KALENDER DPPKS

Friday, May 1, 2009

Ceramah Pakatan Rakyat

30 April 2009, Sandakan. Ceramah Umum Pakatan Rakyat yang telah diadakan di Grand Ballroom Sandakan Hotel menarik ramai pendengar. Pendengar yang terdiri daripada penyokong Pakatan Rakyat dan orang ramai telah berhimpun seawal 8.00 malam lagi bagi menantikan ceramah tersebut. Walaupun ceramah seperti ini jarang diadakan di Sandakan, namun ia telah memikat ramai pendengar.

barisan penceramah

Ceramah kali ini menampilkan Dato' Paduka Hj Husam Musa, Naib Presiden PAS sebagai penceramah utama disamping Dr Rosli Allani Abdul Kadir, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat; Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah; Sdr Zainuddin Hassan, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah dan Ustaz Anuar Ali, Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah sebagai penceramah tambahan.

YB Husam

Dr Rosli

Ceramah kali ini dianggap sebagai penjelasan kepada beberapa isu berbangkit dan isu-isu yang tidak diketahui umum. Antara isu yang dibawa oleh penceramah ialah isu penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/Barisan Nasional khususnya di Sabah ini. Penceramah juga mendedahkan bagaimana UMNO/Barisan Nasional merancang untuk mengambil tanah rakyat Sabah secara "rela-paksa". Isu Rasuah Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan juga dibangkitkan dalam peluang kali ini.

Hj Hamzah

Sdr Zainuddin

Ustaz Anuar

Selain itu, para penceramah juga membawakan isu nasional sebagai santapan pendengar. Isu peralihan kuasa Perdana Menteri yang penuh kontroversi, Isu pemilihan agung UMNO dan isu percubaan meretakkan hubungan Pakatan Rakyat juga mengambil tempat.

orang ramai yang hadir

Daripada Husam sendiri, beliau banyak menjelaskan tentang isu nasional dan sekali sekala mengaitkannya dengan negeri Sabah. Antaranya, beliau menjelaskan tentang implikasi positif yang diterima oleh Pakatan Rakyat hasil daripada kemenangan di 4 Pilihan Raya kecil yang lalu.

YB Husam menyampaikan ceramah

Menurut Husam lagi, UMNO kini sedang bertongkat di 5 buah negeri iaitu Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan. Hanya dengan sekali penumbuk daripada kuasa rakyat melalui Pilihan raya Umum akan menguburkan UMNO dan pemerintahan Barisan Nasional di bumi Malaysia ini. Husam juga mengajak rakyat Sabah untuk berubah demi kebaikan bersama.


Sebelum ceramah ditamatkan, ruangan dibuka untuk sesi soal jawab atas permintaan hangat daripada audiens walaupun sesi ini tidak dijadualkan asalnya.

audiens yang bertanya

Akhirnya, ceramah diakhiri dengan Sidang Media oleh wartawan tempatan di sini.

Sidang Media

Sebagai rekod, Ceramah Pakatan Rakyat kali ini telah mendapat permit daripada PDRM Cawangan Sandakan dan menghimpunkan lebih daripada 200 audiens.

Sekian...

No comments:

Post a Comment