KALENDER DPPKS

Sunday, March 20, 2011

REHLAH ULFAH

Tanggal 19 Mac 2011, DPPKS menerusi Lanjnah Tarbiah dan Kepimpinan telah mengadakan satu program yang diberi nama Rehlah Ulfah. Ia adalah program yang diadakan sebagai ganti kepada Tamrin Qiadi yang dirancangkan sebelumnya tetapi tidak dapat dilaksanakan berikutan beberapa masalah termasuk keadaan cuaca buruk yang berterusan akhir-akhir ini.



Rehlah Ulfah diadakan di RDC Sepilok. Sungguhpun hujan lebat di awal pagi, para peserta yang telah menyatakan komitmen untuk ikut serta program tersebut berjaya menghadirkan diri. Bermula jam 7.30 pagi dan ditangguhkan pada jam 5.00 petang. Kemudiannya ia disambung dengan acara qiamullail di Masjid Al-Fajr, kuliah subuh dan kemudian pembentangan kertas kerja .



Sebelah pagi, peserta dihidangkan dengan pembentangan kertas kerja 1 bertajuk "Wahai Pemuda...Inilah Jalan Kita". Selepas Zohor pula acara Kembara Al-Quran di mana para peserta berisra' mengikuti skywalk dan trek yang ada sambil menghafaz surah Al-Hujurat yang ditaklifkan oleh pihak penganjur. Tasmik mengenalpasti keberhasilan peserta mengingati surah (hanya 5 ayat pertama) dilakukan sejurus sebelum asar. Selepas asar pula adalah sesi Penzahiran Tekad peserta untuk direkodkan oleh jemaah bagi tujuan pemantauan di masa-masa mendatang.


Kertas kerja kedua yang dibentangkan di Masjid Al-Fajr sebelah paginya, sesudah subuh pula bertajuk "Menongkah Isme Menancap Akidah Islam". Penglibatan sebahagian ahli jemaah masjid mendengar pembentangan meramaikan lagi sesi pagi itu.

Semoga perjalanan tarbiah sehari itu memantapkan lagi semangat dan kerja jemaah oleh warga DPPKS. Allahumma ameen.


Monday, March 14, 2011

Futsal Persahabatan

Semalam, 13 Mac 2011, satu perlawanan Futsal Persahabatan antara team DPKS bertemu dengan team yang dijoloki nama team Mail Kaya. Perlawanan futsal tersebut diadakan di gelanggang futsal Batu 4 Sandakan pada jam 9 malam. Team DPKS diwakili oleh beberapa AJK dan dibantu oleh anggota Unit Amal. Namun, lantaran stamina dan kepantasan yang berpihak kepada Team Mail Kaya, team DPKS mendapat sumbatan gol yang tidak terhitung jumlahnya. Walau bagaimanapun soal menang kalah bukan ukuran dalam permainan futsal persahabatan. Gaya hidup sihat dan penampilan Pemuda dalam acara kemasyarakatan adalah paling utama.