KALENDER DPPKS

Sunday, October 25, 2009

Sikap dan persepsi menentukan keutamaan

Perjalanan ke Konvensyen IT di Kundasang pada tanggal 24 Oktober 2009, aku berkereta bersama Ust Sukri Mat. Aku melepaskan beberapa komitmen di Sandakan demi menyertai program tersebut. Demikian juga ust Sukri Mat yang menjadi teman seperjalananku. Sahabat-sahabat lain juga turut serta dan masing punya komitmen tertentu dan telah melepaskan komitmen masing-masing kerana mahu meyertai program kali ini.Kalau hendak seribu daya.

Satu yang kita pentingkan dalam hidup adalah terletak kepada sikap dan persepsi kita sendiri. Kekadang, seseorang itu sanggup mementingkan keselamatan seekor ayam yang melintasi jalan raya lalu mengelak daripadanya ketika pemanduan. Lalu, dengan sebab itu, orang itu jatuh kaki lima jalan dan kalau nasib malang, terlanggar tiang elektrik dan meninggal dalam kemalangan. Boleh sahaja seseorang itu melanggar sahaja ayam tersebut dan tidak merasa apa-apa. Apa yang penting adalah keselamatan diri.

Semua itu adalah bergantung kepada sikap dan persepsi.

Jika kita meletakkan dalam sikap dan persepsi kita, nombor wahid adalah keluarga, keluargalah yang akan menduduki tempat nombor wahid dalam tindakan. Kalau kita meletakkan Allah, gerakan, jemaah dan perjuangan pada posisi nombor wahid dalam sikap persepsi kita, akan jadilah ia nombor wahid dalam tindakan kita.

Keutamaan yang longgar kepada gerakan akan menyebabkan kita merasakan ada benda lain yang lebih utama dalam hidup kita. Inilah penyakit yang sering diperingatkan Allah SWT kepada ummat Islam semenjak zaman nabi SAW. Cinta yang menjadi penghalang perjuangan dan pengorbanan telah menghantui para mujahid sejak zaman nabi lagi. Inilah yang perlu kita cuba setiap masa menyinkirkannya agar kita tidak menjadi hamba kepada semua itu.

Kepada pemuda-pemuda yang telah menunjukkan semangat jemaah, berkorban untuk menghadiri program ini, saya ucapkan tahniah dan saya katakan anda telah meletakkan keutamaan yang betul dalam satu episod cubaan Allah buat anda.Istiqamahkan diri dalam perjuangan...semoga Allah akan menjaga keluarga anda sebagaimana anda menjaga jalan perjuangan untuk agamanya. Sebagaimana anda merapatkan barisan membangunkan kebersamaan dalam hidup berjemaah.

Didikasi perjuangan ini buat sahabat yang menyertai: Ust Mahadir, Ust Fadhli,Ust Sukri, Ishar & peuteranya, Haris, Mustaman, Pak Yazid, Sahar dan 11 muslimat.

Ust Mahdzir bersama 2 orang exco Pemuda Sandakan.

Sdr Haris dan Sdr Mustaman bersama sahabat-sahabat lain,
dilatari dengan gambar Gunung Kinabalu.


Sewaktu menghadiri satu trek dalam konvensyen ini.
Kelihatan KP sedang sibuk menaip sesuatu.

Di akhir program
(dari kiri: Mustaman, Ust Kamaruddin, Ust Zaidi, Sdr Suhaimi)



Allah menambahkan thabat dalam jiwa kita semua! Allahumma amin

Dari,

Koleksi Tinta KP DPPKS
Sessi 2009-2011


No comments:

Post a Comment