KALENDER DPPKS

Saturday, July 18, 2009

Qiamullail Jama'ei

Salam perjuangan.

Malam ini Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan akan menganjurkan Qiamullai Jama'ei. Program ini merupakan program dwimingguan. Namun demikian, sudah lebih kurang dua bulan ia tertangguh.

Atas kekangan-kekangan tertentu, ianya ditangguh sehingga begitu lama. Kali ini, ia muncul semula dan menuntut komitmen semua exco dan ahli.

Seperti biasa, qiamullail malam ini akan bermula pada 11.30 malam untuk mengumpulkan semua peserta. Tidur sehinggalah jam 3 pagi dan semua akan bangun untuk mendirikan qiamullail. Selepas mendiriakan qiam secara individu, qiamullail jama'ei pun dilakukan. Solat subuh, kuliah subuh dan diakhiri dengan muhasabah sobah.

Inilah kekuatan seorang pejuang. Bukanlah seorang pejuang namanya jika qiamullail pun liat ataupun langsung tidak dilakukan. Di sini kekuatan kita. Berusahalah untuk amalkannya. Jika tidak mampu setip hari, lakukanlah seminggu sekali ataupun sebulan sekali. Usaha dengan sekeras-kerasnya untuk ia menjadi amalan kita.

Melalui Qiamullail Jama'ei seperti inilah kita menjana kekuatan kita. Jika, Qiamullail Jama'ei ini pun kita payah untuk hadir, apalah maknanya nama Pejuang Islam itu meletak di dada kita.

Akhirnya, sama-samalah kita bermuhasabah diri. Mantapkanlah tarbiyyah diri agar tak hanyut dibadai dek ombak tribulasi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment