KALENDER DPPKS

Saturday, February 21, 2009

Forum Transformasi Politik Malaysia.


Dapatkan sebuah CD forum Transformasi Politik Malaysia yang telah diadakan pada 20 Disember 2008 bertempat Dewan Besar Balai Islam, Kelantan. Sebuah CD yang membincangkan keadaan politik semasa secara ilmiah.

Pengerusi Majlis : Prof Agus.

Ahli Panel :
1. YB Dato Husam Musa (PAS- PR)
2. YB Khairy Jamaluddin (UMNO-BN)
3. Prof Dr Abdul Bar (Ahli Akedemik).


Antara ISU yang dibincangkan:
1. Hukum hudud.
2. Kebangkitan dan Keterbukaan Pakatan Rakyat.
3. Suruhanjaya perlantikan hakim dan anti Rasuah.
4. Lain-lain.. (isu-isu hangat)



Dapatkan di pejabat PAS perhubungan Sandakan sekarang dengan harga RM10.00 dengan 2 CD. TERHAD!!!

Thursday, February 19, 2009

DPPKS turun padang- valentine day

Baru- baru ini DPPKS sekali lagi telah turun padang dengan seruan Illahi dalam misi dakwah mencegah perbuatan maksiat. DDPKS sungguh terharu dengan segelintir masyarakat Sandakan yang masih memandang remeh terhadap masalah sosial remaja Sandakan yang semakin parah. Juah sekali mereka dengan nilai dan ajaran Islam. Hatta sekali pun mereka ini bukan beragama Islam, tetapi tuntutan dalam peganggan agama masing-masing sememangnya tidak membenarkan penganutnya dalam segala macam gejala maksiat seperti pelacuran, zina, minum arak, berpakaian seksi, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dan sebagainya.
Maka dengan itu, bertepatan pada 14 Feb 2009 pada sebelah malam kira-kira jam 10 malam yang mana pada masa itu sebilangan besar remaja akan menyambut hari valentine day untuk meraihkan hari berkasih dengan pasangan masing-masing. Di mana, sebilangan remaja Sandakan telah turun ke "port biasa" (Tembok bandar Sandakan) untuk meraihkan hari tersebut. Di mana pelbagai aktiviti yang mengundang kemurkaan Allah telah di lakukan pada hari tersebut.
Persolannya? Di mana penguatkuasa atau pihak yang dipertanggunjawabkan untuk memikul beban amanah ini, yang mana pengkuatkuasa dengan bidang tugas dan kuasa autoriti mereka sudah tentu boleh mencegah daripada berlakunya masalah ini. Perkara seperti ini sering kali berlaku bila mana menjelang hari-hari perayaan tertentu seperti hari kemerdekaan 31 ogos, tahun baru masihi malam 31 Disember, valantine day 14 Februari, dan pada setiap malam ahad. gejala lepak dan dating ini seolah-olah sudah menjadi tabiat dan perkara normal pada sebelah malam di tembok besar bandar Sandakan.
DPPKS hanya sebuah badan yang kerdil dan tidak mempunyai kuasa autoriti, hanya dengan kesedaran sebagai sebuah badan dakwah, maka tanggungjawab ini DPPKS sering kali turun padang bagi mengedar risalah-risalah amaran Allah kepada mereka. Tentu jauh sekali untuk memberikan mereka rasa gentar dan takut akan perbuatan yang mereka lakukan dengan hanya sekeping kertas.
Maka dengan itu, DPPKS mengharapkan badan-badan yang bertanggungjawab agar memgambil berat akan masalah ini untuk kebaikan bersama. Untuk melihat gambar pada malam 14 FEB sila layari blog http://akukerdil.blogspot.com/2009/02/amal-makruf-nahi-mungkar.html.
Sekian.

Tuesday, February 10, 2009

14 Feb hampir tiba..

Hari ini, hampir semua remaja pasti akan meraihkan hari valentine days, yang kononnya di adakan khususnya untuk meraihkan hari kekasih. Walhal, dalam sejarah valantine days ini sebenarnya ada sejarah hitam yang mana bagi umat Islam yang turut serta bersama dalam perayaan ini menurut para alim ulamak kita boleh terbatalnya akidah.
Oleh yang demikian, DPPKS sekali lagi akan turun padang bagi mencegah perkara ini daripada berlakunya gejala yang tidak sihat ini. Menurut pemerhatian berdasarkan kejadian tahun-tahun yang sebelum ini. Remaja Sandakan akan meraihkan hari tersebut bersama pasangan mereka di sekitar pusat Bandar atas alasan “dating” dan akhirnya gejala zina, mabuk, pergaulan bebas dan sebagainya yang dari segi ajaran agama adalah sama sekali di TEGAH keras. Maka atas seruan ajaran Islam “Amal Makruf, Nahi Mungkar” DPPKS atas sifat kebertanggungjwaban akan memastikn perkara ini akan disampaikan kepada remaja-remaja Sandakan agar menjauhkan perkara terkutuk ini.
Akhir sekali, DPPKS memohon kerjasama semua masyarakat Islam di Sandakan agar nasihatilah anak-anak anda, adik beradik, jiran tetangga, sahabat handai anda untuk sampaikan kepada mereka agar tidak terlibat untuk meraihkan hari tersebut.
sekian.
Oleh : akukerdil

BOIKOT Produk Yahudi dan sekutunya

8 Jan 2001 bersamaan pada hari ahad, Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan (DPKKS) telah turun padang ke Bandar Sandakan sewal jam 8 pagi untuk mengedar risalah bagi menyahut seruan pucuk pimpinan PAS agar semua rakyat Malaysia bersama menjahanamkan ekonomi YAHUDI dan sekutunya dengan cara memboikot produk-produk mereka. Alhamdulillah sambutan sangat menggalakkan dari semua golongan tanpa mengira kaum dan agama. Walaupun dalam keadaan hujan lebat, namun semangat yang ada pada DPPKSandakan yang ingin melihat agar ekonomi YAHUDI hancur dan sebagai tanda sokongon terhadap perjuangan HAMAS di Palestin tidak luntur dan sentiasa meneruskan usaha murni ini.
Sedar tidak sedar hampir semua produk dalam kehidupan kita pada hari ini menggunakan semua produk-produk daripada YAHUDI dan sekutunya AMERIKA. Samada dari segi makanan, permaian, barangan elektronik, motorcar, dan keperluan hidup yang lain. Namun, keadaan ini bukan menjadi satu penghalang ataupun alasan agar kita turut serta seruan ini. Setidak-tidaknya, MESTI ada produk yang perlu kita boikot habis-habisan.
DPPKS menyeru kepada semua masyarakat di Sandakan khususnya agar menyahut akan seruan ini atas sifat keperimanusian dan agama yang sedia maklum berlaku di bumi Palestin yang hampir hancur oleh kejahatan dan kerakusan pihak YAHUDI dan sekutunya.











sekian.
Oleh : Akukerdil

Thursday, February 5, 2009

SUMBANGAN- Pembelian Pejabat Perhubungan PAS Sandakan.


Bagi sebuah organisasi yang matap, amatlah perlu bagi mereka untuk memiliki sebuah premis. Hal ini demikian kerana premis tersebut dapat digunakan sebagai pusat pentadbiran dalam usaha untuk memantapkan organisasi yang ada. Begitu juga dengan PAS Kawasan Sandakan yang mengakui bahawa sudah menjadi keperluan kepada entiti jemaah Islam ini untuk memiliki sebuah premis ataupun pejabat sendiri. Keperluan ini seiring dengan pentadbiran PAS Kawasan yang semakin berkembang, lebih-lebih lagi semakin banyak agenda besar jemaah yang bakal dirancang sesuai dengan waqi’ di Sandakan ini. Premis ini akhirnya bakal menjadi sebuah aset yang penting bagi kelangsungan Pas Kawasan untuk jangka masa yang panjang.

FUNGSI



1) Berfungsi sebagai sekratariat / pejabat pentadbiran kepada PAS Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Jabatan PASTI dan Jabatan Amal.

2) Berfungsi sebagai pusat jualan produk-produk muslim termasuk sebagai pusat jualan Harakah.

3) Berfungsi sebagai pusat pertemuan ahli-ahli jemaah temasuklah usrah, mesyuarat, kuliah dan sebagainya.






Lokasi: Lot 5, Tingkat 1, Lorong Hing Lee, Jalan Utara, 90000, Sandakan.



KOS JUALAN
PAS Kawasan berhasrat untuk memiliki 2 buah premis (2 lot) yang bersebelahan. Kedua-dua premis tersebut berada di lokasi seperti yang dinyatakan di atas. Kos untuk membeli sebuah premis ialah sebanyak RM 75 000. Jumlah harga kedua-dua tersebut ialah sebanyak RM150 000. 00

STATUS SEMASA
Pas Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat sedang menyewa satu lot daripada dua lot yang dinyatakan dengan kadar sewa sebanyak RM 400 sebulan. Perkara ini amat merugikan PAS Kawasan untuk tempoh jangka masa yang panjang. Oleh itu, PAS Kawasan bertekad untuk membeli premis-premis tersebut. Hasrat ini telah dikemukakan kepada pemilik premis dan pihak mereka juga telah bersetuju untuk menjual 2 buah premis tersebut kepada PAS Kawasan.

KEUNTUNGAN / KEBAIKAN
1) Premis yang bakal dimiliki ini akan menonjolkan imej / syiar PAS kepada masyarakat Sandakan. Secara tidak langsung ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang PAS melalui program-program tertentu.

2) Gerak Kerja Pilihan Raya juga dapat dimantapkan dengan adanya premis tersebut kelak.

3) Melalui sedikit pengubahsuaian, premis tersebut juga bakal digunakan sebagai penginapan tetamu VIP / pimpinan.

PAS Kawasan Sandakan bertekad untuk memajukan Islam dan PAS di kawasan ini. Walaupun masih dalam keadaan yang masih merangkak, kami bertekad besar untuk mencapai metlamat tersebut. Sebagai langkah seterusnya, pembelian premis merupakan satu agenda yang penting bagi kelangsungan PAS Sandakan. Kami berharap agar usaha murni ini dapat diteruskan dengan jayanya. Oleh itu, pihak kami ingin memohon bantuan kewangan daripada individu, ahli koprarat, agensi NGO dan kepada semua yang bersama dalam gerakan Islam. Semoga dengan bantuan tersebut, dapatlah kiranya beban kewangan kami berkurangan sedikit.








Sebarang sumbangan boleh di bank in dalam akaun;


No akaun :
Bank :
Nama :





Syukran Jazilan.

Khidmat Masyarakat DPPKS- Pulau Pemaguan


SANDAKAN, 30 Ogos-1 Sept 2008. Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan (DPPKS) telah mengadakan Program Khidmat Amal di Pulau Pemaguan, Sandakan. Program ini bertujuan untuk menyebarkan agenda, visi dan misi kerajaan terhadap pembangunan masyarakat menerusi ilmu pengetahuan selaras dengan agenda Islam Hadhari kepada masyarakat luar bandar termasuk kawasan pulau. Di samping itu, melalui program ini juga diharapkan dapat membentuk sebuah masyarakat yang bertanggungjawab dan bersatu padu dalam memelihara keharmonian keluarga seterusnya masyarakat setempat. Ia juga memberi peluang kepada para sukarelawan untuk berbakti kepada masyarakat khususnya masyarakat luar bandar serta pulau dan seterusnya menyelami kehidupan mereka. Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah ceramah motivasi pelajar, ceramah keibubapaan, kuliah maghrib dan gotong royong.




Apa yang diharapkan ialah supaya usaha murni seumpama ini dapat membantu kerajaan dalam memupuk dan mengeratkan perpaduan di antara masyarakat dan pemimpin-pemimpin belia serta individu belia khususnya dalam kerja-kerja sukarela bagi mempertingkatkan dan memperkukuhkan semangat kesukarelaan yang lebih tinggi dan menyeluruh dalam arus pembangunan negara.


Semoga dengan kekuatan DPPKS yang bukan sahaja satu badan Politik, malah merupakan satu badan untuk bersama dalam medan dakwah di bumi Sandakan mendapat sokongan pada semua pihak.


"PERKASAKAN PEMUDA TEGUHKAN PAKATAN"


Sekian.


Oleh : Akukerdil