KALENDER DPPKS
Friday, January 8, 2010
Mustaman mengalami kemalangan jalanraya
Sunday, January 3, 2010
Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya."Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.
"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.
Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.
Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.
"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.
Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.
Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.
Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.
Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.
KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.
Sumber :http://www.harakahdaily.net/v2/
Friday, January 1, 2010
PROGRAM EKSPEDISI DAKWAH 'ZIARAH KASIH' SEMPENA SAMBUTAN MALAM TAHUN BAHARU AMBANG 2010.
Monday, November 16, 2009
Yang Terpilih dan Yang Ikhlas
Daripada Abu Hurairah ra berkata: Nabi saw bersabda:
“Sesungguhnya manusia yang mula-mula dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang syahid . Dia didatangkan dan Allah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihan yg telah Allah berikan. Dia mengakuinya. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Lelaki itu menjawab “ Aku telah berperang kerana mu sehingga aku syahid.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau berjuang kerana supaya dikatakan engkau berani, sesungguhnya manusia telah memuji keberanianmu.” Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, dia diheret dengan diseret mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.
Didatangkan pula seorang lelaki yang di dunia telah belajar ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Allah telah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihanya yg Allah berikan. Dia mengakui nikmat tersebut. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Dia menjawab “aku telah belajar, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana mu .” Allah menjawab “Kamu berbohong kerana kamu belajar supaya dikatakan kamu orang yg berilmu dan kamu membaca supaya dikatakan kamu sebagai Qari , sesungguhnya kamu telah dipanggil sebagai orang berilmu dan qari. Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, lalu diheret diatas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.
Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah telah luaskan rezkinya dan memberikannya pelbagai jenis harta. Allah telah memperingatkan kembali nikmat dan kelebihanNya kepadanya. Dia telah mengakuinya. Allah bertanya “Apa yang engkau telah buat terhadap nikmat2 tersebut demi kerana Allah?” Dia menjawab “Aku telah membelanjakan harta untuk setiap jalan kebaikan kerana mu.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau buat sedemikian adalah kerana untuk dikatakan sebagai pemurah, sesungguhnya engkau telah dikatakan pemurah.” Kemudian diputuskan hukuman, lalu diheret atas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.”(Hadis sahih riwayat Muslim, Nasaie, Tirmizi dan Ibnu Hibban.)
Sunday, October 25, 2009
Konvensyen IT PAS Sabah
Majlis yang dirasmikan oleh Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuhjaya PAS Sabah itu telah mengundang Suhaimi Embong bersama rombongan Jabatan IT PAS Pusat dan Taufek Yahya bersama Lan Jusoh daripada Harakah sebagai moderator konvensyen. Pada majlis itu juga, Ust Abdul Ghani Samsuddin, Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat telah menyampaikan ucaptama.
Dalam kedinginan Kundasang itu, peserta telah dibahagikan kepada 3 trek konvensyen iaitu Trek Asas Kewartawanan, Trek Asas Blooger dan Trek Asas Internet. Ketiga-tiga trek telah disertai dengan penuh minat oleh semua peserta. Disamping pembentangan daripada moderator, peserta turut diberikan tugasan bagi memantapkan ilmu yang bermanfaat tersebut.
Menurut seorang peserta yang mengikuti Trek Asas Kewartawanan, pengisian dalam konvensyen kali ini amat berguna dan merupakan benda baru kepada mereka sebagai penulis muda.
Sebelum konvensyen ini berakhir, Sdr Ahmad Dollah, AJK Kerja PAS Pusat telah melancarkan blog sahabat blooger Sabah. Blog ini telah menghimpunkan blooger seluruh sabah terutamanya blooger-blooger PAS. Semoga dengan kewujudkan blooger Sabahan ini, mampu menyatukan fikrah penulisan blooger seluruh Sabah terutamanya blooger-blooger yang berfikrah PAS.
Sementara itu, sebanyak 4 resolusi telah diputuskan dalam konvensyen kali ini. Antaranya, Jabatan IT akan berusaha memperkasakan Jabatan IT Kawasan demi mendepani arus politik dan dakwah di Sabah dan Malaysia.
Dalam tempoh dua tahun daripada sekarang, konvensyen ini akan diadakan lagi memantapkan Jabatan IT PAS Sabah dan penggiat IT PAS Sabah.
Sikap dan persepsi menentukan keutamaan
Satu yang kita pentingkan dalam hidup adalah terletak kepada sikap dan persepsi kita sendiri. Kekadang, seseorang itu sanggup mementingkan keselamatan seekor ayam yang melintasi jalan raya lalu mengelak daripadanya ketika pemanduan. Lalu, dengan sebab itu, orang itu jatuh kaki lima jalan dan kalau nasib malang, terlanggar tiang elektrik dan meninggal dalam kemalangan. Boleh sahaja seseorang itu melanggar sahaja ayam tersebut dan tidak merasa apa-apa. Apa yang penting adalah keselamatan diri.
dilatari dengan gambar Gunung Kinabalu.
(dari kiri: Mustaman, Ust Kamaruddin, Ust Zaidi, Sdr Suhaimi)
Thursday, October 8, 2009
Perjuangan Menuntut Pengorbanan
Assalamualaikum Wrm Wbkt..
Buat pemuda pendokong perjuangan...
Allah berfirman dalamAl-Quran:
إنَّ الله اشْترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأنَّ لهم الجنَّة يُقاتلون في سبيل الله فيَقْتلون ويُقتلون وعداً عليه حقاً في التَّوراة والإنجيل والقرآن ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الَّذي بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم
Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.
(Surah At-Taubah: Ayat 111)
Harta benda yang kita perolehi di dunia ini bukan milik kita. Inilah hakikat yang perlu difahami dengan sungguh-sungguh dan ditanamkan dalam jiwa setiap insan muslim mukmin,lebih-lebih lagi pendokong perjuangan fi sabilillah seumpama kita para pemuda perjuangan.
Dahulu kita miskin, Allah yang senangkan kita. Dahulu kita sempit Allah yang luaskan kita. Dahulu kita tak mampu mendapatkan sedikit hartapun, Allah yang permudahkan kita. Justeru, jangan lupa saat-saat yang telah lalu itu dan ingatlah bahawa saat itu satu ketika akan kembali menyapa kita.
Perjuangan DPPKS memerlukan sumbangan kita semua. Sumbangan itu sama ada jiwa kita maupun harta kita. Sesiapa yang punya kekuatan untuk mengorban jiwa dan raganya buat perjuangan ini, itulah yang terbaik. Siapa yang tidak mampu mengorbankan jiwa dan raga, jangan lupa bahawa perjuangan masih terbuka buatnya dengan mengorbankan hartanya. Jangan kerana takutkan kemusnahan jiwa dan raga, takut juga mengorbankan harta. Jika demikian, tiada apa-apa lagi yang tinggal bagi orang sebegini dalam perjuangan.
Orang selalu menyebut, perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata. Kita berjuang melaksanakan kata-kata yang kita ucapkan. Itulah makna sebenar sebuah perjuangan. Kita telah mengucapkan sebuah kata-kata warisan yang amat berharga iaitu kalimah syahadah,maka kalimah syahadah wajar dilaksanakan. Melaksanakan syahadah itu dibuktikan dengan pengorbanan untuk perjuangan.
Kita adalah taifah yang masih kecil. Kita seolah-olah baru dilahirkan kemarin walaupun kewujudan kita telah mencecah beberapa tahun yang silam. Dalam himpitan para algojo politik sekularis yang merajai bumi bawah bayu ini, kita masih kecil berbanding mereka. Kita laksana bayi yang sedang merangkak dan bertatih untuk berjalan. Namun, kita adalah bayi yang dilahirkan untuk perjuangan.Kita adalah bayi yang dijanjikan buat mendokong sebuah wawasan pemerintahan Islam untuk ditegakkan bukan sahaja Sabah, tetapi seluruh negara, malah seluruh alam dalam setiap rankaian perjuangan yang sama.
Di tangan saudara-saudara, para sahabat perjuangan peranan membangunkan taifah ini. Taifah induk kita telah menempa beberapa keberhasilan dalam perjuangan, namun kita perlu memperkuatkan segala dahan dan rantingnya. Barulah angin perubahan yang kita harapkan akan berlaku.
DPPKS memerlukan sumbangan saudara para sahabat seperjuangan. Sumbangan tenaga, fikiran dan harta. Beribu pejabat di sebuah lot bangunan, menuntut kos pentadbiran dan pengurusan yang bukan sedikit. Buat masa ini, kita membelanjakan sekitar RM800.00 sebulan untuk pengurusan pentadbiran. Kita tidak punya perniagaan dan tidak mendapat kontrak-kontrak maupun grant. Kita bergerak atas kerjasama dan semangat sahabat perjuangan. Inilah kelebihan perjuangan kita sejak dahulu hingga sekarang.
Kita telah lihat pendahulu kita melakukan banyak perkara dalam perjuangan ini hasil sumbangan dan infaq pejuang, pendokong dan penyokong. Mereka yang memperjuangkan selain kita tidak akan bergerak jika mereka seperti kita. Yang demikian, adalah kerana matlamat perjuangan mereka tidak sama seperti kita.
Kita berjuang demi Allah dan menegakkan kalimahNya. Inilah harga termahal yang kita ada dalam perjuangan ini.
Lebarkan infaq anda buat perjuangan.Luaskan...lapangkan dada dan tanamkan saham-saham dalam perjuangan dengan memetik bahagian-bahagian kecil dari razeki yang telah Allah kurniakan kepada anda untuk disalurkan kepada DPPKS. Di sebelah kanan laman blog ini dinyatakan nombor akaun DPPKS. Anda boleh menyalurkan terus melalui fund transfer dan tiada seorang pun yang tahu. Allah maha tahu. Anda juga boleh menemui bendahari DPPKS atau setiausaha DPKS bagi tujuan tersebut.
Pengorbana harta yang anda lakukan akan membersihkan jiwa anda dari mazmumah kebakhilan dan cintakan harta. Ia juga akan memperkuatkan jema'ah dan melestarikan perjuangan.
Anda akan mendapat balasan sesuai dengan apa yang telah anda korbankan! Amin...
Sekian,
(Dari koleksi Tinta Ketua Pemuda)
DPPKS 2009-2011