KALENDER DPPKS

Thursday, February 5, 2009

SUMBANGAN- Pembelian Pejabat Perhubungan PAS Sandakan.


Bagi sebuah organisasi yang matap, amatlah perlu bagi mereka untuk memiliki sebuah premis. Hal ini demikian kerana premis tersebut dapat digunakan sebagai pusat pentadbiran dalam usaha untuk memantapkan organisasi yang ada. Begitu juga dengan PAS Kawasan Sandakan yang mengakui bahawa sudah menjadi keperluan kepada entiti jemaah Islam ini untuk memiliki sebuah premis ataupun pejabat sendiri. Keperluan ini seiring dengan pentadbiran PAS Kawasan yang semakin berkembang, lebih-lebih lagi semakin banyak agenda besar jemaah yang bakal dirancang sesuai dengan waqi’ di Sandakan ini. Premis ini akhirnya bakal menjadi sebuah aset yang penting bagi kelangsungan Pas Kawasan untuk jangka masa yang panjang.

FUNGSI



1) Berfungsi sebagai sekratariat / pejabat pentadbiran kepada PAS Kawasan, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, Jabatan PASTI dan Jabatan Amal.

2) Berfungsi sebagai pusat jualan produk-produk muslim termasuk sebagai pusat jualan Harakah.

3) Berfungsi sebagai pusat pertemuan ahli-ahli jemaah temasuklah usrah, mesyuarat, kuliah dan sebagainya.






Lokasi: Lot 5, Tingkat 1, Lorong Hing Lee, Jalan Utara, 90000, Sandakan.



KOS JUALAN
PAS Kawasan berhasrat untuk memiliki 2 buah premis (2 lot) yang bersebelahan. Kedua-dua premis tersebut berada di lokasi seperti yang dinyatakan di atas. Kos untuk membeli sebuah premis ialah sebanyak RM 75 000. Jumlah harga kedua-dua tersebut ialah sebanyak RM150 000. 00

STATUS SEMASA
Pas Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat sedang menyewa satu lot daripada dua lot yang dinyatakan dengan kadar sewa sebanyak RM 400 sebulan. Perkara ini amat merugikan PAS Kawasan untuk tempoh jangka masa yang panjang. Oleh itu, PAS Kawasan bertekad untuk membeli premis-premis tersebut. Hasrat ini telah dikemukakan kepada pemilik premis dan pihak mereka juga telah bersetuju untuk menjual 2 buah premis tersebut kepada PAS Kawasan.

KEUNTUNGAN / KEBAIKAN
1) Premis yang bakal dimiliki ini akan menonjolkan imej / syiar PAS kepada masyarakat Sandakan. Secara tidak langsung ia dapat memberi pendedahan kepada masyarakat tentang PAS melalui program-program tertentu.

2) Gerak Kerja Pilihan Raya juga dapat dimantapkan dengan adanya premis tersebut kelak.

3) Melalui sedikit pengubahsuaian, premis tersebut juga bakal digunakan sebagai penginapan tetamu VIP / pimpinan.

PAS Kawasan Sandakan bertekad untuk memajukan Islam dan PAS di kawasan ini. Walaupun masih dalam keadaan yang masih merangkak, kami bertekad besar untuk mencapai metlamat tersebut. Sebagai langkah seterusnya, pembelian premis merupakan satu agenda yang penting bagi kelangsungan PAS Sandakan. Kami berharap agar usaha murni ini dapat diteruskan dengan jayanya. Oleh itu, pihak kami ingin memohon bantuan kewangan daripada individu, ahli koprarat, agensi NGO dan kepada semua yang bersama dalam gerakan Islam. Semoga dengan bantuan tersebut, dapatlah kiranya beban kewangan kami berkurangan sedikit.








Sebarang sumbangan boleh di bank in dalam akaun;


No akaun :
Bank :
Nama :





Syukran Jazilan.

No comments:

Post a Comment