KALENDER DPPKS

Tuesday, September 22, 2009

Ayah Sdr Wahid meninggal dunia.

Salam perjuangan.

Ayah Sdr Wahid (YDP PAS Kawasan Sandakan) terlibat dalam satu kemalangan pada satu Syawal yang lalu. Kejadian yang amat tragis itu berlaku di depan mata Sdr Wahid selepas selesai menziarahi saudara mereka di sini hari itu.

Diceitakan oleh Sdr Wahid, Almarhum bersama beliau, ibu dan keluarga beliau termasuk 4 orang anak sedang melintas jalan. Tiba-tiba, tanpa disedari sebuah kereta meluru ke arah mereka dengan laju. Pada ketika itu, Sdr Wahid sedang melintas di tengah jalan bersama isteri dan tiga orang anak. Sementara itu, Ayah beliau yang mendukung anak kedua beliau sedang berdiri di pembahagi jalan dan bersedia untuk melintas.

Kereta yang meluru laju itu telah mengelak daripada melanggar Sdr Wahid sekeluarga dan menuju kearah Almarhum berdiri. Malang tidak berbau, Almarhum dilanggar dengan kuat pada ketika itu juga. Almarhum terhumban ke atas dan mendarat ke jalan dalam keadaan kepala mencecah jalan dahulu. Sdr Wahid juga sempat melihat anak yang didukung oleh Almarhum turut terpelanting.

Semua kejadian ini sempat disaksikan oleh Sdr Wahid melalui mata kepala beliau sendiri.

Dalam keadaan kelang kabut itu, Sdr Wahid dan keluarga yang lain mencari anak yang terpelanting tadi. Ke longkang, jalan dicari.... Dalam keadaan panik, Sdr Wahid dan keluarga tidak menemui anak yang dicari. Akhirnya, anak Sdr Wahid ditemui di dalam kereta orang yang melanggar tadi.

Setelah semua tiba di hospital, Almarhum telah menemuai ajal dan anak Sdr Wahid masih dirawat di hospital.

Sungguh menyayat hati.

Buat pengetahuan semua, kawasan kemalangan itu merupakan kawasan kampung Had laju maksima hanya 30 ke 40 km/j sahaja. Kes ini telah dibawa ke mahkamah dan pemandu yang cuai itu bakal dibicarakan.

*************************************

DPPKS mengucapkan berbanyak-banyak takziah kepada beliau dan keluarga. Semoga sentiasa tabah menghadapi dugaan Allah ini.

Marilah sama-sam kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum...

Al-Fatihah...

Saturday, September 19, 2009

PERUTUSAN EIDUL FITRI


Assalamualaikum wrm wbt...

Ramadhan telah melabuhkan tirainya. Kini menjelang pula 1 Syawal. Esok adalah hari raya fitrah. Setelah sebulan kita berpuasa, esoklah hari kita menyambut kejayaan tersebut dan esoklah hari kita merayakan kembalinya kita kepada fitrah. Mudah-mudahan kita telah diampunkan oleh Allah pada bulan Ramadhan yang lalu. Dengan itu kita benar-benar telah kembali kepada fitrah. Fitrah yang suci bersih dari dosa.

Kepada pemuda-pemuda perjuangan, setelah sebulan kita menjana iman masing-masing, setelah Ramadhan nanti adalah masanya kita membuktikan iman yang telah dijana. Saya mengucapkan tahniah kepada pemuda-pemuda yang telah membuktikan keterlibatan dalam program-program DPPKS seperti majlis berbuka, ihya al-usyur, tadarus dan sebagainya. Semoga keterlibatan tersebut akan melonjak saudara-saudara ke arena masyarakat dan membuka ruang luas buat melebarkan perjuangan dan menyampaikan misi.

Anda dalam soldadu yang membawa panji Allah. Anda bukan membawa nama dan kemasyhuran diri. Inilah dairi seorang pemuda perjuangan. Fahamilah baik-baik akan perkara ini dan anda akan dianggap mata rantai yang bersambung dengan mereka yang telah pergi dan yang telah gugur dalam memperjuangkan perjuangan ini.

Esok adalah hari raya. Eidul Fitri disambut dengan gembira. Hadirilah masjid-masjid yang biasa anda hadir dan bergaulah dengan masyarakat dengan ramah mesra dan bermaaf-maafan dengan mereka. Tampilkan diri anda sebagai pemuda yang berkemasyarakatan dan bersantun tinggi. Duduklah di saf-saf hadapan dan bertakbirlah. Puji dan agungkan Allah pada hari yang besar ini.

Akhir sekali...saya mohon maaf sempena eidulfitri ini kepada semua sahabat seperjuangan, Segala kelemahan dalam memimpin perjuangan sering merungsingkan. Semoga ia tidak melukakan sahabat-sahabat dan kita semua akan berganding bahu dan merapatkan saf memantapkan derap langkah perjuangan sesudah ini.

Sekian...

تقبل الله منا ومنكم


Dari,
(Koleksi Tinta Ketua Pemuda)
DPPKS 2009-2011


Tuesday, September 1, 2009

Risalah Merdeka DPPKS

Wahai pemuda bangsaku...

Kita sekarang, sedang berada di bulan yang mulia. Bulan Ramadhan. Bulan yang mana Allah menjanjikan gandaan pahala berlipat ganda bagi yang beramal serta rahmat dan keampunan Allah SWT. Beruntunglah bagi mereka yang merebut peluang yang ditawarkan pada bulan Ramadhan. Malanglah dan rugilah bagi nereka yang mensia-siakan Ramadhan.

Sudah bertahun-tahun kita berpuasa. Tapi, apakah puasa kita itu menambahkan rasa takwa kita kepada Allah? Kerana menyemai takwalah, maka Allah mewajibkan puasa buat kita. Tetapi, berapa ramai yang berpuasa, tidak ada apa-apa yang diperolehinya melainkan lapar dan dahaga.

Puasa yang tidak menambah rasa takwa, itulah puasa lapar dan dahaga semata-mata. Bagaimana mungkin dikatakan bertakwa kalau berpuasa tapi tidak solat. Ada yang berpuasa tapi masih minum arak di malam hari! Berpuasa di siangnya tetapi berdua-duaan menghiasi tembok di malam hari!



Wahai pemuda bangsaku...

Kita sekarang, sedang berada di bulan yang mulia. Bulan Ramadhan. Bulan yang mana Allah menjanjikan gandaan pahala berlipat ganda bagi yang beramal serta rahmat dan keampunan Allah SWT. Beruntunglah bagi mereka yang merebut peluang yang ditawarkan pada bulan Ramadhan. Malanglah dan rugilah bagi nereka yang mensia-siakan Ramadhan.

Sudah bertahun-tahun kita berpuasa. Tapi, apakah puasa kita itu menambahkan rasa takwa kita kepada Allah? Kerana menyemai takwalah, maka Allah mewajibkan puasa buat kita. Tetapi, berapa ramai yang berpuasa, tidak ada apa-apa yang diperolehinya melainkan lapar dan dahaga.

Puasa yang tidak menambah rasa takwa, itulah puasa lapar dan dahaga semata-mata. Bagaimana mungkin dikatakan bertakwa kalau berpuasa tapi tidak solat. Ada yang berpuasa tapi masih minum arak di malam hari! Berpuasa di siangnya tetapi berdua-duaan menghiasi tembok di malam hari!



Hakikat Kemerdekaan…

Kemerdekaan bukan terletak pada sebuah laungan “MERDEKA” yang bergema bersama terpacaknya detikan jam pada angka 12 tengah malam. Merdeka bukan diertikan dengan sorak sorai gembira bersama percikan bunga api di udara malam sambutan merdeka! Merdeka bukan dimanifestasikan dengan kebebasan di malam sambutan kemerdekaan untuk berbuat apa-apa sahaja termasuk perkara-perkara yang dilarang agama.

Bukan! Itu bukan hakikat sebuah kemerdekaan. Hakikat sebuah kemerdekaan adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh seorang sahabat nabi bernama Rub’i bin Umair ketika berdepan dengan Rustam, panglima tentera Parsi ketika meletusnya peperangan Al-Qadisiyah:

Allah telah mengutuskan kami untuk memerdekakan sesiapa yang dikehendaki dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah yang Esa. Dan memerdekakan manusia daripada kesempitan dunia kepada lapang dan luasnya akhirat dan daripada belenggu kezaliman agama lain yang sesat kepada keadilan Islam”.

Apalah ertinya melaungkan MERDEKA!, sedangkan diri masih menjadi hamba kepada syaitan durjana. Hawa nafsu dituruti. Mulut melaungkan MERDEKA sedang tangan menggenggam botol-botol arak! Tangan kanan dijulang bersama laungan MERDEKA sedangkan tangan kiri memeluk bahu pasangan bukan muhram!

Apakah kita mahu menang sorak kampung tergadai?

Kita berpesta di malam 30 Ogos sambil menunggu detik 12 malam untuk melaungkan sebuah kata yang dikeramatkan. Itulah kata MERDEKA. Inikah lambang sebuah patriotism kita? Sedangkan kita tinggal tercorot. Tercorot dalam pelajaran. Tercorot dalam ekonomi. Tercorot dalam budaya dan akhlak. Tercorot dalam pelbagai aspek lapangan hidup di dunia. Malah lebih malang, juga tercorot dalam mencapai kebahagiaan akhirat. Ironinya, dalam masa yang sama pencapaian kita meningkat. Meningkat dalam keruntuhan akhlak. Meningkat dalam angka-angka generasi kita yang menghuni pusat-pusat Serenti. Meningkat dalam melahirkan anak-anak tak berbapa. Meningkat dalam kesalahan-kesalahan jenayah.

Kitakah bangsa yang merdeka?

Seruan Pemuda PAS

Kita sekarang sedang berada di bulan Ramadhan. Bulan yang merupakan penghulu segala bulan. Bulan yang penuh keberkatan. Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan menyampaikan seruan ini buat pemuda-pemudi Islam semua! Semoga dapat diambil perhatian.

Jadikan Ramadhan tahun ini sebagai titik merubah diri agar menjadi lebih baik dari bulan bulan dan tahun-tahun sebelumnya. Ramadhanlah masa terbaik kita kembali ke pangkal jalan, andainya kita tersasar jauh dari jalan Tuhan. Sementelahan, pada bulan ini syaitan penggoda telah dirantai, pintu syurga dibuka seluasnya dan pintu neraka ditutup serapatnya.


Sambutlah kemerdekaan negera dengan rasa syukur kepada Allah SWT kerana Dialah yang memberikan kemerdekaan buat negara kita. Jika sayangkan negara ini, tunaikan hak-hak syukur itu dengan mentaati perintah Allah, dan menjauhi laranganNya. Dengan itu, akan bertambahlah nikmat kemerdekaan ini dengan kemakmuran dari langit dan bumi. Sebaliknya, jika tidak menunaikan hak-hak syukur itu, akan hilanglah nikmat kemerdekaan dan ditambah pula dengan kezaliman penguasa, rasuah, penindasan dan hak-hak rakyat yang tidak terbela.


Berhentilah mengisi acara sambutan dengan cara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Berpeleseran, berdua-duaan dengan pasangan bukan muharam, berzina, clubbing, minum khomar, perlumbaan haram dan lain-lain kemaksiatan adalah dimurkai oleh Allah SWT.


Janganlah sia-siakan usia muda dengan perbuatan sia-sia. Usia muda adalah nikmat yang datang sekali seumur hidup. Berapa ramai mereka yang merintih di kala tuanya, kerana telah mensia-siakan saat mudanya. Saat tua yang sudah diganggu pelbagai penyakit, hilangnya daya penarik, lunturnya kudrat baru bersenadung lagu sesal” andainya aku beramal semasa mudaku...”.


Kasihanilah ibu bapa yang telah melahirkan anda. Mereka mengimpikan anak-anak yang soleh dan berjasa buat agama, nusa dan bangsa. Jika anda menghancurkan harapan ibu bapa pada hari ini, apakah tidak anda berfikir bahawa kelak anak-anak anda akan menghancurkan harapan anda pula?


Cintailah Allah, Allah akan mencintai anda! Cintailah Rasulullah dan turutilah contoh teladan yang ditinggalkan baginda. Tinggalkan semua idola yang anda sematkan dalam dada yang namanya artis dan penyanyi. Mereka tidak layak dijadikan idola kerana kita mempunyai idola yang lebih agung iaitu Nabi Jungjungan kita. Bersahabatlah dengan orang-orang soleh kerana seseorang itu dikenali melalui siapa kawannya.

Iftar Jama'ei di Rumah Ust Md Isa

DPPKS telah mengadakan Iftar Jama'ei pad 30 Ogos 2009 yang lalu. Program ini merupakan program mingguan yang dirancang oleh DPPKS sempena Ramadhan Al-Mubarak ini.

Kali ini, rumah Ust Md Isa telah dijadikan sebagai lokasi program. DPPKS turut menjemput jiran tetangga Ust Md Isa pada Iftar kali ini. Semoga dengan penganjuran program yang kecil ini mampu menambahkan ukhuwwah dikalangan exco serta ahli.