KALENDER DPPKS

Thursday, July 30, 2009

Titian Kasih 1

Salam perjuangan.

26 Julai 2009 yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan (DPPKS) telah mengadakan Program Titian Kasih. Sebuah program ziarah berkebajikan. Program ini telah menjadi takwim bulanan bagi DPPKS. Ia akan diadakan setiap hujung bulan dan sebuah keluarga akan terpilih bagi setiap siri. Kali ini, ia telah disertai oleh PAS Kawasan Batu Sapi bersama YDP Kawasan, Hj Hamzah Abdullah.

Dalam perjalanan ke rumah Puan Faridah

Kali ini keluarga yang terpilih ialah, Keluarga Puan Faridah di Kg Lupak Meluas, Karamunting. Bagi makluman semua, rumah yang mereka tinggal sekarang menempatkan 3 buah keluarga termasuk keluarga adiknya dan ibunya, Puan Fatimah. Jumlah ahli rumah adalah sebanyak 10 orang. Rumah agak kecil jika dibandingkan dengan bilangan ahli rumah yang ada.

Puan Fatimah sedang menceritakan sesuatu
sambil ditemani anaknya (Faridah) dan cucu-cucunya


Mimi (5 tahun) dan Fitri (6 tahun)
anak kepada Puan Faridah
yang bersekolah di PASTI Zaid


Puan Faridah dan keluarga-keluarganya tinggal di sebuah rumah yang daif dengan dua buah bilik yang agak kecil. Rumah tidak memiliki siling dan hanya ada lapisan zink yang menjadi penghalang daripada hujan dan panas. Bagi pengetahuan semua, rumah ini dibina atas inisiatif sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan yang memerintah ataupun wakil-wakil rakyat.

jalan ke rumah Puan Faridah

di hujung sana terletak ruamh Puan faridah sekeluarga

Puan Faridah baru sahaja kehilangan suami tercinta. Oleh kerana desakan hidup, beliau terpaksa berkerja. Di dalam rumah itu, hanya beliau dan adiknya yang berkerja. Walaupun dengan gaji yang agak kecil, beliau terpaksa membesarkan 3 orang anaknya.

Ahli DPPKS bersama Hj Hamzah

Walaupun kehadiran DPPKS kali ini dengan membawa sedikit bantuan, namun ia masih tidak mampu mengurangkan beban yang sedia ada. Hanya doa yang kami titipkan, moga keluarga ini kekal dengan Iman Islam yang ada.

sumbangan disampaikan oleh Hj Hamzah

doa daripada DPPKS

Akhir dari DPPKS, semoga rakyat dapat membuka mata dengan melihat penindasan yang dilakukan oleh UMNO/ Barisan Nasional kepada rakyat ini. Jelas di depan mata. Cuma tidak sedar sahaja. Insya'Allah, DPPKS akan menggalas bebanan untuk memberi penerangan kepada rakyat ini.

Sekian.

2 comments: