KALENDER DPPKS

Friday, July 31, 2009

Rakyat Sabah bantah ISA



Kota kinabalu, 29 Julai - Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyeru kepada semua masyarakat di Sabah agar turut sama dalam Himpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Ogos nanti.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Salman Amin memaklumkan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah akan memobilasi ahli PAS di Sabah agar turut sama membawa perjuangan memansuhkan ISA ini kepada masyarakat di Negeri Sabah.


"sudah tiba masanya rakyat Sabah menyatakan rasa tidak setuju dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional tidak sepatutnya meneruskan undang-undang yang tidak berperikemanusiaan ini.


Beliau berkata, ISA merupakan undang-undang yang tidak lagi relevan dalam situasi negara pada masa kini. Hakikatnya ia telah dijadikan alat untuk menahan ahli politik yang tidak sehaluan dengan mereka. Mana ada agama dalam dunia ini apatahlagi bergelar seorang muslim boleh merampas hak kebebasan individu lain tanpa bukti kukuh pada masa sama tidak dibenarkan membela dirinya.


Ketika ditanya samada himpunan mansuhkan ISA ini akan diadakan di Sabah beliau berkata, perkara ini akan dibawa berbincang dalam kalangan Pemuda Pakatan Rakyat kerana kita mahu semua lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik bangkit bersama menentang undang-undang tidak berperikemanusiaan ini.


"setakat ini kita telah memobilasi sebanyak mungkin ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat Sabah agar turun pada 1 Ogos nanti pada Himpunan Mansuhkan ISA. Ini mesej dari rakyat Sabah.


Beliau juga menegaskan, kebangkitan rakyat Sabah tidak akan dapat dibendung lagi dan kerajaan UMNO-Barisan Nasional akan menerima padahnya pada PRU-13 yang akan datang jika ISA diteruskan dan suara rakyat tidak dihiraukan.

Sumber: http://www.dppsabah.blogspot.com/

Thursday, July 30, 2009

Titian Kasih 1

Salam perjuangan.

26 Julai 2009 yang lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Sandakan (DPPKS) telah mengadakan Program Titian Kasih. Sebuah program ziarah berkebajikan. Program ini telah menjadi takwim bulanan bagi DPPKS. Ia akan diadakan setiap hujung bulan dan sebuah keluarga akan terpilih bagi setiap siri. Kali ini, ia telah disertai oleh PAS Kawasan Batu Sapi bersama YDP Kawasan, Hj Hamzah Abdullah.

Dalam perjalanan ke rumah Puan Faridah

Kali ini keluarga yang terpilih ialah, Keluarga Puan Faridah di Kg Lupak Meluas, Karamunting. Bagi makluman semua, rumah yang mereka tinggal sekarang menempatkan 3 buah keluarga termasuk keluarga adiknya dan ibunya, Puan Fatimah. Jumlah ahli rumah adalah sebanyak 10 orang. Rumah agak kecil jika dibandingkan dengan bilangan ahli rumah yang ada.

Puan Fatimah sedang menceritakan sesuatu
sambil ditemani anaknya (Faridah) dan cucu-cucunya


Mimi (5 tahun) dan Fitri (6 tahun)
anak kepada Puan Faridah
yang bersekolah di PASTI Zaid


Puan Faridah dan keluarga-keluarganya tinggal di sebuah rumah yang daif dengan dua buah bilik yang agak kecil. Rumah tidak memiliki siling dan hanya ada lapisan zink yang menjadi penghalang daripada hujan dan panas. Bagi pengetahuan semua, rumah ini dibina atas inisiatif sendiri tanpa bantuan daripada kerajaan yang memerintah ataupun wakil-wakil rakyat.

jalan ke rumah Puan Faridah

di hujung sana terletak ruamh Puan faridah sekeluarga

Puan Faridah baru sahaja kehilangan suami tercinta. Oleh kerana desakan hidup, beliau terpaksa berkerja. Di dalam rumah itu, hanya beliau dan adiknya yang berkerja. Walaupun dengan gaji yang agak kecil, beliau terpaksa membesarkan 3 orang anaknya.

Ahli DPPKS bersama Hj Hamzah

Walaupun kehadiran DPPKS kali ini dengan membawa sedikit bantuan, namun ia masih tidak mampu mengurangkan beban yang sedia ada. Hanya doa yang kami titipkan, moga keluarga ini kekal dengan Iman Islam yang ada.

sumbangan disampaikan oleh Hj Hamzah

doa daripada DPPKS

Akhir dari DPPKS, semoga rakyat dapat membuka mata dengan melihat penindasan yang dilakukan oleh UMNO/ Barisan Nasional kepada rakyat ini. Jelas di depan mata. Cuma tidak sedar sahaja. Insya'Allah, DPPKS akan menggalas bebanan untuk memberi penerangan kepada rakyat ini.

Sekian.

Friday, July 24, 2009

Nik Aziz: Pegang lilin meragukan tapi tidak haram.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui perbuatan memegang lilin di majlis memperingati kematian orang bukan Islam adalah “sesuatu yang meragukan” tetapi berpendapat perbuatan itu tidak haram di sisi Islam.


Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.


Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum. “Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam. “Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV, di sini, Khamis.

Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.

Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anak-anak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang. “Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.

Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud.


– BERNAMA

Tuesday, July 21, 2009

Hari Guru atau Hari Guru Besar?

Artikel ini dipetik daripada http://www.sabahdaily.com/2009/07/hari-guru-atau-hari-guru-besar/

LAHAD DATU: Apabila disebut hari guru, semua akan berfikir guru-guru seluruh malaysia akan bergembira dengan datangnya hari tersebut. Tidak kurang juga guru-guru di daerah Lahad Datu ini.

Tapi yang saya ingin nyatakan adalah ketidakpuasaan hati guru-guru yang berkhidmat di sini. Hari Guru yang disambut dengan meriah hanya dirayakan oleh golongan tertentu sahaja. Golongan yang saya maksudkan adalah GURU BESAR DAN PENOLONG KANAN SEKOLAH serta PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN DAERAH.

Mungkin mereka beranggapan mereka sahaja guru. Jadi, guru penolong/guru biasa apa? Kuli? Hamba? Pejabat pelajaran daerah mengeluarkan surat memohon yuran hari guru RM3 bagi setiap guru di seluruh pelosok derah Lahad Datu ini. Jika ada guru yang tidak membayarnya, nama akan ‘naik’ ke pejabat? Apa ini semua? Mengugut? Wang dikutip setiap seorang tapi tidak dibenarkan menghadirkan diri ke majlis sambutan hari guru. Jadi wang yang dikutip itu untuk siapa? Pegawai dan guru-guru besar serta PK sekolah? Dahlah gaji besar mau ambik lagi duit guru-guru bagi meraikan diri mereka.

Di mana dana/kos yang mereka dapat dengan menyewa dewan daearah Lahad Datu, makan minum pegawai, hiasan pentas, banner, PA sistem dan banyak lagi. Semua itu dibayar dari duit kutipan guru-guru?

Kalau tidak mampu mengadakan sesuatu majlis kerana kekurangan bajet, saya nasihatkan lebih baik janganlah anda buat. Kalau mahu buat juga, kutiplah dana dari mereka yang perlu hadir sahaja. Jangan libatkan guru-guru yang tidak dijemput hadir sama dalam majlis tersebut. Ini tidak, siap ‘mengugut’ guru lagi kalu tidak membayar.

Fikir…fikirkanlah

Saturday, July 18, 2009

Qiamullail Jama'ei

Salam perjuangan.

Malam ini Lajnah Tarbiyyah dan Latihan Kepimpinan akan menganjurkan Qiamullai Jama'ei. Program ini merupakan program dwimingguan. Namun demikian, sudah lebih kurang dua bulan ia tertangguh.

Atas kekangan-kekangan tertentu, ianya ditangguh sehingga begitu lama. Kali ini, ia muncul semula dan menuntut komitmen semua exco dan ahli.

Seperti biasa, qiamullail malam ini akan bermula pada 11.30 malam untuk mengumpulkan semua peserta. Tidur sehinggalah jam 3 pagi dan semua akan bangun untuk mendirikan qiamullail. Selepas mendiriakan qiam secara individu, qiamullail jama'ei pun dilakukan. Solat subuh, kuliah subuh dan diakhiri dengan muhasabah sobah.

Inilah kekuatan seorang pejuang. Bukanlah seorang pejuang namanya jika qiamullail pun liat ataupun langsung tidak dilakukan. Di sini kekuatan kita. Berusahalah untuk amalkannya. Jika tidak mampu setip hari, lakukanlah seminggu sekali ataupun sebulan sekali. Usaha dengan sekeras-kerasnya untuk ia menjadi amalan kita.

Melalui Qiamullail Jama'ei seperti inilah kita menjana kekuatan kita. Jika, Qiamullail Jama'ei ini pun kita payah untuk hadir, apalah maknanya nama Pejuang Islam itu meletak di dada kita.

Akhirnya, sama-samalah kita bermuhasabah diri. Mantapkanlah tarbiyyah diri agar tak hanyut dibadai dek ombak tribulasi.

Sekian.

Tuesday, July 7, 2009

Brainstorming PAS Kawasan Sandakan.

3 Julai 2009, Dewan CNI. Satu brainstorming telah diadakan di sini bagi membincangkan halatuju PAS Kawasan Sandakan menuju Pilihan raya Umum Ke 13. Brainstorming yang dihadiri oleh semua AJK PAS Kawasan dan Exco Dewan PAS telah membuahkan banyak idea yang bernas.

Pihak penganjur telah menjemput Aktivis-aktivis Institut Kajian Strategik Sabah (IKSAS) bagi membantu merangka beberapa halatuju.

Komunikasi dua hala yang diadakan telah meniggalkan impak yang lebih baik. Pihak IKSAS banyak mendedahkan fakta dan realiti PAS di Zon Sandakan ini. Walaupun begitu, aktivis PAS Sandakan yang berada di kawasan ini lebih mengetahui realiti sebenar PAS di Zon Sandakan ini. Perbincangan yang memakan masa hampir 3 jam itu masih tidak dapat menyelesaikan beberapa item yang penting.

Namun demikian, secara dasarnya IKSAS telah membantu PAS Sandakan dari bayak segi. Lebih-lebih lagi dengan perkongsian fakta yang amat diperlukan oleh PAS Kawasan.

Brainstorming pada malam itu akan disambung pada brainstorming kali kedua yang akan diadakan pada masa yang terdekat.

Semoga dengan adanya halaqah seperti ini, akan menjadikan PAS Kawasan khususnya Dewan Pemuda menjadi lebih mantap dan berkesan kepada masyarakat.

Sekian dahulu, sampai jumpa lagi untuk laporan brainstorming kali kedua.