sahaja.

Malangnya, beliau tetap berkeras dengan pembatalan tersebut dan mengugut akan memanggil pihak berkuasa (polis) jika ceramah tersebut tetap diadakan.
Kasihan dan sedih melihat orang ramai yang menunggu sejak maghrib lagi. Mereka terpaksa "gigit jari" dan pulang ke rumah. Hajat mereka untuk sama-sama berkongsi isu umat ini tidak dapat tertunai.
Namun, kami tidak berputus asa. Program tersebut tetap dijalankan. Hanya lokasi ceram ah yang diubah. Cumanya, saiz audiens menjadi semakin kecil. Hampir tidak ada masyarakat awam, melainkan aktivis PAS sahaja.


Ceramah Isu Palestin yang diadakan di lokasi lain

antara pendengar yang hadir

Beginilah fitrah perjuangan. Bukan perjuangan namanya t anpa mehnah dan ibtila'. Sekurang-kurangnya, halangan-halangan seperti ini manjadi pelengkap kepada perjuangan Islam di bumi Sandakan.
kuliah maghrib di masjid lain

Sekian dahulu untuk kali ini. Moga ada iktibarnya untuk kita. Untuk rekod, Sdr Anuar juga menyampaikan kuliah maghrib di masjid yang lain sebelu m Ceramah Palestin tersebut.

Friday, April 17, 2009

Wednesday, April 15, 2009

Muktamar DPPKS

Bismillahirrahmanirrahim...

Artikel ini khusus ditujukan kepada;

Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap,

Ketua, Timbalan Ketua, Naib Ketua,

Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja, Perwakilan,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan.

Assalamu’alaikum w.b.t...

Firman Allah maksudnya :

Jika apa yang kamu bawa ini harta benda yang mudah dicapai dan perjalanan yang sederhana jauhnya, nescaya mereka (dengan mudah) akan mengikutimu. Tetapi jarak perjalanan begitu jauh untuk mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata) jika kami berupaya keluar, maka kami akan keluar bersama kamu. Mereka membina diri sendiri dengan sumpah yang dusta dan Allah mengetahui sesungguhnya mereka adalah dusta. (At-Taubah : 42)

Alhamdulillah, segala puji dan puja pada tahap infiniti bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam yang telah memberikan kita hidayah dan taufiq, selawat serta salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta pejuang-pejuang Islam hingga akhir zaman.

Muktamar merupakan program tahunan yang wajib bukan sahaja sebagai memenuhi tuntutan pihak berdaftar pertubuhan bahkan merupakan tuntutan kepada parti dan jamaah. Ia juga merupakan tanggungjawab muslim dalam konteks muhasabah.

Muktamar merupakan medan bagi semua peringkat ahli parti untuk menilai dan memuhasabah perjalanan program-program parti sepanjang tahun. Para perwakilan bolehlah membuat serta membentangkan idea-idea baru kepada parti bersesuaian dengan keadaan dan situasi kita di Sandakan ini.

Maka dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan akan mengadakan Muktamar tahunan bagi sesi 2008/2009. Muktamar tersebut akan diadakan pada 23 Rabiul Akhir 1430 / 19 April 2009 (Ahad ).

Sila hubungi Sdr Mustaman (019 873 5740) untuk keterangan lanjut.

Sekian..

Surat Tok Guru Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak

Mungkin masih ramai lagi sahabat yang belum membaca surat tersebut. Walaupun surat ini sudah berlalu beberapa hari, namun ia masih sesuai untuk kita semua. Hayati, selami, renungi dan hadamkan makna tersurat mahupun tersirat hasrat tok guru di bawah;


13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Monday, April 6, 2009

Takziah buat Nasruddin

Salam Perjuangan.

Blog DPPKS kali ini ingin berkongsi satu berita duka. Seorang exco DPPKS, Nasruddin Abdullah telah ditipma kemalangan jalan raya.

Ceritanya begini...,
Pagi itu sekitar 6.15, dia bergerak daripada Pejabat DPPKS ke Pusat Bandar Sandakan. Itu rutin hariannya pada "weekday" sebagai seorang guru di SM (S) As-Salam. Sebelum itu, sempat dia bercerita tentang hal kerjanya di SM (S) As-Salam dengan sahabatnya di pejabat DPPKS tadi.

Dengan semangat yang segar, dia melangkah keluar dan terus menunggang motosikalnya. Malang tidak berbau, di pertengahan jalan (betul2 di depan terminal bas ekspress, Bt 2 setengah) sebuah kereta Proton Saga Baru, warna "silver" melalui jalan u-turn telah meluru (tergesa-gesa) keluar ke jalan utama. Nasruddin yang menunggang motosikal tadi hampir melanggar Saga Baru tersebut. Bagi mengelakkan perlanggaran, beliau sempat menguis "handle" motosikalnya ke sebelah kiri. Tindakan ini menyebabkan beliau melanggar penghadang jalan di sebelah kiri. Beliau terumban ke jalan, berpusing beberapa kali sebelum terheret (kedudukan: seolah2 berbaring) sejauh beberapa meter. Mujur ada helmet yang diikat kemas dan beg (digalas dibelakang) menjadi alas. Orang awam menghantar beliau ke Hospital Duchess of Kent dan dirawat. Selepas itu, barulah keluarga dan sahabt-sahabat beliau tiba.

Alhamdulillah, Nasruddin hanya mengalami luka-luka kecil di tangan, kaki dan anggota lain. Kesakitan yang sedikit teruk dan menagih kesabaran beliau ialah kecederaan di bahu kiri. Untung saja tidak ada tulang yang patah atau terlepas. Tapi, dengan bahu yang membengkak itu (mungkin juga terseliuh), cukup untuk menguji pejuang ini. Sekitar 10.30 pagi, beliau dibenarkan untuk pulang ke rumah dan diberikan cuti 3 hari.

Takziah buat Nasruddin.
Bagi kita, ingatlah bahawa setiap bala, kesusahan, kepayahan dan apa sahaja yang negatif menimpa kita merupakan satu tarbiyyah. Ia merupakan mehnah dan ibtila' dalam hidup dan perjuangan ini. Ia juga merupakan kafarah bagi dosa kita. Baik sungguh Allah S.W.T, diberinya kita semua ini sebagai balasan dan peringatan. Mudah-mudahan kita menjadi Hamba Allah yang bertaqwa dan sentiasa berada dalam redhaNya.
Sekian.