KALENDER DPPKS
Monday, August 16, 2010
SEBAR RISALAH RAMADHAN
SANDAKAN, 15 OGOS (AHAD)-Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan (DPPKS) mengambil kesempatan pada hari k-5 Ramadhan tahun ini untuk menjalankan kerja-kerja dakwah lapangan penyebaran risalah kepada orang ramai. Lokasi yang dipilih adalah bazar Ramadhan bandar Sandakan. Untuk tujuan tersebut, sebanyak 2 ribu naskhah risalah telah dicetak dan diedarkan kepada orang ramai di tapak bazar tersebut. Seramai kira-kira 15 pemuda Pas telah terlibat dalam kerja-kerja tersebut yang bermula pada jam 4.45 petang dan berakhir setengah jam kemudain.
Sunday, May 30, 2010
Muktamar DPPNS 2010
Muktamar Dewan Pemuda Negeri sabah diadakan pada 29 hb Mei 2010 bertempat di Tawau. Hotel MB menjadi lokasi muktamar kali ini. DPPKS telah menghantar perwakilan ke muktamar pada kali ini. Oleh kerana muktamar pada kali ini diadakan serentak dengan mesyuarat perhubungan dan program Nisa, Sabah, rombongan dari sandakan turut melibatkan Ahli Jawatankuasa Kawasan dan Muslimat.
Bertolak pada jam 9.00 pagi, rombongan dari Sandakan berkumpul di Lahad Datu untuk solat Jumuat dan makan tengahari secara jama'i.
Rombongan ke Tawau tiba di Tawau sekitar jam 4.00 petang. Sebahagian peserta menginap di masjid Al-Kauthar, Masjid Daerah Tawau dan bagi yang berkeluarga menginap di hotel pilihan masing-masing.
Wednesday, May 19, 2010
Titian Kasih 3
BATU SAPI, 9 MEI - Rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan yang diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Sdr Ishar Hamka telah mengunjungi sebuah keluarga miskin di Kg Sing Kee, Karamunting di sini.
Keluarga yang menjadi sasaran kali ini merupakan keluarga adik Sarwina Sulong. Beliau merupakan pelajar di SMK Elopura Dua, Sandakan. Adik Sarwina kini tinggal bersama ayah saudaranya, Pak Cik Amat. Di rumah beliaulah Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan membuat kunjungan kali ini.
Menurut Pak Cik Amat mereka tinggal enam beranak termasuk Adik Sarwina di rumah yang usang ini. Hanya berbekalkan kayu dan zink lama, rumah ini dijadikan tempat berlindung daripada panas dan hujan. Walaupun sudah 30 tahun menetap di kampung setinggan ini, pihak berwajib masih tidak menolong mereka. Sedikit bantuan pun masih belum pernah mereka terima.

Apabila ditanya tentang permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan, Pak Cik Amat juga menyatakan masih tidak menerima respon positif. Sehingga hari ini, cuma berbekalkan gaji RM17 sehari sebagai pekerja buruh bangunan beliau menyara hidup keluarganya.

Dalam kunjungan ini, sedikit bantuan dihulurkan untuk meringankan beban yang sedang dihadapi oleh Adik Sarwina sekeluarga. Walaupun ia tidaklah sebesar mana, namun pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan berharap agar ia dapat mendidik sikap prihatin ahli Jemaah dan masyarakat kepada masalah sosio setempat. Pihak Dewan Pemuda PAS kawasan Sandakan juga berharap agar pihak pemerintah mampu menyelesaikan masalah rakyat seperti ini.
Akhirnya, bagi pihak lain yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sila salurkan bantuan anda ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan dan maklumkan sumbangan tersebut ke talian 019 873 5740 (Sdr. Mustaman Mustain).

Saturday, April 3, 2010
MUKTAMAR DPPKS
Muktamar tahunan DPPKS diadakan pada hari ini bertempat di Dewan CNI, Bandar Kimfung Batu 4, Sandakan. Muktamar pada tahun ini diadakan secara bersama dengan Muktamar Dewan Muslimat, dan Pas Kawasan Sandakan. Bermula seawal jam 8.30 pagi dan berakhir jam 1.30 tengahari, Muktamar kali ini dirasmikan oleh Hj. Hamzah Abdullah, timbalan pesuruhjaya Pas Sabah.
Muktamar DPPKS kali ini merupakan muktamar tahunan bagi agenda membentangkan Laporan Setiausaha, Lajnah-lajnah dan Bendahari. Seramai kira-kira 50 ahli telah hadir ke muktamar kali ini.
Tuesday, March 9, 2010
Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan menganjurkan Kejohanan Tertutup Bandminton 2010
SANDAKAN, 7 MAC (AHAD)-Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan pada hari ini telah menganjurkan Kejohanan Badminton Tertutup tahun 2010 bertempat di Kompleks Sukan Subuga, Sandakan. Kejohanan ini menampilkan pertandingan kalah mati antara 32 regu yang telah mendaftarkan diri. Pertandingan dimulakan seawal jam 8.30 pagi dan berjaya ditamatkan kira-kira jam 3.30 petang. Johan bagi pertandingan ini dirangkul oleh regu Ust Sukri dan sdr Reduan yang berjaya menewaskan regu Damansah dan Salim pada pertandingan separuh akkhir dan menewaskan regu Johari dan Hussin pada pertandingan akhir.
Kemenangan ini mebawa regu ust Sukri dan sdr Reduan memenangi hadiah yang ditawarkan berupa jersey dan sejumlah wang.
Hadiah disampaikan oleh KP Ust Kama
Kejohanan Badminton anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan ini adalah buat julung-julung kalinya diadakan. Melihat kepada kejayaan penganjuran kali ini, adalah menjadi hasrat Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan untuk menjadikan ia acara tahunan sesudah ini. Diharapkan dengan pengajuran kejohanan seperti ini dapat memberi semangat kepada para pemuda untuk terlibat dalam gerakerja Dewan Pemuda yang melibatkan dakwah dan kebajikan serta memprkasakan asas-asas kewujudan wadah perjuangan Islam di bumi Sandakan.
Tuesday, March 2, 2010
JAMBORI AMAL SANDAKAN
Tanggal 26-28 Februari 2010, Jabatan Amal Sandakan telah berjaya menganjurkan program Jambori Amal peringkat Sandakan yang diadakan di Scout Nature Park, Sandakan. Program yang bermula pada petang Jumuat tersebut telah disertai kira-kira 40 orang peserta dari kalangan pelajar beberapa buah sekolah terpilih di Sandakan. Para peserta didedahkan dengan konsep kerja amal dalam islam yang bertunjangkan keikhlasan dan dengan tujuan menyampaikan dakwah kepada masyarakat. Program telah berjalan sehingga menjelang tengahari Ahad.
Para peserta didedahkan dengan beberapa siri kuliah dasar, perbincangan LDK, latihan Kawad dan kerja amal gotong royong membersihkan masjid.
Antara matlamat program ini adalah untuk memperkemaskan Unit Amal Sandakan dan meninjau kemungkinan mengembangkan Briged Amal di kalangan remaja. Menurut pengarah program kali ini, Sdr Haris Bin Bahar, yang merupakan Ketua Jabatan Amal Sandakan, beberapa individu yang menyertai program kali ini telah dikenalpasti untuk diletakkan dalam jawatankuasa Unit Amal yang akan digerakkan bagi menjayakan beberapa siri kerja amal yang akan dirancang.
Para peserta telah diberikan baju Unit Amal dan dilatih menyanyikan lagu rasmi Unit Amal. Diharapkan program kali ini akan menjadi titik mula melebarnya tentera merah dalam kerja amal di peringkat Sandakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)