KALENDER DPPKS

Monday, May 18, 2009

Ceramah Perdana Pimpinan PAS Pusat

Salam Perjuangan..
16 Mei 2009 yang lalu telah berlangsung ceramah perdana yang dia
dakan di Pusat Tarbiah PAS, Kuhara, Tawau. Seramai 4 orang pimpinan telah menyampaikan ceramah masing-masing. Meraka ialah, YB Salahuddin Ayyub, YB Dato' Mahfuz Omar, YBhg Dato Abu Bakar Chik dan YB Mohd Zaki Ibrahim.

Kehadiran mereka di bumi peladang ini kerana pada siangnya mereka dijadualkan untuk mengambil bahagian di dalam Program Hari Guru PASTI Peringkat Kebangsaan. Antara isi ceramah yang disampaikan oleh penceramah ialah tentang Kerajaan PAS Negeri Kelantan. Antara isu-isu lain yang disentuh ialah Isu Altantuya, Kearajaan Perak, Isu kebejatan sosial dan banyak lagi.Bagi pengetahuan pembaca, kehadiran pada malam itu mencecah 100 orang.
Sekian....

Selamat Pengantin Baru Ust Bahtiar dan Pn Siti Ayeshah

Salam Perjuangan.
Begitulah tajuk yang paling sesuai untuk artikel kali ini. Ust Bahtiar Haji Hud dan Puan Siti Ayeshah Hj Hamzah selamat diijabkabulkan pada 8 Mei 2009.
Walaupun majlis pernikahan sudah berlalu lebih daripada seminggu, namun ia masih segar seperti baru semalam berlaku. DPPKS memohon maaf keran lambat untuk posting berita terbaru ini.
Buat pengetahuan semua, Ust Bahtiar merupakan aktivis kita di sini. Isteri beliau Pn Siti Ayeshah merupakan anak kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.
Majlis pernikahan pada hari tersebut berlangsung waktu pagi dan bersambung dengan kendurinya pada sebelah petang selepas solat jumaat.
Berikut merupakan suasana yang berlaku semasa majlis tersebut.

Sekian....

Wednesday, May 13, 2009

Ceramah Perdana Isu Semasa

Salam Perjuangan..

Ini dia dipersembahkan iklan terkini daripada kantung dakwah bumi Sabah tercinta....


Tarikh : 16 MEI 2009 ( Sabtu )
Tempat : Markas Tarbiah PAS, Jalan Kuhara, Tawau
Masa : 8.30mlm


Penceramah :

YB Dato’ Mahfuz Omar
YB Salahuddin Ayub
Ybhg Dato’ Abu Bakar Chik
Ust Nasaruddin Tantawi

Pertanyaan hubungi 019 8732884 (Darmansah)

Tuesday, May 12, 2009

Sandakan Old Town

Salam perjuangan.
Artikel ini DPPKS ciplak tanpa ubah tapi dengan izin daripada Sdr Haris. Sdr Haris merupakan anak jati Sandakan (tapi bersuku bugis-anak jati la tu kan???) dan sekarang menetap di Ipoh.
Sahabat-sahabat boleh melayari blog beliau di alamat ini; http://sandakanorigins.blogspot.com/
Ba...ini dia cerita tentang Sandakan Old Town itu. Hayati rindu berat anak muda bernama Haris ini:

Taiping adalah sebuah bandar lama yang terletak di utara perak. sebuah bandar lama yang dihiasi bangunan2 dengan seni reka lama. Bangunan2 model lama, hasil seni arkitek 60-70-an dominan pada reka bentuk bangunan. kedai-kedai dengan susunan lama dan menjual barangan yang 'rare' dan klasik, kedai-kedai yg seolah-olah berada pada zaman awal kemerdekaan, apek tua dan ah so yang selamber melepak di stesen2 bas. aku merasakan rindu yg teramat kepada bandar sandakan setiap kali menjejak kaki ke taiping.



satu perasaan yang tidak terungkap dengan kata-kata apabila menelusuri bandar sandakan, walaupun sudah ada sedikit perubahan, namun aku masih merasa mesra dengan bau dan suara-suara dari lorong-lorong sesaknya. manusianya aku kenal, tapi aku tidak tahu siapa. aku mesra, tapi tidak pernah berbicara.

anak-anak sandakan masih seperti dulu, rockers maut. di sandakan boleh sahaja ketemu dengan perlbagai aliran rokc keras. aku sendiri tidak tahu, kenapa rock mnjadi budaya yang malar di sandakan dan terus hidup walaupun budak2 shuffle bersepah menyakitkan mata.

berjalan di tamu ahad, seolah-olah menusuluri bazaar bundle terbesar. mahu cari apa, kasut, tie, anak patung, hatta stoking pun dijual bundle atau rombengan. kalau lok king di ipoh, jonker street di melaka terkenal dengan barang lamanya, pasar tamu ahad sandakan aku rasa wajar dilabel pasar bundle. orang berjualan mula 10 malam sehingga keesokan harinya, bagi yang gila bundle, sandakan adalah 'sorga'nya. anda boleh membeli barangan seperti 'mati' seperti barangan elektrik, buku2, baju, tudung atau barang2 yang hidup seperti anak ayam, anjing kucing, kura2 atau barang2 yang 'menghidupkan' umpama ubat kuat cap gorila.

tidak banyak yang berubah, yang paling obvious mungkin sandakan water front. kawasan yang dipenuhi dengan hotel, supermarket, bangunan kedai yang dibina atas runtuhan pasar gantung dan 'katong'. walaupun aku tidak membenci bangunan, tapi bagi aku tempat2 yang menjadikan sandakan punyai identiti tersendiri harus kekal begitu.

bas-bas lama, bas jalan leila atau jalan labuk, sesekali mengisi perutnya menggamit pada kenangan lama, seolah-olah dalam timetube yang meneroka kembali zaman anak-anak sekolah, bercinta, bergaduh kemudian bercinta lagi, di dalam bas itulah.

tribute dan terima kasih pada seorang teman lama, yang mengukir kekal wajah-wajah sandakan dalam hasil seni photonya. kalau satu hari nanti, sandakan akan menjadi bandar moden, gambar ini akan sentiasa membuatkan cintaku pada sandakan tidak luntur..



p/s- mas aku ciplak gambar2 yang ko amik, sekali lagi...hahah..sbb ko x letak copyright maka aku tak blehla bayar ko royalti

kedai alat tulis yang terletak di bawah bangunan lama. kalau mahu beli alat tulis lama yang tidak terjual lagi, anda boleh cuba di sini.


tempat lepak anak-anak muda. penuh dengan aura cinta, keganasan, erotisma namun dihujungnya terletak masjid jamek sandakan. ironi?


sila fokus kepada bangunan lama di belakang awek yang sedang bersenaman mulut.


aliran rock keras adalah wajah-wajah yang memaparkan jiwa anarkis anak2 muda sandakan.

bangunan ini similar dengan bangunan2 dalam cerita incredible hulk, one million dollar man dan sheriff lobo.


for sale!

stesen bas sandakan.





bundle, disini sorganya

ah so ini senang melepak di tengah bandaraya sandakan
.
Ini nadi sandakan, umpama jalan TAR


Sekian....

Monday, May 4, 2009

Peristiwa 3 hari

30 April hingga 2 Mei 2009 itulah hari-hari yang dimaksudkan.
Dalam ruangan ini tidak perlulah peristiwa 3 hari tersebut diulas panjang.
Hanya sedikit sinopsis buat pengetahuan kita sahaja:

30 April 2009 (Khamis)

12.50 tghri : Tuan Hj Muhammad Abdullah (PJ PAS Sabah) tiba di Sandakan
1.20 ptg : Haji Husam dan Dr Rosli tiba di lapangan terbang Sandakan dan terus ke hotel
penginapan.
4.00 ptg : Pertemuan Dalaman Ahli PAS Sandakan
8.00 mlm : Ceramah Pakatan Rakyat

1 Mei 2009 (Jumaat)

10.00 pg : Lawatan Husam ke Pejabat PAS Kawasan Sandakan
2.00 ptg : Perasmian Muktamar DPPN Sabah
7.30 mlm : Forum Kebajikan dan dakwah di dalam masjid

2 Mei 2009 (Sabtu)

7.30 pg : Muktamar Penuh DPPN Sabah

Tontonlah slide-slide d bawah, biarkan gambar-gambar tersebut yang menceritakan peristiwa 3 hari tersebut.




Friday, May 1, 2009

Ceramah Pakatan Rakyat

30 April 2009, Sandakan. Ceramah Umum Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Grand Ballroom Sandakan Hotel menarik ramai pendengar. Pendengar yang terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai telah berhimpun seawal 8.00 malam lagi bagi menantikan ceramah tersebut. Walaupun ceramah seperti ini jarang diadakan di Sandakan, namun ia telah memikat ramai pendengar.

barisan penceramah

Ceramah kali ini menampilkan Dato' Paduka Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS sebagai penceramah utama disamping Dr Rosli Allani Abdul Kadir, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat; Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah; Sdr Zainuddin Hassan, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah dan Ustaz Anuar Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah sebagai penceramah tambahan.

YB Husam

Dr Rosli

Ceramah kali ini dianggap sebagai penjelasan kepada beberapa isu berbangkit dan isu-isu yang tidak diketahui umum. Antara isu yang dibawa oleh penceramah ialah isu penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/Barisan Nasional khususnya di Sabah ini. Penceramah juga mendedahkan bagaimana UMNO/Barisan Nasional merancang untuk mengambil tanah rakyat Sabah secara "rela-paksa". Isu Rasuah Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan juga dibangkitkan dalam peluang kali ini.

Hj Hamzah

Sdr Zainuddin

Ustaz Anuar

Selain itu, para penceramah juga membawakan isu nasional sebagai santapan pendengar. Isu peralihan kuasa Perdana Menteri yang penuh kontroversi, Isu pemilihan agung UMNO dan isu percubaan meretakkan hubungan Pakatan Rakyat juga mengambil tempat.

orang ramai yang hadir

Daripada Husam sendiri, beliau banyak menjelaskan tentang isu nasional dan sekali sekala mengaitkannya dengan negeri Sabah. Antaranya, beliau menjelaskan tentang implikasi positif yang diterima oleh Pakatan Rakyat hasil daripada kemenangan di 4 Pilihan Raya kecil yang lalu.

YB Husam menyampaikan ceramah

Menurut Husam lagi, UMNO kini sedang bertongkat di 5 buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Hanya dengan sekali penumbuk daripada kuasa rakyat melalui Pilihan raya Umum akan menguburkan UMNO dan pemerintahan Barisan Nasional di bumi Malaysia ini. Husam juga mengajak rakyat Sabah untuk berubah demi kebaikan bersama.


Sebelum ceramah ditamatkan, ruangan dibuka untuk sesi soal jawab atas permintaan hangat daripada audiens walaupun sesi ini tidak dijadualkan asalnya.

audiens yang bertanya

Akhirnya, ceramah diakhiri dengan Sidang Media oleh wartawan tempatan di sini.

Sidang Media

Sebagai rekod, Ceramah Pakatan Rakyat kali ini telah mendapat permit daripada PDRM Cawangan Sandakan dan menghimpunkan lebih daripada 200 audiens.

Sekian...