KALENDER DPPKS

Monday, February 15, 2010

Prinsip: Berjuang bukan kerana pimpinan



Teguh berdirilah perjuangan ini menongkat alam. Perjuangan ini tidak akan pernah padam dengan tamatnya riwayat seorang pemimpin. Perjuangan ini tidak goyah dengan tergelincirnya pemimpin. Perjuangan ini tidak surut dengan berundurnya seorang pemimpin. Perjuangan ini tidak lenyap dengan rajuknya seorang pemimpin. 

Kiblat perjuangan ini bukan pada seorang pimpinan. Perjuangan ini berkiblatkan Allah dan mardatillah. Perjuangan ini membawa slogan yang dikumndangkan melalui Al-Quran lebih 1400 tahun yang lalu:



Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah" Kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, Maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang Telah dijanjikan Allah kepadamu".
(Surah Fussilat: Ayat 30)


Perjuangan ini bukan kerana TG Haji Hadi atau TG Nik Aziz. Perjuangan ini bukan untuk Khalid Samad atau Hasan Ali. Bukan juga kerana Al-marhum Ust Fadhil Noor. Dia telah tiada tetapi perjuangan ini diteruskan jua.Malah bukan kerana mana-mana pemimpin baik yang terdahulu maupun terkemudian.

Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir tidak tamat dengan terbunuhnya Imam Hasan Al-Banna. Membunuh Sayyed Qutb tidak menamatkan gerakan Ikhwan. Bunuhlah biar seluruh pimpinan, perjuangan yang berdiri atas landasan Islam tidak akan tamat. Inilah perjuangan hizbullah yang tidak akan mati kerana Allah sentiasa hidup dan tidak mati.parti Allahlah yang akan menang akhirnya. Inilah janji Allah sebagaimana firmanNya:



لا تجد قوما يؤمنون بالله و اليوم الآخر يوادون من حاد الله و رسوله ولو كانوا آبائهم أو أبنائهم أو إخوانهم أو عشيرتهم. أولئك كتب في قلوبهم الإيمان و أيدهم بروح منه و يدخلهم جنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها، رضي الله عنهم و رضوا عنه. أولئك حزب الله، آلا إن حزب الله هم المفلحون

Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau Saudara-saudara ataupun keluarga mereka. meraka Itulah orang-orang yang Telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. mereka Itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung.
(Surah Al-Mujadilah: Ayat 22)

Semua pemimpin akan mati tetapi perjuangan tidak mati. Pemimpin yang berebut jawatan dalam parti perlu sedar bahawa parti tidak memerlukan mereka tetapi merekalah yang memerlukan parti. Mereka yang berebut jawatan perlu tanya diri sendiri, apakah perebutan itu untuk kepentingan legasi diri atau untuk survival  ketulinan perjuangan parti.  

Kepada pemuda perjuangan ini, jadikan perjuangan anda untuk Allah. Buangkan segala kiblat perjuangan selain Allah. Kita tidak peduli siapapun memimpin kita, sekalipun seorang asli berbangsa Jakun atau Temiar. Sekalipun seorang Penan, jika dia bertakwa dan dibekali dengan sifat kepimpinan Islam, kita beewala' kepadanya. Namun, sendainya dia seorang ulama tersohor, jika tidak memikul sifat taqwa, bergelumang kepentingan dunia dan tamakkan sanjungan dan pangkat, tidaklah kita berwala' kepadanya. 
Inilah prinsip perjuangan. Perjuangan yang akan kekal menongkat alam biar bersilih ganti kurun dan abad.

Sekian
Dari Koleksi,
Tinta Ketua Pemuda DPPKS
Sessi 2009-2011

Sunday, January 31, 2010

Titian Kasih 2: Bantuan Buat Keluarga Firdani Adam

Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan pada hari ini telah membuat ziarah "TITIAN KASIH" ke sebuah rumah yang dihuni oleh sebuah keluarga menghadapi kesempitan hidup disebabkan kemiskinan di Batu 3, Sandakan. RombonGan ziarah kali ini terdiri daripada YDP Kawasan Sandakan, Ketua Pemuda dan beberapa AJK daripada Dewan Pemuda dan Kawasan. Sehubungan dengan itu, sumbangan dalam bentuk keperluan dapur dan wang telah disampaikan oleh YDP Pas Kawasan Sandakan, Sdr. Abd Wahid Mohd Rafi.



Program "TAUTAN KASIH " Merupakan aktiviti bulanan Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan di bawah kendalian Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan. Sasaran yang dikenalpasti berhadapan dengan masalah seperti kemiskinan, bencana musibah, sakit dan sebagainya akan dikunjungi rombongan untuk mendapatkan mengetahui latar belakang kehidupan mereka bagi merancang jalan penyelesaian. Di samping itu, sedikit bantuan dihulurkan untuk melegakan tekanan hidup yang sedang dihadapi di samping mendidik sikap prihatin ahli jemaah kepada masalah sosio setempat.


Pn. Saadiah @ Julie yang tinggal di sebuah rumah lama yang uzur hasil ehsan keluarga Pangeran Galpam adalah sasaran TAUTAN KASIH kali ini. Dia menjaga dan memelihara seorang cucu dan seorang anak angkat. Menurut Pn Saadiah, dia terpaksa bersusah payah memelihara cucunya itu disebabkan anaknya sendiri mengabaikan cucunya tersebut sejak kecil. Dalam kemiskinannya, dia tetap menyekolahkan cucunya itu di Sk Sg Anib 1. Di samping cucu, Pn Saadiah juga menjaga seorang anak angkat. Firdani Adam, seorang pelajar tingkatan 6 atas SMK Elopura 2 merupakan anak angkatnya yang dipelihara semenjak kecil. Ketika menceritakan kisah sedihnya, dia menyatakan tekad agar anak angkatnya itu dapat disekolahkan sehingga berjaya dalam pelajaran dan pada anak angkatnya disandarkan harapan untuk merubah masa depan.

Firdani Adam telah tinggal bersama ibu angkatnya sejak kecil dan dia tidak pernah kenal ibu dan ayahnya. Pelajar yang sedang berada di tingkatan 6 atas ini bertekad untuk mendapat 5A dalam keputusan STPM nanti.
Ruang belajar Firdani yang serba sederhana.

Menurut Pn. Saadiah, dahulu mereka tinggal di Karamunting. Di sana rumah mereka di robohkan dan kemudian tinggal seketika di BDC sebelum ia juga dirobohkan berikutan projek pembangunan Perhotelan Equatorial yang mengambil tempat. Dengan ehsan kerabat Pangeran Galpam yang merupakan penghuni awal rumah usang yang dihuninya sekarang, dia mendapat tempat berlindung secara percuma. Kalau perlu dibayar, memang beliau tidak punya kemampuan.


Pn. Saadiah yang merupakan pemegang Maykad, mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.00 sebulan. Namun, sewaktu menceritakan dilema hidupnya, katanya wang bantuan itu diberikan tidak menentu dan sering kelewatan.

Bagi pihak yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, Sila salurkan bantuan anda ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan dan maklumkan sumbangan tersebut ke talian 0198735740 (Sdr. Mustaman Mustain)

Wednesday, January 20, 2010

Mustaman Menerima Sumbangan

Saudara Mustaman Mustain SU Kerja Pasti Sandakan merangkap SU DPPKS yang mengalami kemalangan yang mengakibatkan patah paha sebagaimana yang dilaporkan sebelum ini mendapat perhatian rakan-rakan dalam Dewan Pemuda baik di peringkat Sandakan maupun negeri. Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan telah membuat pungutan derma kilat untuk disumbangkan kepadanya atas semangat 'takaful' jama'ah. Di samping itu, bersempena dengan program Konvensyen Dakwah yang diadakan di Pejabat Pas Putatan, di mana Ketua Pemuda Pas Pusat dan rombongannya  turun ke Sabah antara 14-18 Januari 2010, satu kutipan derma juga dilancarkan untuk di sumbangkan kepada Sdr. Mustaman Mustain.



Sumbangan derma disampaikan oleh SU Dewan Pemuda Pusat kepada KP DPPKS, Ust Kama. 

Kini, Sdr Mustaman telah keluar dari Wad Ortopedik Hospital Duchess Of Kentsetelah menjalani pembedahan memasukkan besi ke dalam pahanya bagi menyambung tulangnya yang patah. Dia telah kembali ke rumahnya untuk berehat dan dijangkakan proses pemulihan akan mengambil masa melebihi sebulan.

Untuk tujuan menyampaikan sumbangan yang telah dikumpulkan itu, beberapa sahabat yang mewakili Pas Kawasan dan DPPKS telah berkunjung ziarah ke rumah Sdr. Mustaman bin Mustain di Batu 12. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada ibu Sdr Mustaman. Diharapkan dengan sejumlah sumbangan tersebut dapat menampung kos perubatan dan mengubat kesedihan di atas musibah yang terjadi. Ia juga menjadi lambang hidup berjemaah dan semangat takaful  sesama ahli usrah.


Sdr Wahid menyerahkan sumbangan kepada ibu Sdr Mustaman


Semoga Sdr Mustaman cepat sembuh dan kembali bertugas dan menyambung perjuangan. Allahumma ameen.


Friday, January 8, 2010

Mustaman mengalami kemalangan jalanraya

Sdr Mustaman Mustain, SU Kerja Pasti Kawasan Sandakan merangkap SU DPPKS dilaporkan mengalami kemalangan jalanraya petang kelmarin dan telah ke wad ortopedik Hospital Sandakan. Kemalangan tersebut berlaku di jalan Batu Sapi, berhadapan dengan stesen minyak petronas di sana. Ia melibatkan pelanggaran  Antara Motosikal yang dipandu oleh Sdr Mustaman dengan sebuah lori tanker yang membua pusingan masuk secara tiba-tiba pada jalan tersebut. Akibat kemalangan tersebut, beliau mengalami kecederaan serius iaitu patah pada tulang bahagian paha kanan dan beberapa luka-luka ringan lain. Sahabat pemboncengnya, Norkamal Mong pula mengalami kecederaan patah tulang pada lengan kanan.

Kejadian tersebut telah dilaporkan kepada Polis dengan siasatan sedang dibuat ke atas. Sebuah tindakan undang-undang akan dilakukan berhubung kejadian.

Sunday, January 3, 2010

Guna Kalimah Allah secara tepat tanpa seleweng

KUALA LUMPUR, 2 Jan: Biarpun akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam penerbitan mereka, namun penggunaan kalimah tersebut perlu diguna secara tepat dengan maksud yang tidak menyeleweng dari kefahaman sebenar 'Allah' kepada umat Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan berkata, beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu namun diharap penggunaannya pada tujuan yang baik dan bukan untuk dipermainkan sewenangnya.

"Selagi mana kalimah Allah itu digunakan dengan tujuan yang baik, dengan benar menyatakan Allah itu satu, Allah itu Esa tanpa sebarang penyelewangan dan pengkhianatan terhadap maksud sebanar Allh, maka itu dibenarkan.

"Pendirian kami, siapun pihak hatta umat islam sendiri pun sekiranya hendak menggunakan kalimah Allah, hendaklah menggunakan dengan penuh hormat tanggungjawab bukan menggunakannya dalam maksud mempersenda, mempermain, mengambil mudah dengan kalimah tersebut", kata beliau ketika diminta mengulas perkara itu baru-baru ini.

Beliau juga tidak menolak kebimbangan sesetengah pihak bahawa kemungkinan penggunaan kalimah tersebut disalahguna.

Jika keadaan itu berlaku, beliau bimbang ianya akan mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia memandangkan ianya sangat sensitif.

"Ada pun yang kita bimbang ialah jika sekiranya penggunaan itu adalah penggunaan untuk mempersenda mempermainkan kalimah Allah dan meletakkan kalimah itu di merata tempat tanpa menghormati sensiviti umat Islam, dan itu adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian", katanya lagi.

Beliau juga tidak membantah sekiranya Kementrian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan membatalkan keputusan itu kerana merupakan hak KDN dan ada kewajarannya untuk menjaga penggunaan kalimah 'Allah' dari di seleweng dan salahguna.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur , Datuk Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah dan batal.

Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut.

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.

Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

KDN bagaimanapun akan memfailkan rayuan berhubung keputusan tersebut.

Sumber :http://www.harakahdaily.net/v2/

Friday, January 1, 2010

PROGRAM EKSPEDISI DAKWAH 'ZIARAH KASIH' SEMPENA SAMBUTAN MALAM TAHUN BAHARU AMBANG 2010.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan telah mengadakan Ekspedisi Dakwah (Ziarah Kasih) sempena Sambutan Malam Tahun Baharu 2010 di Bandar Sandakan pada malam 31 Dis 2009. Berikut merupakan sedikit cebisan foto malam tersebut.




Monday, November 16, 2009

Yang Terpilih dan Yang Ikhlas

Allah berfirman:




وإن كان كبر عليك إعراضهم فإن استطعت أن تبتغي نفقا في الأرض أو سلما في السماء فتأتيهم بآية ولو شاء الله لجمعهم على الهدى فلا تكونن من الجاهلين



Dan jika perbuatan berpalingan mereka (darimu) terasa amat berat bagimu, Maka jika kamu dapat membuat lobang di bumi atau tangga ke langit lalu kamu dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka (maka buatlah). kalau Allah menghendaki, tentu saja Allah menjadikan mereka semua dalam petunjuk sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang jahil


(Surah Al-An'am: Ayat 35)

Memilih untuk hidup berjuang dalam satu jemaah yang memperjuangkan Islam adalah satu pilihan yang merupakan rahmat Allah. Oleh itu, kita perlu insaf dan sedar, dengan rahmat Allahlah kita terpanggil untuk menyertai jemaah. Dengan rahmat Allahlah kita dapat berjuang dalam sebuah jemaah. Dengan rahmat Allah juga, kita akan kekal dalam perjuangan. Dengan menyedari bahawa keterlibatan, perjuangan dan istiqamahnya kita dalam jemaah yang memperjuangkan Islam adalah rahmat Allah untuk kita, kita mengingatkan diri agar sentiasa ikhlas.

Apalah guna terlibat, berjuang dan dan istiqamah dalam jemaah kalau kita tidak ikhlas. Keikhlasan bukan perkara mudah dibina dalam diri. Ia memerlukan mujahadah yang berterusan sehinggalah ke saat kita menamatkan keterlibatan,perjuangan dan istiqamah itu dengan kematian. Jika mati dalam keadaan ikhlas dalam perjuangan,itulah tanda berjaya.Lihatlah betapa meruginyaorang yang tidak menjaga keiklasannya sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis.


Daripada Abu Hurairah ra berkata: Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya manusia yang mula-mula dibicarakan pada hari kiamat adalah seorang lelaki yang syahid . Dia didatangkan dan Allah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihan yg telah Allah berikan. Dia mengakuinya. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Lelaki itu menjawab “ Aku telah berperang kerana mu sehingga aku syahid.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau berjuang kerana supaya dikatakan engkau berani, sesungguhnya manusia telah memuji keberanianmu.” Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, dia diheret dengan diseret mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang di dunia telah belajar ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Allah telah mengingatkan kembali nikmat dan kelebihanya yg Allah berikan. Dia mengakui nikmat tersebut. Allah bertanya “Apa yang engkau beramal kerna Allah terhadap nikmat2 ini?” Dia menjawab “aku telah belajar, mengajarnya dan membaca al-Quran kerana mu .” Allah menjawab “Kamu berbohong kerana kamu belajar supaya dikatakan kamu orang yg berilmu dan kamu membaca supaya dikatakan kamu sebagai Qari , sesungguhnya kamu telah dipanggil sebagai orang berilmu dan qari. Kemudian dikeluarkan perintah hukuman, lalu diheret diatas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.

Didatangkan pula seorang lelaki yang Allah telah luaskan rezkinya dan memberikannya pelbagai jenis harta. Allah telah memperingatkan kembali nikmat dan kelebihanNya kepadanya. Dia telah mengakuinya. Allah bertanya “Apa yang engkau telah buat terhadap nikmat2 tersebut demi kerana Allah?” Dia menjawab “Aku telah membelanjakan harta untuk setiap jalan kebaikan kerana mu.” Allah menjawab “Engkau bohong kerana engkau buat sedemikian adalah kerana untuk dikatakan sebagai pemurah, sesungguhnya engkau telah dikatakan pemurah.” Kemudian diputuskan hukuman, lalu diheret atas mukanya sehingga dicampak ke dalam api neraka.”

(Hadis sahih riwayat Muslim, Nasaie, Tirmizi dan Ibnu Hibban.)


Kita tidak perlu menyalahkan orang lain yang tidak menyertai perjuangan. Nabi SAW sendiri diperingatkan Allah SWT agar sedar bahawa kerja memberi hidayah untuk menyertai Islam itu adalah kerja Allah. Jika Allah mahu, boleh sahaja Dia menjadikan manusia semua tertarik kepada Islam dan memeluk Islam. Namun, Allah menentukan sesuatu sesuai dengan kehendakNya.



إنما يستجيب الذين يسمعون والموتى يبعثهم الله ثم إليه يرجعون

Hanya mereka yang mendengar sajalah yang mematuhi (seruan Allah), dan orang-orang yang mati (hatinyaakan dibangkitkan oleh Allah, Kemudian kepadaNyalah mereka dikembalikan.

(Surah Al-An’am: Ayat 36)






Siapa yang mendengar yakni menyahut seruan Allah, dialah yang menyertai perjuangan. Siapa yang tidak,yakni memekakkan telinga, dia tidak akan menyertai perjuangan. Perjuangan apapun yang namanya fi sabilillah.


Allahu waliyyut taufiq wal hidayah...

Wassalamu alaikum warahmatullah wabarakatuh



Dari

Koleksi Tinta KP DPPKS

Sessi 2009-2011