KALENDER DPPKS

Sunday, January 31, 2010

Titian Kasih 2: Bantuan Buat Keluarga Firdani Adam

Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan pada hari ini telah membuat ziarah "TITIAN KASIH" ke sebuah rumah yang dihuni oleh sebuah keluarga menghadapi kesempitan hidup disebabkan kemiskinan di Batu 3, Sandakan. RombonGan ziarah kali ini terdiri daripada YDP Kawasan Sandakan, Ketua Pemuda dan beberapa AJK daripada Dewan Pemuda dan Kawasan. Sehubungan dengan itu, sumbangan dalam bentuk keperluan dapur dan wang telah disampaikan oleh YDP Pas Kawasan Sandakan, Sdr. Abd Wahid Mohd Rafi.



Program "TAUTAN KASIH " Merupakan aktiviti bulanan Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan di bawah kendalian Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan. Sasaran yang dikenalpasti berhadapan dengan masalah seperti kemiskinan, bencana musibah, sakit dan sebagainya akan dikunjungi rombongan untuk mendapatkan mengetahui latar belakang kehidupan mereka bagi merancang jalan penyelesaian. Di samping itu, sedikit bantuan dihulurkan untuk melegakan tekanan hidup yang sedang dihadapi di samping mendidik sikap prihatin ahli jemaah kepada masalah sosio setempat.


Pn. Saadiah @ Julie yang tinggal di sebuah rumah lama yang uzur hasil ehsan keluarga Pangeran Galpam adalah sasaran TAUTAN KASIH kali ini. Dia menjaga dan memelihara seorang cucu dan seorang anak angkat. Menurut Pn Saadiah, dia terpaksa bersusah payah memelihara cucunya itu disebabkan anaknya sendiri mengabaikan cucunya tersebut sejak kecil. Dalam kemiskinannya, dia tetap menyekolahkan cucunya itu di Sk Sg Anib 1. Di samping cucu, Pn Saadiah juga menjaga seorang anak angkat. Firdani Adam, seorang pelajar tingkatan 6 atas SMK Elopura 2 merupakan anak angkatnya yang dipelihara semenjak kecil. Ketika menceritakan kisah sedihnya, dia menyatakan tekad agar anak angkatnya itu dapat disekolahkan sehingga berjaya dalam pelajaran dan pada anak angkatnya disandarkan harapan untuk merubah masa depan.

Firdani Adam telah tinggal bersama ibu angkatnya sejak kecil dan dia tidak pernah kenal ibu dan ayahnya. Pelajar yang sedang berada di tingkatan 6 atas ini bertekad untuk mendapat 5A dalam keputusan STPM nanti.
Ruang belajar Firdani yang serba sederhana.

Menurut Pn. Saadiah, dahulu mereka tinggal di Karamunting. Di sana rumah mereka di robohkan dan kemudian tinggal seketika di BDC sebelum ia juga dirobohkan berikutan projek pembangunan Perhotelan Equatorial yang mengambil tempat. Dengan ehsan kerabat Pangeran Galpam yang merupakan penghuni awal rumah usang yang dihuninya sekarang, dia mendapat tempat berlindung secara percuma. Kalau perlu dibayar, memang beliau tidak punya kemampuan.


Pn. Saadiah yang merupakan pemegang Maykad, mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.00 sebulan. Namun, sewaktu menceritakan dilema hidupnya, katanya wang bantuan itu diberikan tidak menentu dan sering kelewatan.

Bagi pihak yang ingin membantu meringankan beban keluarga ini, Sila salurkan bantuan anda ke akaun Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan dan maklumkan sumbangan tersebut ke talian 0198735740 (Sdr. Mustaman Mustain)

1 comment: