KALENDER DPPKS

Thursday, October 8, 2009

Perjuangan Menuntut Pengorbanan

Assalamualaikum Wrm Wbkt..

Buat pemuda pendokong perjuangan...

Allah berfirman dalamAl-Quran:


إنَّ الله اشْترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأنَّ لهم الجنَّة يُقاتلون في سبيل الله فيَقْتلون ويُقتلون وعداً عليه حقاً في التَّوراة والإنجيل والقرآن ومن أوفى بعهده من الله فاستبشروا ببيعكم الَّذي بايعتم به وذلك هو الفوز العظيم

Sesungguhnya Allah Telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu Telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang Telah kamu lakukan itu, dan Itulah kemenangan yang besar.

(Surah At-Taubah: Ayat 111)


Harta benda yang kita perolehi di dunia ini bukan milik kita. Inilah hakikat yang perlu difahami dengan sungguh-sungguh dan ditanamkan dalam jiwa setiap insan muslim mukmin,lebih-lebih lagi pendokong perjuangan fi sabilillah seumpama kita para pemuda perjuangan.


Dahulu kita miskin, Allah yang senangkan kita. Dahulu kita sempit Allah yang luaskan kita. Dahulu kita tak mampu mendapatkan sedikit hartapun, Allah yang permudahkan kita. Justeru, jangan lupa saat-saat yang telah lalu itu dan ingatlah bahawa saat itu satu ketika akan kembali menyapa kita.


Perjuangan DPPKS memerlukan sumbangan kita semua. Sumbangan itu sama ada jiwa kita maupun harta kita. Sesiapa yang punya kekuatan untuk mengorban jiwa dan raganya buat perjuangan ini, itulah yang terbaik. Siapa yang tidak mampu mengorbankan jiwa dan raga, jangan lupa bahawa perjuangan masih terbuka buatnya dengan mengorbankan hartanya. Jangan kerana takutkan kemusnahan jiwa dan raga, takut juga mengorbankan harta. Jika demikian, tiada apa-apa lagi yang tinggal bagi orang sebegini dalam perjuangan.


Orang selalu menyebut, perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata. Kita berjuang melaksanakan kata-kata yang kita ucapkan. Itulah makna sebenar sebuah perjuangan. Kita telah mengucapkan sebuah kata-kata warisan yang amat berharga iaitu kalimah syahadah,maka kalimah syahadah wajar dilaksanakan. Melaksanakan syahadah itu dibuktikan dengan pengorbanan untuk perjuangan.


Kita adalah taifah yang masih kecil. Kita seolah-olah baru dilahirkan kemarin walaupun kewujudan kita telah mencecah beberapa tahun yang silam. Dalam himpitan para algojo politik sekularis yang merajai bumi bawah bayu ini, kita masih kecil berbanding mereka. Kita laksana bayi yang sedang merangkak dan bertatih untuk berjalan. Namun, kita adalah bayi yang dilahirkan untuk perjuangan.Kita adalah bayi yang dijanjikan buat mendokong sebuah wawasan pemerintahan Islam untuk ditegakkan bukan sahaja Sabah, tetapi seluruh negara, malah seluruh alam dalam setiap rankaian perjuangan yang sama.


Di tangan saudara-saudara, para sahabat perjuangan peranan membangunkan taifah ini. Taifah induk kita telah menempa beberapa keberhasilan dalam perjuangan, namun kita perlu memperkuatkan segala dahan dan rantingnya. Barulah angin perubahan yang kita harapkan akan berlaku.


DPPKS memerlukan sumbangan saudara para sahabat seperjuangan. Sumbangan tenaga, fikiran dan harta. Beribu pejabat di sebuah lot bangunan, menuntut kos pentadbiran dan pengurusan yang bukan sedikit. Buat masa ini, kita membelanjakan sekitar RM800.00 sebulan untuk pengurusan pentadbiran. Kita tidak punya perniagaan dan tidak mendapat kontrak-kontrak maupun grant. Kita bergerak atas kerjasama dan semangat sahabat perjuangan. Inilah kelebihan perjuangan kita sejak dahulu hingga sekarang.


Kita telah lihat pendahulu kita melakukan banyak perkara dalam perjuangan ini hasil sumbangan dan infaq pejuang, pendokong dan penyokong. Mereka yang memperjuangkan selain kita tidak akan bergerak jika mereka seperti kita. Yang demikian, adalah kerana matlamat perjuangan mereka tidak sama seperti kita.

Kita berjuang demi Allah dan menegakkan kalimahNya. Inilah harga termahal yang kita ada dalam perjuangan ini.


Lebarkan infaq anda buat perjuangan.Luaskan...lapangkan dada dan tanamkan saham-saham dalam perjuangan dengan memetik bahagian-bahagian kecil dari razeki yang telah Allah kurniakan kepada anda untuk disalurkan kepada DPPKS. Di sebelah kanan laman blog ini dinyatakan nombor akaun DPPKS. Anda boleh menyalurkan terus melalui fund transfer dan tiada seorang pun yang tahu. Allah maha tahu. Anda juga boleh menemui bendahari DPPKS atau setiausaha DPKS bagi tujuan tersebut.



Pengorbana harta yang anda lakukan akan membersihkan jiwa anda dari mazmumah kebakhilan dan cintakan harta. Ia juga akan memperkuatkan jema'ah dan melestarikan perjuangan.


Anda akan mendapat balasan sesuai dengan apa yang telah anda korbankan! Amin...


Sekian,



(Dari koleksi Tinta Ketua Pemuda)


DPPKS 2009-2011

No comments:

Post a Comment