UCAP TEMA
MUKTAMAR DEWAN
PEMUDA PAS SANDAKAN
TAHUN 2013
TAJUK
PELIHARA
KETULINAN PERJUANGAN, NUSRATULLAH DATANG BERIRINGAN
TARIKH
25 SYAWAL 1434 / 1 SEPTEMBER2013
TEMPAT
PASTI ZAID BIN HARITHAH, TAMAN
AIRPORT, SANDAKAN.
OLEH
UST. QAMARULLAH WAHBA
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله الذي بعث محمدا صلى الله عليه
وسلم بالهدى ودين الحق رحمة للعالمين وقدوة للعاملين وحجة على من أرسله الله إليهم
أجمعين وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له إله الأولين والآخرين وأشهد أن
محمدا عبده ورسوله المصطفى على العالمين صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم
بإحسان إلى يوم الدين وسلم تسليما كثيرا
أما
بعد
Para sahabat mukmirin Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan …
Kita
semua telah menyatakan tekad dalam muktamar yang lalu untuk mengembelingkan
usaha dan daya untuk membangunkan hidup berjemaah. Kita menyatakan tekad berjuang
untuk membantu kemenangan Islam menerusi wadah yang kita sama-sama meladeninya.
Kita telah melakukan apa yang kita mampu lakukan dan kita juga telah lalai pada
bahagian yang telah pun kita lalai. Apa yang dapat kita laksanakan untuk
Jemaah, kita panjatkan syukur. Dengan rahmat Allah juga kita diberikan kekuatan
untuk melaksanakannya. Apa yang kita lalai, kita mohon ampun daripada Allah
SWT. Semoga Allah tidak mempersoalkan di akahirat kelak apayang tidak dapat
kita lakukan sementara kita pun telah menginsafinya.
Marilah
kita kembali menginsafi pentingnya hidup berjemaah. Tuntutan hidup berjemaah
bukanlah sekadar manis di bibir. Hendaknya kita benar-benar memahami
kedudukannya dalam Islam. Jika kita melaksanakan konsep berjemaah dalam
pelbagai aspek kehidupan dunia kita, maka terlebih aula untuk kehidupan
agama. Kalau kita solat berjemaah, maka kita berjuang untuk agama juga
hendaklah secara berjemaah. Para musuh Islam bersepakat dan berkerjasama untuk
menjahanamkan Islam. Apakah patut kita secara bersendirian berjuang untuk Islam?
Betapa
hebat pun keperibadian kita, beban Islam itu lebih berat. Nabi SAW pun
memerlukan para hawari untuk melonjakkan Islam di mata dunia. Maka,
apakah kita tidak memerlukan hawari? Membina hawari itulah
tuntutan hidup berjemaah.
Jangan
hendaknya kalangan kita masih lagi ragu-ragu mengenai betapa perlunya kita kepada
hidup berjemaah. Tanpa Jemaah, jadilah kita kambing “qasiah” yang
menunggu masa dibaham serigala. Kita mencari hidup berjemaah untuk
menyelamatkan diri dan bukannya untuk menunjukkan betapa terbilangnya kita
dalam memperjuangkan Jemaah. Jauh sekali untuk merebut pamrih dunia di atas
jalan perjuangan.
MALU
MENGAKU BERJUANG
Pemuda
perjuangan hendaklah sentiasa menyedari betapa kerdilnya sumbangannya kepada
kebangkitan Islam. Malah, tanamkanlah dalam diri bahawa diri sendiri belum
berjuang. Saya titipkan sebuah sajak buat membujuk hati sahabat sekalian:-
Aku belum
berjuang!
Mari sedarkan diri
katakan aku belum berjuang
kalau perjuangan itu sebuah gelanggang
aku di luar masih berlenggang.
mereka telah melakar sejarah
aku cuma menghampar sejadah
mereka telah tumpah darah
aku cuma menggenggam amarah
mereka telah melontar panah
aku cuma menyebar risalah
penjara rumah kedua mereka
rumah pertamaku suka-suka
rumah keduaku pula senda loka
mereka menemui tali gantung
aku masih dikir rambung
Aku cuma bicara hukum
mereka telah pun dihukum
aku bersemangat tegakkan syariat
mereka terkorban menegakan syahadat
aku mimpi kerajaan khilafah
aku hafal manhaj nubuwwah
mereka lesi penat lelah
tidak banyak mada berhelah.
Kalau berdiri di muka gerbang
usah diumpat nista pejuang
jika di medan sebagai hulubalang
baru layak mengajar burung terbang
Mari sedarkan diri
aku bukan pejuang
aku cuma tunggul sebatang
bermimpi dahan pohon rendang.
PERJUANGAN
ISLAM MEMERLUKAN NUSRAH ALLAH
Allah menjanjikan bantuannya bagi
mereka yang berjuang demi agamanya. Firman Allah SWT:
إِنَّا
لَنَنصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ
يَقُومُ الْأَشْهَادُ
Sesungguhnya kami menolong
rasul-rasul kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada
hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat).
(Surah Mukmin: Ayat 51)
Perjuangan Islam tidak akan menempa kemenangan jika tiada nusrah
Allah. Sepanjang sejarah, kemenangan
pejuang agama Allah sentiasa diwarnai oleh nusrah Allah SWT. Melalui nusrah
Allah SWT, pasukan pejuang Islam menang walaupun jumlah mereka sedikit dan kelengkapan
serba kekurangan.
Tentera Talut yang sedikit dapat mengalahkan tentera Jalut yang
lebih ramai berkali ganda. Allah menyebutkan perihal kemenangan tentera Talut
tersebut sebagaimana firmanNya:
كَمْ مِنْ فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ
فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ
Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan
golongan yang banyak dengan izin Allah
(Surah Al-Baqarah: Ayat 249)
Perkara yang sama terjadi kepada tentera Islam di bawah kepimpinan
Rasulullah SAW. Dalam perang badar, tentera Islam hanya 314 orang dapat
mengalahkan tentera musyrikin yang berjumlah 1000 orang. Dalam perang Khandak,
pasukan Ahzab yang berjumlah 10000 orang dikalahkan dengan pertolongan Allah
SWT. Kita saksikan kemenangan Islam berlaku dalam situasi kontradiksi jumlah
yang tidak berpihak kepada Islam. Ironinya, dalam perang Hunain, apabila
tentera Islam lebih ramai daripada tentera kafir, tentera Islam pula dipukul
kekalahan.
Mengamati peristiwa kemenangan dan kekalahan Islam dalam sejarah,
yakinlah kita bahawa Islam hanya boleh menang dengan nusrah Allah SWT. Justeru,
para pejuang agama Allah hendaklah sentiasa berhati-hati dalam menggarap
perjuangan agar nusrah Allah SWT tidak menyisih pergi. Para pejuang agama Allah
hendaklah sentiasa memberi perhatian kepada aspek menjana nusrah di samping
meneliti pembinaan tenaga manusia, kelengkapan serta strategi. Gabungan semua
itu hanya akan berhasil menatijahkan kemenangan jika nusrah datang beriringan.
LURUSKAN NIAT PERJUANGAN
Menerjuni perjuangan perlu dipandu niat yang betul. Niat yang
menyimpang membawa amal Islami bertukar menjadi amal insani. Ketika menyerahkan
diri untuk menjadi soldadu perjuangan, tanyakan diri, apakah tujuannya.
Adakah untuk mendapat ramai kawan?
Nanti, bila berselisih faham dengan kawan, perjuangan akan
ditinggalkan.
Apakah untuk mengisi masa yang ketika itu lapang?
Kelak bila sibuk, dengan perjuangan menjadi renggang.
Apakah untuk mengejar habuan dunia?
Bila habuan dunia tiada, perjuangan pun dilupa.
Orang yang ikhlas disebut sebagai mukhlis. Memiliki sifat mukhlis
akan membawa kepada digolongkan Allah SWT sebagai kalangan mukhlasin. Hanya
orang mukhlas selamat daripada tipudaya syaitan. Untuk mendapat kedudukan
mukhlas, dakilah tangga orang mukhlis. Hanya perjuangan yang dikendali oleh
orang-orang yang ikhlas sahaja akan mendapat nusrah daripada Allah SWT.
SABAR MENEMPUH MASA YANG PANJANG
Perjuangan Islam akanmenempuh jalan panjang. Begitulah apa yang kita
amati dalam sejarah. Dahulu, sebelum Kota Kostantinaple mahu ditawan tentera
jihad Islam, beratus tahun rancangan diatur untuk menawannya. Tahun 1453,kota
itu jatuh ke tangan khalifah Islam Muhammad Al-Fateh. Kisah gemilang ini hanya
bertahan sekitar 471 tahun apabila pemerintahan Islam ranap diinjak sekularisma
bikinan Mustapha Kamal Attarturk. Masa panjang mendaki kemenangan dan tempoh
singkat menikmati buahnya adalah antara asam garam perjuangan Islam.
Kepanjangan masa yang perlu ditempuh sebelum meraih kemenangan
hendaklah dinilai secara positif. Tujuan meletakkan diri dalam perjuangan Islam
bukanlah untuk mendakap titik akhir kemenangan. Kemenangan menewaskan musuh
Islam bukanlah kemenangan yang sejati. Bagi pendokong perjuangan Islam,
kemenangan yang sejati ialah apabila dia boleh istiqamah di atas perjuangan
sehingga dia mati sementara dia kekal dengan perjuangan.
Panjangnya masa sedangkan tidak juga menang hendaklah dilihat
sebagai cara Allah memberikan limpah kurnia para pejuang agamanya meraih ganjaran
sebanyak mungkin. Oleh itu, kesabaran menempuh jalan perjuangan akan membezakan
pejuang sebenar dengan pejuang palsu. Pejuang sebenar akan bertahan, sementara
pejuang palsu akan rebah tersungkur.
Para Rasul Allah dan orang beriman yang terdahulu menempuh pelbagai dugaan dan
cabaran dengan sabar sehingga sampai ke klimaks getir cobaan perjuangan. Allah
berfirman:
حَتَّى
إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جاءَهُمْ
نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاءُ وَلا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ القَوْمِ
المُجرِمِينَ
Sehingga apabila para Rasul tidak
mempunyai harapan lagi (tentang keimanan mereka) dan telah meyakini bahwa
mereka telah didustakan, datanglah kepada para Rasul itu pertolongan kami, lalu
diselamatkan orang-orang yang kami kehendaki. dan tidak dapat ditolak siksa
kami dari pada orang-orang yang berdosa.
(Surah Yusuf: Ayat 110)
Justeru, kita para pemuda tidak perlu merintih kecewa dengan
kekalahan dalam PRU13 baru-baru ini. Kita mungkin belum layak dikatakan sudah
sampai ke klimaks getir cubaan perjuangan. Kita masih mampu tersenyum dan
ketahanan untuk meneruskan perjuangan masih banyak. Biarlah liku-liku
perjuangan panjang asalkan kita tetap istiqamah dan anggaplah kita diberi
peluang oleh Allah untuk meraih pahala perjuangan berterusan dengan kekalahan tersebut.
PELIHARA KETULINAN PERJUANGAN
Ketulinan perjuangan hendaklah berdiri di atas manhaj perjuangan
yang betul dan terpelihara daripada anasir yang merosakkannya. Semua anggota
jamaah mesti peka dalam menilai antara manhaj perjuangan yang tulen berasaskan
sirah perjalanan nabi kita Muhammad SAW atau manhaj perjuangan palsu yang
meniti di atas jalur kepentingan politik dan peribadi .
Ketulenan
manhaj perjuangan dapat dikenal pasti melalui pengambilan skema amal tarbawi
yang mantap melalui silibus perjuangan yang ditinggalkan oleh baginda Rasul SAW
dan diperkemas kini oleh ulama al-a'milin al- mujahidin yang memimpin ummah.
Suatu pencabulan terhadap manhaj perjuangan andai ia dipimpin atau
digerakkan oleh individu atau mereka yang bukan sahaja jahil terhadap manhaj
perjuangan an-nabawi tetapi juga bersikap negatif terhadap amal tarbawi. Lebih
malang apabila perjuangan ini dipacu berlandaskan teori politik untuk mencapai
matlamat tanpa berteraskan akhlak Islami.
Demi memburu kemenangan dalam pilihan raya sebagai contoh, walaupun
tiada siapa menafikan kemenangan itu penting namun sekali-kali kita tidak boleh
meminggirkan akhlak Islami dalam percaturan politik.
Tentu sahaja perjuangan Islam tidak sama dengan gerakan nasionalis
atau lainnya yang tidak memiliki kamus dosa dan pahala dalam teori politik
mahupun perjuangan mereka. Justeru itu kita jangan terjebak atau terpedaya
dengan cara dan gaya mereka berpolitik.
Politik Islam kaya dengan akhlak, moral dan prinsip yang tidak
memungkinkan ia dibeli apalagi dirasuah lantaran paksinya ialah Iman dan Islam.
Ketulenan manhaj perjuangan jua tidaklah dinilai semata-mata
dipentas politik pilihan raya tetapi juga melihat bagaimana kita membuat
keputusan jamaah, bagaimana kita memimpin jamaah dan menangani ahli, bagaimana
kita beraksi di medan dakwah, bagaimana kita mendepani musuh, bagaimana kita
bertahaaluf dan sebagainya.
Pasti sahaja adab dan akhlak berjamaah seperti syura, dengar dan
taat, thiqah, istiqamah, wala', ukhuwwah, ikhlas dan lainnya mewarnai diri,
sikap dan aksi kita sebagai seorang pejuang.
Kita adalah "Sebuah Gerakan Islam". Ini satu realiti yang
mesti direalisasikan terutama kepada mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin
jamaah walau di mana posisinya. Bahkan apa pun kepentingan yang kita mahu capai
dalam strategi berpolitik dan bergerak memimpin perjuangan ini, kita tidak
boleh mencairkan nilai atau nilai standard bagi sebuah gerakan Islam.
Strategi itu benar dan wajar sebagaimana berpolitik itu adalah hak
dan amanah perjuangan. Tetapi, ketulenan manhaj perjuangan mesti dipelihara.
Jangan kita abaikan ketulenannya semata-mata mahu melihat strategi kita berjaya
dan politik kita menang.
Menang tidak bererti benar dan kalah tidak bermakna salah. Justeru
itu awas jangan palsukan manhaj perjuangan suci ini. Pemalsuan manhaj
perjuangan adalah satu jenayah!Ia menghalau nusrah Allah SWT.
JAGALAH
MAIZAH (ميزة(SEORANG AHLI GERAKAN
Maizah adalah ciri istimewa. Para pemuda gerakan Islam perlu mempunyai maizah
kerana Rasulullah SAW sering menekankanpentingnya memiliki maizah. Maizahakan
membezakan seorang muslim dengan seorang kafir. Dalam keluarga besar Islam, maizah
gerakan akan membezakan antara seorang anggota gerakan dengan seorang muslim
biasa yang menyisih dari gerakan.
Seharusnya,
seorang anggota gerakan memiliki ciri-ciri tersendiri yang tidak dimiliki oleh
orang yang tidak terlibat dengan gerakan. Seorang pemuda gerakan akan menanggung
amanah besar buat ummat ini. Selain tugasnya memperjuangkan Islam untuk
diletakkan pada maqam yang tinggi, pemuda gerakan juga mempunyai
tanggungjawab mempamirkan sifat seorang muslim sejati yang istimewa.
Saya
mencadangkan setiap anggota gerakan ini membina maizah diri dengan
mempertingkatkan hal-hal berikut:
1)
Mangamalkan
zikir dan wirid ma’thur dari bimbingan sunnah baginda Rasulullah SAW. Dalam hal
ini, ahli gerakan sudah lama diajar agar mengamalkan wirid-wirid ma’thurat yang
disusun oleh As-Shahid Imam Hasan Al-Banna
2)
Istiqamah
menjaga solat lima waktu berjemaah.
3)
Menjadi
pendamping Al-Quran dengan selalu membacanya dan mentadabburnya.
4)
Sentiasa
bangun solat tahajjud.
5)
Komited
dengan agenda tarbiah Jemaah seperti usrah, tamrin, kuliah, jaulah dan sebagainya.
6)
Mudawamah
solat subuh berjemaah di masjid.
7)
Menguasai
ilmu-ilmu Islam melalui talaqqi, membaca, mendengar ceramah, berdiskusi dan
sebagainya
8)
Menjaga
kesihatan jasmani untuk berjuang dengan tangkas.
9)
Sentiasa
peka dengan perkembangan semasa sama ada dalam Negara atau luar Negara.
10) Lemah lembut dalam tutur kata dan menjaga akhlak perilaku.
11) Memperkukuhkan ekonomi diri agar lahir sebagai anggotak gerakan
yang mempunyai izzah melalui sumbangan kepada jemaah.
12) Menjalani gaya hidup orang soleh; berkawan dengan kawan yang soleh,
jauhi perbuatan merokok, melepak berbual kosong dan individualistic.
Banyak
lagi maizah yang boleh kita tampilkan sebagai seorang anggota gerakan
Islam. Apa yang penting, janganlah antara seorang ahli gerakan dilihat sama
sahaja dengan yang tidak berada dalam gerakan. Paling malang kalau ahli gerakan
Islam dilihat lebih lekeh dan leceh berbanding mereka yang tidak terlibat dalam
jemaah dan gerakan. Apakah layak bahtera perjuangan dipacu oleh orang-orang
yang lekeh?
PERJUANGAN
ISLAM SENTIASA MENANG
Perjuangan
untuk memenangi pilihanraya menurut pencak demokrasi kelihatannya tidak membuahkan
hasil yang memberangsangkan. Gerakan Pas bukan sahaja mengalami kekecewaan di
peringkat negara tetapi juga di peringkat entiti kecil melibatkan Parlimen dan
Dun. Bagi Dewan Pemuda Pas Sandakan, kekalahan dalam PRU baru-baru ini ketika
membantu calon PAS di Batu Sapi adalah sebuah hakikat yang memang diakui. Tidak
menang. Itulah ungkapan damai untuk menggambarkannya. Tetapi, lebih tepat lagi
untuk menggambarkannya ialah dengan mengatakan Gerakan Pas belum menang.
Kemenangan itu akan datang dan itu perlu diyakini seperti meyakini datangnya
siang ketika tenggelam dalam kegelapan di malam hari.
Semua
warga pemuda perlu memahami bahawa kemenangan dalam perjuangan itu pasti. Allah
SWT telah pun menegaskan dalam Al-Quran bahawa para pendekarNya adalah kelompok
yang menang. Maka, bagaimana kita mahu menguruskan kekalahan yang disifatkan
orang agar menjadi kemenangan dalam keyakinan kita.
Kerana itu, penglibatan dalam pilihanraya,
selama-lamanya hendaklah berada di atas landasan yang betul dan dengan tujuan
yang betul. Jika kita terjun ke arena pilihanraya dengan cara dan niat yang
betul, kita tidak akan merasa kecewa dengan kakalahan nisbi yang kita alami. Kita
sebenarnya menikmati buah kemenangan sejati.
Untuk
apa lakukan semua? Untuk apa kita berhempas pulas terjun ke medan semasa PRU.
Apakah hanya untuk menangkan calon pilihan kita? Atau apakah untuk memungkinkan
parti junjungan kita meraih kuasa pemerintahan. Kalau itu tujuan kita, memang
wajar kita kecewa. Namun, kalau tujuan kita lebih daripada itu, untuk mencapai
redha Allah, meraih pahala daripadaNYa, berkerja untuk menangkan agamanya, kita
akan tetap tersenyum gembira. Kekalahan itu kita tafsirkan sebagai lanjutan
sungai pahala buat kita.
PERJUANGAN
PINTUNYA SERIBU
Jangan
berputus asa dalam mengemudi bahtera perjuangan. Jika satu jalan tertutup ada
beribu jalan lagi sedang menanti. Para pejuang agama Allah bukan manusia naif
yang kontang idea, tandus cara untuk memenangkan Islam. Nabi Yaakob A.S ketika
mengarahkan anak-anaknya masuk ke Mesir, baginda menitipkan pesan sebagaimana
firman Allah SWT:
وَقَالَ
يَا بَنِيَّ لَا تَدْخُلُوا مِنْ بَابٍ وَاحِدٍ وَادْخُلُوا مِنْ أَبْوَابٍ
مُتَفَرِّقَةٍ وَمَا أُغْنِي عَنْكُمْ مِنَ اللَّهِ مِنْ شَيْءٍ إِنِ الْحُكْمُ
إِلَّا لِلَّهِ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَعَلَيْهِ فَلْيَتَوَكَّلِ
الْمُتَوَكِّلُونَ
Dan Ya'qub berkata: "Hai
anak-anakku janganlah kamu (bersama-sama) masuk dari satu pintu gerbang, dan
masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlain-lain; namun demikian Aku tiada
dapat melepaskan kamu barang sedikitpun dari pada (takdir) Allah. Keputusan
menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nya-lah Aku bertawakkal dan
hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakkal berserah diri".
(Surah Yusuf:
Ayat 67)
Pesanan
nabi Yaakob buat anak-anaknya ini menggambarkan buat kita jalan perjuangan yang
laluan masuknya berbagai-bagai. Dalam kontek gerakan kita sendiri, dalam
menjayakan misi, kita mempunyai pelbagai cara. Semua cara itu ada harganya
dalam perjuangan. Jika anda mahir dalam perniagaan, gunakan kemahiran itu
membantu bangunkan sistem pengukuhan ekonomi gerakan. Jika anda lumayan dengan
ilmu, janakan penyebaran ilmu yang digabungjalin dengan kesedaran menyertai gerakan.
Jika anda pandai menulis, gunakan tulisan anda. Jika anda punya hubungan yang
baik dengan masyarakat, mengapa tidak gunakan kedudukan itu untuk gerakan? Anda
boleh menggunakan semua pintu perjuangan yang terbentang di depan anda.
Kita
boleh membahaskan metod kumpulan lain tetapi kita tidak perlu larut dalam
membahaskannya. Kerja kita ialah melakukan apa yang kita yakini dan tinggalkan
apa yang kita ragui.
IKHTIBAR
PERISTIWA DI MESIR
Tela'ah
Sunnatullah Tenangkan Gundah
Kita
menelan kegundahan hati ketika mendapat khabar duka tumbangnya kerajaan
pimpinan Dr. Mursi daripada Ikhwanul Muslimin di Mesir.Umur kerajaan Mesir
pimpinan Mursi masih sangat pendek sebelum datang bencana coup d'état
oleh tentera Mesir. Harapan yang sedang berbunga, tiba-tiba layu tidak bermaya.
Bukan sedikit manusia seluruh dunia yang menyimpan harapan buat Mursi
mengembalikan kegemilangan Mesir yang bersejarah. Namun, nampaknya sesuatu yang
hebat jalan berganda-ganda payah.
Namun,
memang demikianlah sunnatullah. Perjuangan itu satu sangat payah. Apa yang kita
bicarakan di Malaysia ini barangkali sekelumit cuma daripada apa yang telah
dipugar dan dikobarkan di Mesir bumi yang bertuah. Korban pewaris semangat nabi
Musa dan kebijaksanaan Amru bin Al-Ass di Mesir bukan alang kepalang. Jemari
tangan dan kaki sudah tidak mampu menjadi alat pembilang lagi.
Dulu,
sebelum nabi Yusuf berkuasa di Mesir, petualang penjajah Romawi menghisap
kekayaan Mesir. Qibti bukan apa-apa walau bumi tumpah darah sendiri yang
dipijak. Nabi Yusuflah yang dikatakan mengangkat harkat peribumi. Maka, hasil
pengorbanan nabi Yusuf, dapatlah bangsa Bani Israel menumpang tuah. Namun, di
kala Firaun mengambil kekuasaan, Bani Israel menjadi hamba suruhan.
Allah
tumbangkan Firaun. Pelbagai kuasa bertukar ganti di Mesir. Yang datang menjarah
dan kemudian pergi atau dipaksa pergi. Berapa tahun pun masa berkuasa, tetap
ada hujungnya.
Mubarak
sahaja berkuasa sekitar 30 tahun. Pendahulunya juga punya dosa yang serupa.
Kezaliman mereka ke atas pemuda-pemuda Ikhwan bukan lagi rahsia. Tetapi,
kekuasaan mereka tetap ada akhirnya. Memerintah 30 tahun bukan satu tempoh masa
yang panjang buat Mubarak. Memerintah tidak sampai 2 tahun buat Mursi bukanlah
satu masa yang panjang buat para fulul yang gelisah itu.
Allamah
Iqbal pernah bermadah:
Umur bukan hitungan tahun,
Hidup bukan bilangan masa.
Sehari hidup singa di rimba,
Seribu tahun hitungan domba.
Usah
tenggelam dan karam dalam kesedihan. Memang sudah sunnatullah begitu. Allah
menciptakan pusingan roda dalam negeri untuk menjadikan tanah subur dalam
negeri menumbuhkan bunga mekar yang akan mengharumkan syurgawi. Mungkin kita
menderita kerana kehilangan sebuah kerajaan harapan buat ummat. Tetapi,
penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang benci melihat fajar Islam bersinar
itu adalah lebih parah. Derita kita berbayar pahala sedang derita mereka
menambah sengsara.
Setelah
tersengguk seketika dalam rasa terpukul, kita kembali sedar dan berserah serta
yakin dengan seni takdir Allah SWT. Jangan terpedaya dengan kembalinya berkuasa
soldadu syaitan kerana itu hanyalah sebuah "ghurur".
Allah
berfirman:
مَا
يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلاَّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَلا يَغْرُرْكَ
تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلادِ
Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali
orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah kamu terpedaya kerana melihat
mereka berulang-lang menjarah di dalam negeri.
كَذَّبَتْ
قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَالْأَحْزَابُ مِن بَعْدِهِمْ وَهَمَّتْ كُلُّ أُمَّةٍ
بِرَسُولِهِمْ لِيَأْخُذُوهُ وَجَادَلُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ
فَأَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ
Sebelum mereka, kaum Nuh dan golongan-golongan yang bersekutu
sesudah mereka telah mendustakan (rasul) dan tiap-tiap umat Telah merencanakan
makar terhadap Rasul mereka untuk menawannya dan mereka membantah dengan
(alasan) yang batil untuk melenyapkan kebenaran dengan yang batil itu. Karena
itu Aku azab mereka. Maka betapa (pedihnya) azab-Ku?
(Surah Ghafir: Ayat 4-5)
Menela'ah
jatuh bangun soldadu kesyaitanan sepanjang zaman memberikan kita ketenangan. Ia
menghilangkan duka nestapa dan mengembalikan semula kita ke persada perjuangan
dengan siasat baru dan seni lenggok silat perjuangan yang lebih kekar. Insya
Allah, sebelum puas sang algojo menghirup selesa keberhasilannya, akan datang
pusingan ke atasnya.
PENUTUP
MOTIVASI BUAT GEROBOLAN ABABIL
Kami gerombolan
Ababil
di tangan kami batu dari Sijjil
akan kami gempur Ashabul Fil
hancur Abrahah tegakkan Islam nan adil
Kami bukan banjingan ditunggang
bawalah harta penuh segudang
mata kami tidak nyalang
perjuangan kami tidak menyimpang.
kami berimam kandil agung
Al-Quran Hadis sentiasa disenandung
Kami ikhlas menabur peluh
mengharap pahala akan tumbuh.
Lillahi Ta'ala berlagu zikir
terbenam kemas di dasar dhamir
liriknya meniti menghias bibir
azam teguh tidak mungkir
Kami zuriat putera Habil
Walau berdepan bengisnya Qabil
Kami rela menerjuni Mu'tah
walau musuh banyak jumlah
Sungguh kami dihasut tewas
kami teguh tidak cemas.
Jika hilang satu peluang
kami percaya seribu yang datang
berjuang kami bukan sekangkang
kami menanti bulan mengambang
biar beribu tahun bersilang.
Akan hancur dedaun jahiliah
dihambur lontaran Sijjil Allah
kamilah Ababil tidak akan menyerah
Menumbang Abrahah merata jalan Fathul Makkah!
di tangan kami batu dari Sijjil
akan kami gempur Ashabul Fil
hancur Abrahah tegakkan Islam nan adil
Kami bukan banjingan ditunggang
bawalah harta penuh segudang
mata kami tidak nyalang
perjuangan kami tidak menyimpang.
kami berimam kandil agung
Al-Quran Hadis sentiasa disenandung
Kami ikhlas menabur peluh
mengharap pahala akan tumbuh.
Lillahi Ta'ala berlagu zikir
terbenam kemas di dasar dhamir
liriknya meniti menghias bibir
azam teguh tidak mungkir
Kami zuriat putera Habil
Walau berdepan bengisnya Qabil
Kami rela menerjuni Mu'tah
walau musuh banyak jumlah
Sungguh kami dihasut tewas
kami teguh tidak cemas.
Jika hilang satu peluang
kami percaya seribu yang datang
berjuang kami bukan sekangkang
kami menanti bulan mengambang
biar beribu tahun bersilang.
Akan hancur dedaun jahiliah
dihambur lontaran Sijjil Allah
kamilah Ababil tidak akan menyerah
Menumbang Abrahah merata jalan Fathul Makkah!
Sebelum
menutup bicara, marilah kita sama merafakkan doa buat saudara seperjuangan kita
di Mesir dan negeri Syria yang bergolak serta wilayah-wilayah Islam yang
tertindas.
اللهم أنا
نسألك باسمك الأعظم الذي إذا سألت به أعطيت
وإذا دعيت به
أجبت وإذا استنصرت به نصرت يا سميع يا قريب
يا واحد يا
أحد يا فرد صمد يا حي يا قيوم يا مجيب دعوة المضطر
أن تجعل مصر
آمنا مطمئنة مستقرة وجميع بلاد المسلمين
اللهم من
أرادها بسوء فاجعل كيده في نحره واجعل تدبيره تدميرا علية
اللهم اجمع
كلمتهم على كلمة سواء على الحق والإيمان والتوحيد
اللهم أعز بها
الإسلام وانصر بها وبأهلها الدين وجميع بلاد المسلمين
اللهم آمين
آمين آمين
اللهم فرج عن
إخواننا في سوريا - في فلسطين -
في اليمن - في
السودان - في بورما ، في كشمير في الفلبين ، في كل مكان
وجميع بلاد المسلمين
، وجميع المستضعفين في كل مكان
اللهم انصرهم
اللهم أعنهم، اللهم اكفهم، اللهم أيدهم، اللهم أغثهم
اللهم احفظهم،
اللهم قوهم، اللهم نجهم، اللهم أطعمهم، اللهم تولهم
اللهم أعزهم ،
اللهم اهدهم
اجمع كلمتهم
على الحق والإيمان والتوحيد
اللهم آمين
آمين
اللهـم وفق
قادة المسلمين إلى
نصرة كتابك
وسنة نبيك
إلى نصرة دينك
وتطبيق شرعك
إلى توحــيد
الكلمة وجمع الأمة
إلى كل ما
يرضيك، وما فيه خير العباد والبلاد
اللهم ألهمهم
رشدهم وخذ بنواصيهم للبر والتقوى
اللهم آمين
آمين آمين
Sekian….
Takbir!