KALENDER DPPKS

Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah

Tentatif Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS)
[selepas lokasi berpindah ke Sandakan]

8:00 pagi : Pendaftaran
9:00 pagi : Majlis perasmian
1) Ucapan Pesuruhjaya PAS Sabah
2) Ucapan Sdra Mazlan Aliman
3) Ucapan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
10:00 pagi : Pembentangan kertas kerja 1
Oleh Datuk Koh Hong Ming (PKR)
10:30 pagi : Pembentangan kertas kerja 2
Oleh Sdra Robert (DAP)
11:00 pagi : Pembentangan kertas kerja 3
Oleh Tuan Hj Hamzah Abdullah (PAS)
11:30 pagi : Soal jawab / Resolusi
12:30 tghri : Tayangan Video / Makan tengah hari / Solat Zuhur
1:30 petang : Pidato Perdana
YB Lim Kit Siang
YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
4:30 petang : Pelancaran Deklarasi Tanah Sabah
Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil P185 Batu Sapi Pakatan Rakyat
5:00 petang : Tamat


Program lain sempena HEMPAS


1) Ceramah Umum anjuran DAP
Tarikh : 23 Oktober 2010
Masa : 7.00 malam
Tempat : Hotel Sanbay, Bandar Ramai Ramai, Jalan Batu Sapi
Penceramah : YB Lim Kit Siang
Tuan Hj Hamzah Abdullah

Wednesday, August 18, 2010

Takziah buat Pesuruhjaya PAS Perak daripada DPPKS

SANDAKAN, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan merakamkan ucapan takziah buat Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain di atas pemergian isteri beliau ke rahmatullah semalam tadi. DPPKS yang menerima berita ini malam tadi turut berdukacita atas pemergian Almarhumah.

Sesungguhnya pemergian Almarhumah Ustazah Rafeah Ramli yang merupakan tulang belakang kepada perjuangan Ustaz Abu Bakar dan anggota keluarga beliau, tentunya dirasai oleh seluruh ahli PAS umumnya dan pendukung Muslimat PAS di Negeri Perak khususnya. Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para anbiya, syuhada’ dan solihin.

Ustazah Rafeah Ramli, 56, meninggal dunia kira-kira 2.20 petang semalam (7 Ramadhan 1431/17 Ogos 2010) di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh akibat kanser payudara. Jenazah Almarhumah disolatkan di Masjid Raja Nazrin di Rapat Jaya tambahan selepas solat Isyak malam tadi.

Wednesday, May 19, 2010

Titian Kasih 3

BATU SAPI, 9 MEI - Rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan yang diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Sdr Ishar Hamka telah mengunjungi sebuah keluarga miskin di Kg Sing Kee, Karamunting di sini.

Inilah teratak mereka

Keluarga yang menjadi sasaran kali ini merupakan keluarga adik Sarwina Sulong. Beliau merupakan pelajar di SMK Elopura Dua, Sandakan. Adik Sarwina kini tinggal bersama ayah saudaranya, Pak Cik Amat. Di rumah beliaulah Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan membuat kunjungan kali ini.

Adik Sarwina bersama ayah saudaranya

Menurut Pak Cik Amat mereka tinggal enam beranak termasuk Adik Sarwina di rumah yang usang ini. Hanya berbekalkan kayu dan zink lama, rumah ini dijadikan tempat berlindung daripada panas dan hujan. Walaupun sudah 30 tahun menetap di kampung setinggan ini, pihak berwajib masih tidak menolong mereka. Sedikit bantuan pun masih belum pernah mereka terima.


Apabila ditanya tentang permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan, Pak Cik Amat juga menyatakan masih tidak menerima respon positif. Sehingga hari ini, cuma berbekalkan gaji RM17 sehari sebagai pekerja buruh bangunan beliau menyara hidup keluarganya.


Dalam kunjungan ini, sedikit bantuan dihulurkan untuk meringankan beban yang sedang dihadapi oleh Adik Sarwina sekeluarga. Walaupun ia tidaklah sebesar mana, namun pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan berharap agar ia dapat mendidik sikap prihatin ahli Jemaah dan masyarakat kepada masalah sosio setempat. Pihak Dewan Pemuda PAS kawasan Sandakan juga berharap agar pihak pemerintah mampu menyelesaikan masalah rakyat seperti ini.

Sumbangan disampaikan oleh Sdr Ishar

Akhirnya, bagi pihak lain yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sila salurkan bantuan anda ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan dan maklumkan sumbangan tersebut ke talian 019 873 5740 (Sdr. Mustaman Mustain).

Saturday, April 3, 2010

MUKTAMAR DPPKS

Muktamar tahunan DPPKS diadakan pada hari ini bertempat di Dewan CNI, Bandar Kimfung Batu 4, Sandakan. Muktamar pada tahun ini diadakan secara bersama dengan Muktamar Dewan Muslimat, dan Pas Kawasan Sandakan. Bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 tengahari, Muktamar kali ini dirasmikan oleh Hj. Hamzah Abdullah, timbalan pesuruhjaya Pas Sabah.

Muktamar DPPKS kali ini merupakan muktamar tahunan bagi agenda membentangkan Laporan Setiausaha, Lajnah-lajnah dan Bendahari. Seramai kira-kira 50 ahli telah hadir ke muktamar kali ini.

Wednesday, January 20, 2010

Mustaman Menerima Sumbangan

Saudara Mustaman Mustain SU Kerja Pasti Sandakan merangkap SU DPPKS yang mengalami kemalangan yang mengakibatkan patah paha sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini mendapat perhatian rakan-rakan dalam Dewan Pemuda baik di peringkat Sandakan maupun negeri. Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan telah membuat pungutan derma kilat untuk disumbangkan kepadanya atas semangat 'takaful' jama'ah. Di samping itu, bersempena dengan program Konvensyen Dakwah yang diadakan di Pejabat Pas Putatan, di mana Ketua Pemuda Pas Pusat dan rombongannya  turun ke Sabah antara 14-18 Januari 2010, satu kutipan derma juga dilancarkan untuk di sumbangkan kepada Sdr. Mustaman Mustain.



Sumbangan derma disampaikan oleh SU Dewan Pemuda Pusat kepada KP DPPKS, Ust Kama. 

Kini, Sdr Mustaman telah keluar dari Wad Ortopedik Hospital Duchess Of Kentsetelah menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam pahanya bagi menyambung tulangnya yang patah. Dia telah kembali ke rumahnya untuk berehat dan dijangkakan proses pemulihan akan mengambil masa melebihi sebulan.

Untuk tujuan menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan itu, beberapa sahabat yang mewakili Pas Kawasan dan DPPKS telah berkunjung ziarah ke rumah Sdr. Mustaman bin Mustain di Batu 12. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada ibu Sdr Mustaman. Diharapkan dengan sejumlah sumbangan tersebut dapat menampung kos perubatan dan mengubat kesedihan di atas musibah yang terjadi. Ia juga menjadi lambang hidup berjemaah dan semangat takaful  sesama ahli usrah.


Sdr Wahid menyerahkan sumbangan kepada ibu Sdr Mustaman


Semoga Sdr Mustaman cepat sembuh dan kembali bertugas dan menyambung perjuangan. Allahumma ameen.


Friday, January 8, 2010

Mustaman mengalami kemalangan jalanraya

Sdr Mustaman Mustain, SU Kerja Pasti Kawasan Sandakan merangkap SU DPPKS dilaporkan mengalami kemalangan jalanraya petang kelmarin dan telah ke wad ortopedik Hospital Sandakan. Kemalangan tersebut berlaku di jalan Batu Sapi, berhadapan dengan stesen minyak petronas di sana. Ia melibatkan pelanggaran  Antara Motosikal yang dipandu oleh Sdr Mustaman dengan sebuah lori tanker yang membua pusingan masuk secara tiba-tiba pada jalan tersebut. Akibat kemalangan tersebut, beliau mengalami kecederaan serius iaitu patah pada tulang bahagian paha kanan dan beberapa luka-luka ringan lain. Sahabat pemboncengnya, Norkamal Mong pula mengalami kecederaan patah tulang pada lengan kanan.

Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada Polis dengan siasatan sedang dibuat ke atas. Sebuah tindakan undang-undang akan dilakukan berhubung kejadian.