KALENDER DPPKS

Saturday, July 18, 2009

Qiamullail Jama'ei

Salam perjuangan.

Malam ini Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan akan menganjurkan Qiamullai Jama'ei. Program ini merupakan program dwimingguan. Namun demikian, sudah lebih kurang dua bulan ia tertangguh.

Atas kekangan-kekangan tertentu, ianya ditangguh sehingga begitu lama. Kali ini, ia muncul semula dan menuntut komitmen semua exco dan ahli.

Seperti biasa, qiamullail malam ini akan bermula pada 11.30 malam untuk mengumpulkan semua peserta. Tidur sehinggalah jam 3 pagi dan semua akan bangun untuk mendirikan qiamullail. Selepas mendiriakan qiam secara individu, qiamullail jama'ei pun dilakukan. Solat subuh, kuliah subuh dan diakhiri dengan muhasabah sobah.

Inilah kekuatan seorang pejuang. Bukanlah seorang pejuang namanya jika qiamullail pun liat ataupun langsung tidak dilakukan. Di sini kekuatan kita. Berusahalah untuk amalkannya. Jika tidak mampu setip hari, lakukanlah seminggu sekali ataupun sebulan sekali. Usaha dengan sekeras-kerasnya untuk ia menjadi amalan kita.

Melalui Qiamullail Jama'ei seperti inilah kita menjana kekuatan kita. Jika, Qiamullail Jama'ei ini pun kita payah untuk hadir, apalah maknanya nama Pejuang Islam itu meletak di dada kita.

Akhirnya, sama-samalah kita bermuhasabah diri. Mantapkanlah tarbiyyah diri agar tak hanyut dibadai dek ombak tribulasi.

Sekian.

Tuesday, July 7, 2009

Brainstorming PAS Kawasan Sandakan.

3 Julai 2009, Dewan CNI. Satu brainstorming telah diadakan di sini bagi membincangkan halatuju PAS Kawasan Sandakan menuju Pilihan raya Umum Ke 13. Brainstorming yang dihadiri oleh semua AJK PAS Kawasan dan Exco Dewan PAS telah membuahkan banyak idea yang bernas.

Pihak penganjur telah menjemput Aktivis-aktivis Institut Kajian Strategik Sabah (IKSAS) bagi membantu merangka beberapa halatuju.

Komunikasi dua hala yang diadakan telah meniggalkan impak yang lebih baik. Pihak IKSAS banyak mendedahkan fakta dan realiti PAS di Zon Sandakan ini. Walaupun begitu, aktivis PAS Sandakan yang berada di kawasan ini lebih mengetahui realiti sebenar PAS di Zon Sandakan ini. Perbincangan yang memakan masa hampir 3 jam itu masih tidak dapat menyelesaikan beberapa item yang penting.

Namun demikian, secara dasarnya IKSAS telah membantu PAS Sandakan dari bayak segi. Lebih-lebih lagi dengan perkongsian fakta yang amat diperlukan oleh PAS Kawasan.

Brainstorming pada malam itu akan disambung pada brainstorming kali kedua yang akan diadakan pada masa yang terdekat.

Semoga dengan adanya halaqah seperti ini, akan menjadikan PAS Kawasan khususnya Dewan Pemuda menjadi lebih mantap dan berkesan kepada masyarakat.

Sekian dahulu, sampai jumpa lagi untuk laporan brainstorming kali kedua.

Wednesday, June 24, 2009

YDP PAS Kawasan Sandakan mendapat cahaya mata baharu.

Seluruh Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan merakamkan ucapan tahniah buat YDP PAS Kawasan Sandakan dan isteri atas kelahiran cahaya mata yang ke 4 pada hari khamis baru-baru ini.

Difahamkan anak ke 4 ini adalah seorang bayi lelaki yang juga anak lelaki kedua dalam keluarga beliau. Semoga dengan kehadiran bayi baru ini menambahkan lagi kebahagiaan dan kegembiraan serta dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Nampaknya bertambahlah seorang lagi generasi pewaris pejuang di bumi Sandakan.
Tahniah dari kami semua.

Sunday, June 21, 2009

Tahniah buat Sdr Anuar daripada Pemuda Sandakan

Setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah diucapakan kepada Sdr Anuar Ali kerana telah dilantik menjadi AJK Dewan Pemuda PAS Pusat dan dilantik untuk menjadi Pengarah PASTI Negeri Sabah.
Dua beban tugas yang baru ini bakal mewarnai kehidupan beliau yang memang terkenal dengan kecekalannya. Sebelum ini, beliau telah berjaya menggalas amanah sebagai Ketua Pemuda PAS Sabah untuk beberapa penggal. Walaupun telah meletakkan jawatan, legasi yang ditinggalkan beliau itu sudah cukup menunjukkan keperibadian beliau dalam perjuangan PAS ini.

Kali ini, sekali lagi Allah memilih beliau untuk menggalas amanah yang tidak kurang mencabarnya ini. Tahniah sekali lagi daripada Pemuda PAS Sandakan.

Akhirnya, dengan bantuan daripada Allah dan sahabat-sahabat diharapkan agar beliau mampu mencipta lebih banyak sumbangan sebagai dua pemegang jawatan yang baru ini.

Sekali lagi, tahniah kami ucapkan..

Monday, June 8, 2009

Barisan Pimpinan PAS Pusat 2009-2011

PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)

AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)

PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Wednesday, June 3, 2009

Tahniah Kepimpinan Baru DPP Pusat


Tahniah Kepimpinan Baru Dewan Pemuda PAS Pusat daripada Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan.

Tuesday, June 2, 2009

Tuan Haji Hamzah Abdullah calon AJK PAS Pusat

Salam Perjuangan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar PAS kali ke-55,Dato' Mustafa Ali telah mengumumkan senarai akhir calon yang akan bertanding bagi jawatan dalam PAS diperingkat Pusat dan Dewan-dewan.

Pengumuman itu dibuat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut oleh Mustafa pada 26 Mei.

Bagi perhatian semua, Tuan Haji hamzah Abdullah yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah turut tersenarai sebagai calon AJK PAS Pusat.

Kehadiran beliau sebagai calon merupakan satu keperluan kepada PAS Sabah. Sekiranya Hj Hamzah terpilih, suara PAS Sabah akan menjadi lebih ramai di dalam AJK PAS Pusat.

Seorang Pesuruhjaya dan seorang AJK daripada Sabah sudah pasti akan menjadi rujukan yang terbaik bagi PAS Pusat untuk menggempur Sabah.

Walaupun Mustafa Ali menyifatkan pertandingan kali ini akan hebat di peringkat AJK PAS Pusat yang mana seramai 54 orang calon akan bertanding bagi mengisi 18 kekosongan, kita berdoa agar Hj Hamzah akan terpilih bagi menyampaikan hasrat besar PAS Sabah.

Sekian untuk makluman.