KALENDER DPPKS

Sunday, October 25, 2009

Konvensyen IT PAS Sabah

KUNDASANG, 25 OKTOBER - Seramai 150 aktivis PAS seluruh Sabah telah hadir ke Konvensyen IT pada 24 dan 25 Oktober anjuran Jabatan IT PAS Sabah yang diadakan di TM Resort di sini.

Majlis yang dirasmikan oleh Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuhjaya PAS Sabah itu telah mengundang Suhaimi Embong bersama rombongan Jabatan IT PAS Pusat dan Taufek Yahya bersama Lan Jusoh daripada Harakah sebagai moderator konvensyen. Pada majlis itu juga, Ust Abdul Ghani Samsuddin, Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat telah menyampaikan ucaptama.

Hj Hamzah Abdullah

Ust Abdul Ghani Samsuddin turut hadir

Dalam kedinginan Kundasang itu, peserta telah dibahagikan kepada 3 trek konvensyen iaitu Trek Asas Kewartawanan, Trek Asas Blooger dan Trek Asas Internet. Ketiga-tiga trek telah disertai dengan penuh minat oleh semua peserta. Disamping pembentangan daripada moderator, peserta turut diberikan tugasan bagi memantapkan ilmu yang bermanfaat tersebut.

Sdr taufek Yahya dan Lan Jusoh

Menurut seorang peserta yang mengikuti Trek Asas Kewartawanan, pengisian dalam konvensyen kali ini amat berguna dan merupakan benda baru kepada mereka sebagai penulis muda.


Sebelum konvensyen ini berakhir, Sdr Ahmad Dollah, AJK Kerja PAS Pusat telah melancarkan blog sahabat blooger Sabah. Blog ini telah menghimpunkan blooger seluruh sabah terutamanya blooger-blooger PAS. Semoga dengan kewujudkan blooger Sabahan ini, mampu menyatukan fikrah penulisan blooger seluruh Sabah terutamanya blooger-blooger yang berfikrah PAS.

Sdr Ahmad Dolah

Sementara itu, sebanyak 4 resolusi telah diputuskan dalam konvensyen kali ini. Antaranya, Jabatan IT akan berusaha memperkasakan Jabatan IT Kawasan demi mendepani arus politik dan dakwah di Sabah dan Malaysia.

pimpinan PAS Sabah bersama Sdr Suhaimi Embong

Dalam tempoh dua tahun daripada sekarang, konvensyen ini akan diadakan lagi memantapkan Jabatan IT PAS Sabah dan penggiat IT PAS Sabah.

No comments:

Post a Comment