KALENDER DPPKS

Monday, April 6, 2009

Takziah buat Nasruddin

Salam Perjuangan.

Blog DPPKS kali ini ingin berkongsi satu berita duka. Seorang exco DPPKS, Nasruddin Abdullah telah ditipma kemalangan jalan raya.

Ceritanya begini...,
Pagi itu sekitar 6.15, dia bergerak daripada Pejabat DPPKS ke Pusat Bandar Sandakan. Itu rutin hariannya pada "weekday" sebagai seorang guru di SM (S) As-Salam. Sebelum itu, sempat dia bercerita tentang hal kerjanya di SM (S) As-Salam dengan sahabatnya di pejabat DPPKS tadi.

Dengan semangat yang segar, dia melangkah keluar dan terus menunggang motosikalnya. Malang tidak berbau, di pertengahan jalan (betul2 di depan terminal bas ekspress, Bt 2 setengah) sebuah kereta Proton Saga Baru, warna "silver" melalui jalan u-turn telah meluru (tergesa-gesa) keluar ke jalan utama. Nasruddin yang menunggang motosikal tadi hampir melanggar Saga Baru tersebut. Bagi mengelakkan perlanggaran, beliau sempat menguis "handle" motosikalnya ke sebelah kiri. Tindakan ini menyebabkan beliau melanggar penghadang jalan di sebelah kiri. Beliau terumban ke jalan, berpusing beberapa kali sebelum terheret (kedudukan: seolah2 berbaring) sejauh beberapa meter. Mujur ada helmet yang diikat kemas dan beg (digalas dibelakang) menjadi alas. Orang awam menghantar beliau ke Hospital Duchess of Kent dan dirawat. Selepas itu, barulah keluarga dan sahabt-sahabat beliau tiba.

Alhamdulillah, Nasruddin hanya mengalami luka-luka kecil di tangan, kaki dan anggota lain. Kesakitan yang sedikit teruk dan menagih kesabaran beliau ialah kecederaan di bahu kiri. Untung saja tidak ada tulang yang patah atau terlepas. Tapi, dengan bahu yang membengkak itu (mungkin juga terseliuh), cukup untuk menguji pejuang ini. Sekitar 10.30 pagi, beliau dibenarkan untuk pulang ke rumah dan diberikan cuti 3 hari.

Takziah buat Nasruddin.
Bagi kita, ingatlah bahawa setiap bala, kesusahan, kepayahan dan apa sahaja yang negatif menimpa kita merupakan satu tarbiyyah. Ia merupakan mehnah dan ibtila' dalam hidup dan perjuangan ini. Ia juga merupakan kafarah bagi dosa kita. Baik sungguh Allah S.W.T, diberinya kita semua ini sebagai balasan dan peringatan. Mudah-mudahan kita menjadi Hamba Allah yang bertaqwa dan sentiasa berada dalam redhaNya.
Sekian.

No comments:

Post a Comment