KALENDER DPPKS

Monday, February 15, 2010

Prinsip: Berjuang bukan kerana pimpinan



Teguh berdirilah perjuangan ini menongkat alam. Perjuangan ini tidak akan pernah padam dengan tamatnya riwayat seorang pemimpin. Perjuangan ini tidak goyah dengan tergelincirnya pemimpin. Perjuangan ini tidak surut dengan berundurnya seorang pemimpin. Perjuangan ini tidak lenyap dengan rajuknya seorang pemimpin. 

Kiblat perjuangan ini bukan pada seorang pimpinan. Perjuangan ini berkiblatkan Allah dan mardatillah. Perjuangan ini membawa slogan yang dikumndangkan melalui Al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu:



Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu".
(Surah Fussilat: Ayat 30)


Perjuangan ini bukan kerana TG Haji Hadi atau TG Nik Aziz. Perjuangan ini bukan untuk Khalid Samad atau Hasan Ali. Bukan juga kerana Al-marhum Ust Fadhil Noor. Dia telah tiada tetapi perjuangan ini diteruskan jua.Malah bukan kerana mana-mana pemimpin baik yang terdahulu maupun terkemudian.

Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir tidak tamat dengan terbunuhnya Imam Hasan Al-Banna. Membunuh Sayyed Qutb tidak menamatkan gerakan Ikhwan. Bunuhlah biar seluruh pimpinan, perjuangan yang berdiri atas landasan Islam tidak akan tamat. Inilah perjuangan hizbullah yang tidak akan mati kerana Allah sentiasa hidup dan tidak mati.parti Allahlah yang akan menang akhirnya. Inilah janji Allah sebagaimana firmanNya:



لا تجد قوما يؤمنون بالله و اليوم الآخر يوادون من حاد الله و رسوله ولو كانوا آبائهم أو أبنائهم أو إخوانهم أو عشيرتهم. أولئك كتب في قلوبهم الإيمان و أيدهم بروح منه و يدخلهم جنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها، رضي الله عنهم و رضوا عنه. أولئك حزب الله، آلا إن حزب الله هم المفلحون

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau Saudara-saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang Telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.
(Surah Al-Mujadilah: Ayat 22)

Semua pemimpin akan mati tetapi perjuangan tidak mati. Pemimpin yang berebut jawatan dalam parti perlu sedar bahawa parti tidak memerlukan mereka tetapi merekalah yang memerlukan parti. Mereka yang berebut jawatan perlu tanya diri sendiri, apakah perebutan itu untuk kepentingan legasi diri atau untuk survival  ketulinan perjuangan parti.  

Kepada pemuda perjuangan ini, jadikan perjuangan anda untuk Allah. Buangkan segala kiblat perjuangan selain Allah. Kita tidak peduli siapapun memimpin kita, sekalipun seorang asli berbangsa Jakun atau Temiar. Sekalipun seorang Penan, jika dia bertakwa dan dibekali dengan sifat kepimpinan Islam, kita beewala' kepadanya. Namun, sendainya dia seorang ulama tersohor, jika tidak memikul sifat taqwa, bergelumang kepentingan dunia dan tamakkan sanjungan dan pangkat, tidaklah kita berwala' kepadanya. 
Inilah prinsip perjuangan. Perjuangan yang akan kekal menongkat alam biar bersilih ganti kurun dan abad.

Sekian
Dari Koleksi,
Tinta Ketua Pemuda DPPKS
Sessi 2009-2011