KALENDER DPPKS

Tuesday, August 31, 2010

Gerak kerja edar risalah pada malam merdeka 2010

Program edar risalah malam merdeka kali ini mencatat sejarah apabila DPPKS berjaya bergabung bersama Nisa' Sandakan untuk menjalankan gerak kerja ini. Ditambah dengan kekuatan Ahli Unit Amal dan AJK PAS Kawasan Sandakan, kontijen pada malam itu mencecah 80 orang.

Sebanyak hampir 2000 helai risalah telah dicetak termasuk risalah terbitan Nisa' Sandakan. Sementara itu, sambutan yang diberikan oleh sasaran dakwah kali ini amat memberangsangkan. Pelbagai ragam dan aksi telah dipamerkan oleh mereka. Tidak perlu diceritakan lagi. Cukuplah foto-foto dibawah menjadi "tukang cerita".



Di celah sinaran lampu neon malam itu, terdetik di hati kecil kami dengan doa ini, "Ya Allah, jadikanlah umat kami di Sandakan ini khususnya dan di dunia umumnya kembali menghayati ajaran Rasulullah Mu".

*sila layari Facebook Sdr Mustaman untuk koleksi gambar yang lain.

Monday, August 30, 2010

RISALAH MERDEKA 2010

Sempena malam 31 Ogos 2010, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan tampil dengan gerakerja sebar risalah malam merdeka di lokasi tumpuan bandar Sandakan. Fokus kandungan risalah kali ini adalah kempen anti-zina yang telah dilancarkan di peringkat DPPP.


Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan menyeru kepada semua pemuda pemudi:-
1) Kita masih lagi berada dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Janganlah disia-siakan kelebihan Ramadhan dengan sambutan malam kemerdekaan yang melalaikan. Kita berada pada 10 hari terakhir Ramadhan yang antara malamnya dijanjikan satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Gunakan sisa terakhir Ramadhan ini untuk memperbanyakkan taubat. Belum tentu anda akan hidup sehingga Ramadhan akan datang!
2) Jangan sekali-kali terjebak ke kancah ZINA. Zina itu dosa yang amat keji dan jalan yang merosakkan. Sayangilah masa depan anda dan jangan biarkan kehormatan anda ditunggangi hawa nafsu. Tersilap langkah hari ini, akan menaggung akibat di masa depan. Buat pemuda, relakah kamu jika adik perempuanmu dinoda? Buat pemudi, apakah anda pasti jejaka yang mendakapmu ini bakal menjadi suamimu?? Jangan nanti, 9 bulan mendatang kamu melahirkan anak tidak berbapa! Lalu, saat itu anak itu kamu buang di merata. Di dalam tandas, lubang kumbahan, tempat pembuangan sampah dan di mana sahaja. Anjing pun kasihkan anak, tapi, manusia yang menanggung noda zina lebih kejam dari haiwan!
3) Sesungguhnya arak adalah ibu segala kejahatan. Meneguk arak menghilangkan kemuliaan akal yang menjadi keistimewaan manusia. Sesiapa yang minum arak di dunia, haramlah bagi arak lazat dalam syurga. Banyak lagi minuman halal, kenapa arak yang harus dipilih??
4) Apakah erti merdeka buat kita? Merdeka daripada penjajah atau merdeka daripada Allah? Tidak ada manusia yang merdeka daripada Allah melainkan dia akan dijajah pula oleh nafsu dan syaitan! Sesungguhnya nafsu hanya mengajak ke arah kejahatan. Sesungguhnya syaitan musuh manusia yang amat pasti.

Thursday, August 19, 2010

"Billboard" yang melucukan.

SANDAKAN: Sempena Ramadhan Al-Mubarak dan Aidilfitri ini terdapat beberapa agensi dan badan-badan tertentu menerbitkan "banner" serta "billboard" masing-masing dengan ucapan Salam Ramadhan dan Aidilfitri mereka. Maka, terpampanglah "banner" dan "billboard" tersebut di tepi jalan sebagai menifestasi ucapan selamat buat rakyat tempatan dan pengguna jalan raya.

Ajaibnya, ada satu "billboard" yang agak melucukan turut dipamerkan di sini. Tempatnya di Bulatan Helang, Batu 7 dekat Taman Fajar. Saksikan kelucuan "billboard" tersebut di bawah.

di celah-celah inilah ia bertapak

baca betul-betul

Patutlah belum boleh perintah Sabah dengan Islam, bagi ucapan pun belum lulus lagi. Aduhai UMNO.

Wednesday, August 18, 2010

Takziah buat Pesuruhjaya PAS Perak daripada DPPKS

SANDAKAN, 18 Ogos: Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan merakamkan ucapan takziah buat Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain di atas pemergian isteri beliau ke rahmatullah semalam tadi. DPPKS yang menerima berita ini malam tadi turut berdukacita atas pemergian Almarhumah.

Sesungguhnya pemergian Almarhumah Ustazah Rafeah Ramli yang merupakan tulang belakang kepada perjuangan Ustaz Abu Bakar dan anggota keluarga beliau, tentunya dirasai oleh seluruh ahli PAS umumnya dan pendukung Muslimat PAS di Negeri Perak khususnya. Semoga Allah SWT meletakkan rohnya bersama para anbiya, syuhada’ dan solihin.

Ustazah Rafeah Ramli, 56, meninggal dunia kira-kira 2.20 petang semalam (7 Ramadhan 1431/17 Ogos 2010) di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh akibat kanser payudara. Jenazah Almarhumah disolatkan di Masjid Raja Nazrin di Rapat Jaya tambahan selepas solat Isyak malam tadi.

Monday, August 16, 2010

Suasana Edar Risalah Ramadhan

Munajat sebelum edaran bermula


Pemuda Hizbullah pendokong perjuangan Islam


Di celah-celah inilah edaran dilakukan

Ketua Pemuda bersama anak muda Sandakan

SEBAR RISALAH RAMADHAN

SANDAKAN, 15 OGOS (AHAD)-Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan (DPPKS) mengambil kesempatan pada hari k-5 Ramadhan tahun ini untuk menjalankan kerja-kerja dakwah lapangan penyebaran risalah kepada orang ramai. Lokasi yang dipilih adalah bazar Ramadhan bandar Sandakan. Untuk tujuan tersebut, sebanyak 2 ribu naskhah risalah telah dicetak dan diedarkan kepada orang ramai di tapak bazar tersebut. Seramai kira-kira 15 pemuda Pas telah terlibat dalam kerja-kerja tersebut yang bermula pada jam 4.45 petang dan berakhir setengah jam kemudain.