KALENDER DPPKS

Monday, August 30, 2010

RISALAH MERDEKA 2010

Sempena malam 31 Ogos 2010, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan tampil dengan gerakerja sebar risalah malam merdeka di lokasi tumpuan bandar Sandakan. Fokus kandungan risalah kali ini adalah kempen anti-zina yang telah dilancarkan di peringkat DPPP.


Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan menyeru kepada semua pemuda pemudi:-
1) Kita masih lagi berada dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Janganlah disia-siakan kelebihan Ramadhan dengan sambutan malam kemerdekaan yang melalaikan. Kita berada pada 10 hari terakhir Ramadhan yang antara malamnya dijanjikan satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Gunakan sisa terakhir Ramadhan ini untuk memperbanyakkan taubat. Belum tentu anda akan hidup sehingga Ramadhan akan datang!
2) Jangan sekali-kali terjebak ke kancah ZINA. Zina itu dosa yang amat keji dan jalan yang merosakkan. Sayangilah masa depan anda dan jangan biarkan kehormatan anda ditunggangi hawa nafsu. Tersilap langkah hari ini, akan menaggung akibat di masa depan. Buat pemuda, relakah kamu jika adik perempuanmu dinoda? Buat pemudi, apakah anda pasti jejaka yang mendakapmu ini bakal menjadi suamimu?? Jangan nanti, 9 bulan mendatang kamu melahirkan anak tidak berbapa! Lalu, saat itu anak itu kamu buang di merata. Di dalam tandas, lubang kumbahan, tempat pembuangan sampah dan di mana sahaja. Anjing pun kasihkan anak, tapi, manusia yang menanggung noda zina lebih kejam dari haiwan!
3) Sesungguhnya arak adalah ibu segala kejahatan. Meneguk arak menghilangkan kemuliaan akal yang menjadi keistimewaan manusia. Sesiapa yang minum arak di dunia, haramlah bagi arak lazat dalam syurga. Banyak lagi minuman halal, kenapa arak yang harus dipilih??
4) Apakah erti merdeka buat kita? Merdeka daripada penjajah atau merdeka daripada Allah? Tidak ada manusia yang merdeka daripada Allah melainkan dia akan dijajah pula oleh nafsu dan syaitan! Sesungguhnya nafsu hanya mengajak ke arah kejahatan. Sesungguhnya syaitan musuh manusia yang amat pasti.

No comments:

Post a Comment