KALENDER DPPKS

Showing posts with label Laporan. Show all posts
Showing posts with label Laporan. Show all posts

Sunday, November 20, 2011

Mabruk...Mustaman Menikah!

KINABATANGAN, 20 NOV (AHAD)- Pada hari ini, Sdr Mustaman Mustain melangsungkan majlis perkawinannya dengan seorang gadis pilihannya, Siti Aminah dari kampung Kasih Sayang, Bukit Garam, Kota Kinabatangan. ( Moga akan berkasih sayang sehingga akhir hayat).

Rombongan pengantin lelaki bertolak ke rumah pengantin perempuan  dari rumah Mustaman di Perumahan Borneo Samudera,Rancangan Sungai Manila,  Bt. 12, Sandakan,  kira-kira jam 8.30 pagi ini. Beberapa sahabat seperjuangan juga turut ikut serta ke rumah pengantin perempuan. Hampir 15 buah kereta ber"konvoi" menuju ke sana.

Sdr. Mustaman Mustain adalah murabitun jamaah menjawat SU Kerja DPPKS, SU Kerja Pasti dan pelbagai komitmen lain melibatkan gerakerja jamaah dna parti. Diharapkan agar selepas ini perjuangan menegakkan legacy jamaah dan parti di Sabah akan terus bersemarak dan lestari.




Sunday, March 20, 2011

REHLAH ULFAH

Tanggal 19 Mac 2011, DPPKS menerusi Lanjnah Tarbiah dan Kepimpinan telah mengadakan satu program yang diberi nama Rehlah Ulfah. Ia adalah program yang diadakan sebagai ganti kepada Tamrin Qiadi yang dirancangkan sebelumnya tetapi tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa masalah termasuk keadaan cuaca buruk yang berterusan akhir-akhir ini.



Rehlah Ulfah diadakan di RDC Sepilok. Sungguhpun hujan lebat di awal pagi, para peserta yang telah menyatakan komitmen untuk ikut serta program tersebut berjaya menghadirkan diri. Bermula jam 7.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Kemudiannya ia disambung dengan acara qiamullail di Masjid Al-Fajr, kuliah subuh dan kemudian pembentangan kertas kerja .



Sebelah pagi, peserta dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja 1 bertajuk "Wahai Pemuda...Inilah Jalan Kita". Selepas Zohor pula acara Kembara Al-Quran di mana para peserta berisra' mengikuti skywalk dan trek yang ada sambil menghafaz surah Al-Hujurat yang ditaklifkan oleh pihak penganjur. Tasmik mengenalpasti keberhasilan peserta mengingati surah (hanya 5 ayat pertama) dilakukan sejurus sebelum asar. Selepas asar pula adalah sesi Penzahiran Tekad peserta untuk direkodkan oleh jemaah bagi tujuan pemantauan di masa-masa mendatang.


Kertas kerja kedua yang dibentangkan di Masjid Al-Fajr sebelah paginya, sesudah subuh pula bertajuk "Menongkah Isme Menancap Akidah Islam". Penglibatan sebahagian ahli jemaah masjid mendengar pembentangan meramaikan lagi sesi pagi itu.

Semoga perjalanan tarbiah sehari itu memantapkan lagi semangat dan kerja jemaah oleh warga DPPKS. Allahumma ameen.


Monday, March 14, 2011

Futsal Persahabatan

Semalam, 13 Mac 2011, satu perlawanan Futsal Persahabatan antara team DPKS bertemu dengan team yang dijoloki nama team Mail Kaya. Perlawanan futsal tersebut diadakan di gelanggang futsal Batu 4 Sandakan pada jam 9 malam. Team DPKS diwakili oleh beberapa AJK dan dibantu oleh anggota Unit Amal. Namun, lantaran stamina dan kepantasan yang berpihak kepada Team Mail Kaya, team DPKS mendapat sumbatan gol yang tidak terhitung jumlahnya. Walau bagaimanapun soal menang kalah bukan ukuran dalam permainan futsal persahabatan. Gaya hidup sihat dan penampilan Pemuda dalam acara kemasyarakatan adalah paling utama.


Tuesday, August 31, 2010

Gerak kerja edar risalah pada malam merdeka 2010

Program edar risalah malam merdeka kali ini mencatat sejarah apabila DPPKS berjaya bergabung bersama Nisa' Sandakan untuk menjalankan gerak kerja ini. Ditambah dengan kekuatan Ahli Unit Amal dan AJK PAS Kawasan Sandakan, kontijen pada malam itu mencecah 80 orang.

Sebanyak hampir 2000 helai risalah telah dicetak termasuk risalah terbitan Nisa' Sandakan. Sementara itu, sambutan yang diberikan oleh sasaran dakwah kali ini amat memberangsangkan. Pelbagai ragam dan aksi telah dipamerkan oleh mereka. Tidak perlu diceritakan lagi. Cukuplah foto-foto dibawah menjadi "tukang cerita".



Di celah sinaran lampu neon malam itu, terdetik di hati kecil kami dengan doa ini, "Ya Allah, jadikanlah umat kami di Sandakan ini khususnya dan di dunia umumnya kembali menghayati ajaran Rasulullah Mu".

*sila layari Facebook Sdr Mustaman untuk koleksi gambar yang lain.

Sunday, May 30, 2010

Muktamar DPPNS 2010

Muktamar Dewan Pemuda Negeri sabah diadakan pada 29 hb Mei 2010 bertempat di Tawau. Hotel MB menjadi lokasi muktamar kali ini. DPPKS telah menghantar perwakilan ke muktamar pada kali ini. Oleh kerana muktamar pada kali ini diadakan serentak dengan mesyuarat perhubungan dan program Nisa, Sabah, rombongan dari sandakan turut melibatkan Ahli Jawatankuasa Kawasan dan Muslimat.

Bertolak pada jam 9.00 pagi, rombongan dari Sandakan berkumpul di Lahad Datu untuk solat Jumuat dan makan tengahari secara jama'i.
Rombongan ke Tawau tiba di Tawau sekitar jam 4.00 petang. Sebahagian peserta menginap di masjid Al-Kauthar, Masjid Daerah Tawau dan bagi yang berkeluarga menginap di hotel pilihan masing-masing.