KALENDER DPPKS

Wednesday, May 19, 2010

Titian Kasih 3

BATU SAPI, 9 MEI - Rombongan Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan yang diketuai oleh Timbalan Ketuanya, Sdr Ishar Hamka telah mengunjungi sebuah keluarga miskin di Kg Sing Kee, Karamunting di sini.

Inilah teratak mereka

Keluarga yang menjadi sasaran kali ini merupakan keluarga adik Sarwina Sulong. Beliau merupakan pelajar di SMK Elopura Dua, Sandakan. Adik Sarwina kini tinggal bersama ayah saudaranya, Pak Cik Amat. Di rumah beliaulah Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan membuat kunjungan kali ini.

Adik Sarwina bersama ayah saudaranya

Menurut Pak Cik Amat mereka tinggal enam beranak termasuk Adik Sarwina di rumah yang usang ini. Hanya berbekalkan kayu dan zink lama, rumah ini dijadikan tempat berlindung daripada panas dan hujan. Walaupun sudah 30 tahun menetap di kampung setinggan ini, pihak berwajib masih tidak menolong mereka. Sedikit bantuan pun masih belum pernah mereka terima.


Apabila ditanya tentang permohonan bantuan daripada Jabatan Kebajikan, Pak Cik Amat juga menyatakan masih tidak menerima respon positif. Sehingga hari ini, cuma berbekalkan gaji RM17 sehari sebagai pekerja buruh bangunan beliau menyara hidup keluarganya.


Dalam kunjungan ini, sedikit bantuan dihulurkan untuk meringankan beban yang sedang dihadapi oleh Adik Sarwina sekeluarga. Walaupun ia tidaklah sebesar mana, namun pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan berharap agar ia dapat mendidik sikap prihatin ahli Jemaah dan masyarakat kepada masalah sosio setempat. Pihak Dewan Pemuda PAS kawasan Sandakan juga berharap agar pihak pemerintah mampu menyelesaikan masalah rakyat seperti ini.

Sumbangan disampaikan oleh Sdr Ishar

Akhirnya, bagi pihak lain yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sila salurkan bantuan anda ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan dan maklumkan sumbangan tersebut ke talian 019 873 5740 (Sdr. Mustaman Mustain).

1 comment: