KALENDER DPPKS

Wednesday, March 25, 2009

Uye di Sandakan sempena Jelajah Sabah Ust Yusof Embong

Ustaz Yusof Embong @ uye yang asalnya daripada Terengganu dan sekarang menetap di Pahang sempat mencuri masa untuk menjelajah ke seluruh Sabah kali ini. Maklum sajala, tugas beliau sebagai YDP PAS Kawasan amat banyak di bumi Pahang jika di bandingkan gerak kerja di Sabah ini. Kali ini, beliau tiba di Sandakan.
bersama guru PASTI

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pemuda dan Setiausaha Pemuda Kawasan. Susuk tubuh ini bukan asing bagi aktivis PAS di seluruh Sabah. Beliau pernah ditugaskan di Kota Marudu (guru) dan dalam tempoh yang singkat di sini, dia telah membina hubungan yang cukup baik dengan aktivis-aktivis di sini. Akhirnya dia kembali lagi dalam misi dakwah dan jelajahnya di bumi Sabah.
kuliah maghrib
Di Sandakan, beliau sempat bertemu dengan guru PASTI dan bergaul dengan penduduk di sini melalui kuliah maghribnya yang unik (dia guna LCD bah, jarang-jarang jumpa di sini). Beliau juga sempat menyampaikan amanat serta perkongsian isu dengan pendokong dan penyokong PAS di Zon Sandakan ini.
bertemu penyokong dan pendokong PAS
Bagi kami Pemuda PAS Sandakan, kehadirannya di sini walaupun sekejap beliau telah mencetuskan satu lagi pupukan tarbiyyah yang berkesan bagi kami.

sebelum berlepas ke KK
Selepas Sandakan, beliau akan ke Zon Pantai Barat pula. Sampai jumpa lagi uye...teruskan perjuangan.

Tuesday, March 24, 2009

Jambori Amal Negeri Sabah

20 hingga 22 Mac yang lalu, DPPKS telah menghantar 23 orang peserta (10 orang pemuda dan 13 orang pelajar) untuk menyertai Jambori Amal Negeri Sabah. Jambori kali ini diadakan di Kampung Binowuh Tengah, Sook. Terletak di daerah Keningau.
Munajat sebelum bertolak

Menunggu di Telupid untuk konvoi

Kami melalui jalan yang paling jauh berbanding sahabat-sahabat yang lain daripada Pantai Barat, Tawau, Keningau dan lain-lain. Perjalanan pergi dan pulang yang memakan masa lebih kurang 8 jam itu (untuk satu hala) amat menguji kami. Tayar pancit, enjin kereta semput, bajet kurang...hemmmm, macam-macam lagi la. Untung saja peserta yang menyertai program kali ini memiliki jiwa dan kesabaran yang kental. Kami tiba di tapak program jam 5.30 petang. Sdr Saifudinlah yang bersusah payah menjadi penunjuk arah kepada kami (melalui telefon) untuk sampai di tapak program.
selepas makan di Telupid

perjalanan penuh mehnah

Di tapak program, kami ditugaskan untuk membersihkan kuburan. Sahabat-sahabat daripada kawasan lain ditugaskan dengan kerja-kerja lain. Sebelum itu, pada malam sebelumnya kami telah dibahagikan kepada ahli keluarga angkat masing-masing. Kasihan Ust Mujad, Ust Md Isa dan Abg Sahar..kehilangan keluarga angkat dorang. Diringkaskan cerita, program tersebut turut disulami dengan sukaneka, futsal, mandi sungai dan lain-lain.
baru sampai

Bersihkan tanah perkuburan

potong daging

kawad kaki awal pagi

Akhirnya, sekali lagi dalam perjalanan pulang kami diuji dengan masalah seperti di atas. Lebih teruknya, tayar kereta sahabat kita yang diuji itu pancut dan pecah tiga biji. Allah uji Safaruddin dan kami semua. Yaa...kereta Safaruddin yang mengalami kecelakaan. Allah tolong kami sehingga kami dapat tiba di kediaman masing-masing sekitar 12 tengah malam.Sekian untuk kali ini...

Monday, March 9, 2009

Program Derma Darah

SANDAKAN Ahad, 9 Mac 2009 bersamaan 12 Rabiulawal 1430 H. DPPKS sekali lagi telah mengadakan program Dermah Darah di Masjid Nurul Ehsan Kg Karamunting MPS dengan kerjasama Hospital D.O.K. Seperti sedia maklum menderma darah adalah salah satu perbuatan amal yang berfaedah yang boleh membantu dan menyelamatkan nyawa seorang.
Tabung Darah Sandakan sering mengalami kekurangan darah terutama sekali darah yang rumit dan yang sukar ada. Dengan adanya pendermaan darah kepada pihak yang tertentu ianya bukan sahaja dapat membantu seseorang insan tetapi lebih dari itu ianya juga boleh membantu dan menyelamat banyak nyawa manusia yang memerlukan darah. Di mana, hasil kutipan darah akan disumbang kepada Hospital Duchess of Kent (DOK) Sandakan.

Sambutan daripada masyarakat setempat.

Masyarakat setempat


Kakitangan pihak hospital



Sehubungan dengan itu, pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Sandakan akan sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana pihak untuk mengadakan program seumpama ini. Diharapkan orang ramai juga sentiasa bersedia dan tampil kehadapan untuk bersama dalam proram seumpama ini.


Sekian.