KALENDER DPPKS

Tuesday, September 1, 2009

Iftar Jama'ei di Rumah Ust Md Isa

DPPKS telah mengadakan Iftar Jama'ei pad 30 Ogos 2009 yang lalu. Program ini merupakan program mingguan yang dirancang oleh DPPKS sempena Ramadhan Al-Mubarak ini.

Kali ini, rumah Ust Md Isa telah dijadikan sebagai lokasi program. DPPKS turut menjemput jiran tetangga Ust Md Isa pada Iftar kali ini. Semoga dengan penganjuran program yang kecil ini mampu menambahkan ukhuwwah dikalangan exco serta ahli.











Sunday, August 30, 2009

Jangan menghina mereka yang menyembah selain Allah!

DPPKS mengutuk tindakan puak-puak UMNO yang mempermainkan Isu Agama semasa membuat perarakan di Selangor beberapa hari yang lalu. Ikuti tulisan Ketua Pemuda Sandakan berkenaan isu ini yang kami ambil daripada blog beliau.

Sumber: http://muridkyai.blogspot.com/2009/08/jangan-menghina-mereka-yang-menyembah.html

Kepala lembu diarak ke Bangunan SUK Selangor. Ini pekerjaan kumpulan yang bertindak tidak berpandukan akal yang waras. Pada sangkaan mereka, mereka membela Islam tetapi mereka sebenar tidak membela Islam sedikitpun, malah memberi malu kepada Islam. Islam jauh sekali daripada apa yang dakwakan. Islam tidak menyuruh mereka menghina agama dan kepercayaan orang lain. Islam juga tidak menyuruh orang-orang Islam meruntuhkan rumah-rumah ibadat agama lain dan tidak menyuruh kita menghalang penganut agama lain membina rumah ibadat mereka.

Sesungguhnya tindakan kumpulan yang menamakan diri mereka kumpulan NGO Pewaris itu tidak perlu disanjung malah dicela dan dikecam. Mereka mengarak kepala lembu sebagai simbol bantahan ke atas pembinaan kuil di seksyen 23 Syah Alam selepas ia dipindahkan dari Seksyen 19.

Allah berfirman:

وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْوًا بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, Karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.

(Surah Al-An’am: Ayat 108)

Orang-orang Islam dilarang mencela sembahan orang-orang kafir. Termasuk mencela sembahan mereka ialah mencela kepercayaan, rumah ibadat, syiar-syiar agama mereka dan semua yang bersangkut paut dengan amalan keagamaan orang kafir. Larang tersebut adalah kerana hendak mengelakkan daripada mereka membalas dengan celaan terhadap Islam pula. Jika mereka mencela Islam disebabkan celaan kita terhadap agama mereka, ia seolah-olah kitalah yang mencela Islam.

Berhubung dengan angkara kumpulan PEWARIS yang mencela menghina agama Hindu dengan mengarak kepala lembu, binatang suci penganut Hindu, ia boleh mengundang tindak balas mereka terhadap Islam. Apa yang hendak kita kata kalau mereka membakar Al-Quran?Bagaimana perasaan kita kalau melemparkan bangkai babi ke dalam masjid-masjid kita? Tentu kita melenting. Tentu kita marah dengan penghinaan tersebut.


Siapa yang memulakan episod penghinaan terhadap agama kalau sudah sampai ke peringkat itu? Justeru, perbuatan PEWARIS itu amat memalukan dan mencemarkan kesucian Islam. Mereka cuba berlagak sebagai pembela agama tetapi sebenar mereka tidak tahupun makna pembelaan terhadap agama. Sentimen tak bertempat dan dipandukan oleh kepentingan menyebabkan akal pendek menguasai mereka.

Sunday, August 23, 2009

Edar Risalah dan Penerangan Bulan Ramadhan

Salam perjuangan.

Sabtu yang lalu bersamaan hari pertama umat Islam menjalankan ibadah puasa, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan bersama PAS Kawasan turun ke padang bagi mengadakan penerangan tentang bulan Ramadhan yang baru menjelang ini.

tempat berkumpul

Sasaran kali ini ialah Pasar Ramadhan di Pusat Bandar. Lokasi kali ini dipilih kerana ia merupakan kawasan tumpuan masyarakat untuk membeli juadah berbuka puasa.

orang ramai sedang membeli jamuan berbuka puasa

Walaupun mendapat ancaman daripada penyakit Influenza A H1N1, namun ia tidak meyekat smagat semua ahli untuk turun ke padang kali ini. Hampir semua exco dan ahli telah turun bagi menunjukkan kesungguhan untuk menjayakan program ini.

Sdr Nizam dengan baju tok gurunya menarik perhatian orang ramai

Sebanyak 3 buah risalah telah dicetak termasuk risalah tentang Pengenalan PAS kepada masyarakat. Semoga dengan kehadiran PAS di kalangan masyarakat dalam bentuk begini mampu mengetuk sedikit pintu hati rakyat dan masyarakat untuk berubah.

bersesak-sesak dengan pengunjung pasar ramadhan

ketua pemuda turut mengambil bahagian


Kehadiran kami disambut dengan terbuka


Sekian..