KALENDER DPPKS

Saturday, August 15, 2009

H1N1: UJIAN ALLAH

"Cikgu ada orang cakap kotor". kata seorang murid.
"Dia cakap apa". tanya cikgu.
"Dia cakap babi" jawab murid itu.

Itulah perkataan suatu masa dahulu yang tidak boleh disebutkan sesuka hati malah ianya boleh mendatangkan kemarahan bagi sesetengan pihak. Tetapi hari ini ianya merupakan suatu perkataan yang hangat diperkatakan dan sering diulangi oleh semua golongan dari kanak-kanak hinggalah warga emas. Cuma perkataan itu bukanlah diucapkan untuk mengutuk seseorang tetapi ianya merupakan suatu isu yang hangat diperkatakan di seluruh negara sekarang apa lagi kalau bukan selesema babi atau dalam istilah yang lebih mesra iaitu wabak H1N1.

Kehadiran wabak ini secara tiba-tiba telah menggemparkan dunia. Malaysia juga di antara negara yang terkena wabak H1N1 ini. Sehingga kini puluhan orang telah mati akibat penularan wabak ini. Kebimbangan dan kerisauan jelas terasa kerana wabak ini mudah berjangkit.

Selesema babi tidak memilih mangsa semua golongan tidak terlepas darinya baik tua atau yang muda, kaya atau miskin, raja mahupun rakyat biasa semuanya berpotensi untuk menjadi mangsanya.


Sesungguhnya ini merupakan ujian Allah kepada hambanya. Setakat mana kita dapat menghadapinya adakah dengan penuh kesabaran atau berputus asa. Sesungguhnya Allah tidak akan memberikan ujian kepada hambanya melainkan ianya layak untuk diuji.

Sedarlah kita bahawa wabak ini merupakan bala' yang diturunkan oleh Allah kepada kita. Semua ini bertujuan untuk menyedarkan kita semua supaya jangan leka dan lalai dalam melayari kehidupan yang penuh dengan kelazatan dunia ini.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba ini marilah kita sama-sama meningkatkan amal ibadah kita sambil mendekatkan diri kepada Allah dengan penuh keinsafan dan ketaqwaan. Dalam masa yang sama marilah kita melakukan solat hajat memohon doa kepada Allah agar dijauhi dan dilindungi dari wabak H1N1 ini.


sekian...

No comments:

Post a Comment